Perkara biasa yang kita akan berikan jika anak-anak demam selain makan ubat yang disarankan doktor, kita juga akan menyediakan bubur nasi untuk dimakan oleh anak-anak.
Memandangkan kita dapati bila anak demam atau sakit, mereka tiada selera makan dan sup dikatakan dapat membuatkan mereka ada selera untuk menjamahnya.
Pun begitu tahukah anda, bahawa sup yang dimasak dengan gabungan bahan-bahan terpilih boleh dijadikan sebagai sup yang dapat membantu meredakan demam, selesema atau pun batuk.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ainini Zainal berkongsi pengalaman sendiri apabila sudah lebih 9 tahun mengamalkan menyediakan kuah sup istimewa ini setiap kali anak-anaknya kurang sihat dan sekali gus bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan seisi keluarga jika diamalkan.
Menurutnya bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk sistem imun badan anak.
Jadi bolehlah anda mencubanya dan lihat kesan positif pada anak-anak dan keluarga anda.
Ini perkongsiannya.
Resipi sup anak demam, selesema, batuk.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak.
Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
Madu.
Habbatus Sauda.
Minyak Zaitun.
Minyak kelapa.
Air kelapa tanpa gula.
Singgang.
Broth Soup.
Broth Soup?
Ads
Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba.
Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai natural supplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu
– turunkan suhu badan
– melawan kuman dan bakteria dalam badan
– meredakan selesema dan batuk
– sumber elektrolit untuk badan
– melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak.
– menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis.
Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
1 labu bawang putih.
2 biji bawang besar.
Ads
3 inci halia.
2 inci kunyit.
¼ biji labu.
1 biji lobak merah.
Organic Shiitake Mushroom (optional).
Apa apa sayuran hijau.
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang.
2 liter air.
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping.
1 sudu besar Garam Himalaya.
Organic.celery, jika ada.
Lagi colourful lagi bagus. Setiap warna sayuran/tumbuhan ni ada khasiat tersendiri
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam.
Atau
Ads
Guna.slow cook dan masak 2-4 jam.
Atau
Jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya.
Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasaMSG, kiub masakan komersial tinggiMSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Kalau bab memasak cepat dan mudah, semua ibu-ibu nak tahu kaedahnya kan.Jom cuba tip yang dikongsikan oleh Syahirah Omar. Cukup mudah & praktikal.
Kali ni aku share macamana nak buat pes kari frozen dulu . Kau boleh guna untuk kari ayam, daging ataupun telur.
Resepi ni dapat 3 bekas penuh taufufah. Sukatan sebekas ni boleh masak untuk sefamily.
Sama saja macam korang masak kari. Tapi ni aku bagi sukatan supaya tak terlalu cair.
Arahan ada pada setiap gambar ok. Letak bahagian bawah peti dulu lepas dah betul-betul sejuk. Kemudian nak bekukan pun boleh dah.
Bila nak pakai, defrost ( keluarkan la sebelum korang nak pergi kerja.simpan bahagian bawah peti ais).
Untuk masak pes kari ni kau kena ada bahan macam dalam gambar ni. Bahan untuk menumis tu 2 sudu membukit bawang tumbuk 1 sudu membukit bawang putih tumbuk 1 1/2 sudu halia Kulit kayu manis, bunga lawang. buah pelaga aku je nampak dalam gambar ni korang tak nampak. Rempah kari daging, kau beli la cap apa kau nak. Aku beli size 250gram ni di kedai eco.RM2.10 macam tu. Cili kisar.Minyak masak tu lebihkan sikit. Lepas kau dah tumis sampai naik bau, kau masukkan cili kisar 1 sudu besar. Nak pedas lagi kau letak la banyak.kalau nak pedas sangat lagi baik kau makan sambal tumis je tak payah masak kari.
Ok bila dia dah terbit minyak, kau masukkan rempah kari sebungkus 125grm ni dengan air sebanyak sukatan ( 2 bungkus plastik rempah ni balik).Ni rupa lepas masuk air 2 plastik rempah tu sukatan.giler pemalas nak sukat pakai cawan? masak api sederhana ok.jangan la halus sangat api.Kau masak dalam 20 -25 minit api perlahan. Kau tambah air lagi 1 mug. Kalau 25 minit rupa dia dah macam ni.Kalau tak pecah minyak jugak kau tambah sikit minyak.Mesti sebab kau tak letak minyak lebih masak menumis. Kalau taknak minyak kau makan asam pedas rebus sudah.Ok ni rupa 40 minutes.dia dah pecah minyak cantik. Ni dah siap. Nak pekatkan sikit lagi pun boleh.Kau sejukkan kejap atas dapur.Ke cedok dalam bekas taufufah ni. Sebenarnya dapat dalam 3 bekas ni penuh setiap bekas. Kemudian kau tabur daun kari begini.Pastikan dah sejuk betul baru kat labelkan. Tulis kari, tarikh kau masak. 3 bulan tahan tempat beku. Letak bahagian bawah beberapa hari ok jer.aku tak pernah letak lama sebab semedang habis.
Kemudian masukkan, kentang, ayam, garam. Adjust la ikut mcmana kau nak. Santan kalau nak letak, jangan banyak.
Aku kalau nak letak pun 1 sudu je kalau santan pekat. Serupa tak payah letak? Kemudian tambahkan air.Tunggu sampai kentang empuk dan ayam pun dah masak betul. Siappppp!
Terus boleh cicah roti ke, makan dengan nasi ke..yang pasti sangat cepat kerja korang! Kalau mak mertua datang mengejut buat gempaq pun kau boleh senyum sambil kilat kuku sebab tak payah nak terkocoh-kocoh kat dapur dah.
Benda boleh buat dapur semak sekali buat apa nak semak berkali kali kan??
Kalau rasa bermanfaat boleh tekan butang share post ni, aku izinkan.
Untuk pes masak kicap klik link ni ok
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2379207018970704&id=100006442866465
#syerahomarmasak
#pesfrozen
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahun lalu, negara dikejutkan dengan berita Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikatakan menghidap kanser hidung peringkat awal. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu dikatakan mendapatkan rawatan di Taiwan kerana masalah pernafasan, sebelum doktor kemudian mengesahkan dia menghidap penyakit tersebut.
Malah, bapa kepada dua cahaya mata ini awalnya mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung, beberapa bulan lalu.
Terbaru menerusi laman twitternya, Datuk LCW mendedahkan keperitan yang dilalui sepanjang tempoh melawan penyakit kanser membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik untuk tiga edisi masing-masing pada 2016, 2012 dan 2008 itu berkongsi pengalaman menghidap penyakit itu dalam sebuah temubual eksklusif bersama Yuna Tan yang disiarkan menerusi YouTube.
Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September lalu.
Beliau menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.
“Kanser telah membuka mata saya untuk lebih mengutamakan kehidupan. Saya berlatih dan bermain bersungguh-sungguh sepanjang hidup saya.
“Menentang Peter Gade (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia), Lin Dan (China), Bao Chun Lai (China), Lee Hyun-il (Korea Selatan) dan lain-lain. Tiada seorang pun yang kental seperti mana saya melawan kanser,” ujar Chong Wei di status lamanTwitter miliknya.
Chong Wei berhasrat untuk kembali ke gelanggang menjalani latihan awal tahun ini bagi mempertahankan gelaran juara Terbuka Malaysia yang dimenangi sebanyak 12 kali, namun hasratnya itu terpaksa ditunda atas nasihat doktor.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu terpaksa berehat daripada menyertai sebarang kejohanan selama lapan bulan selepas menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.
Dala pada itu, para peminatnya memberikan kata-kata semangat untuk wira negara ini kembali bangkit dan kuat semangat melawan penyakit tersebut.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 meruntun jiwa masyarakat. Rata-rata berkongsi luahan dan rasa hati akibat pemergian Sarah yang secara tiba-tiba.
Dalam satu perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah, bapa tunggal kepada tiga cahaya mata, situasi Shuib pernah dilaluinya tiga tahu yang lalu. Arwah isteri tersayang ditidurkan akibat paru-paru dijangkiti kuman.
Ketika itu hanya Tuhan yang tahu perasaannya sebagai suami. sementelah anak-anak mereka masih kecil dan memerlukan belaian seorang ibu.
Aku pernah berada di tempat Shuib. Isteri aku juga ditidurkan bila dia sudah mula sukar untuk bernafas sendiri. Bila paru-paru sudah mula dijangkiti dan mesin diperlukan untuk membantu pernafasan maka doktor tidurkan dia.
Sewaktu isterinya ditidurkan, peluang ketika itu 50-50 dan jujur mengakui dia cukup lemah dan tidak berdaya ketika itu.
Aku kena sign segala surat persetujuan terlebih dahulu. Yelah ditidurkan tu bunyinya lebih sedap berbanding dikomakan. Bila koma, chances is 50-50. Entah bangun entah tidak. 3 hari aku gundah, 2 malam aku pasrah. Akulah manusia yang paling lemah dan helpless ketika itu.
Kerana itu, apabila isterinya pergi meninggalkannya dan anak-anak buat selama-lamanya, dia merasai apa yang Shuib lalui kerana pernah berada dalam situasi tersebut.
Dan akhirnya isteri aku pergi meninggalkan aku dan anak-anak. Jangan ditanya apa perasaan aku. Numb. Just numb. Shuib sekarang berada di tempat aku.
Akui Khairul lagi, perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu. Hanya yang melalui akan tahu situasi demikian dan dia mendoakan semoga tiada yang perlu menghadapi situasi sepertinya.
Tempat yang menguji tahap keimanan dan kesabaran seorang hambaNya. Tempat yang sebolehnya aku doakan agar kalian tak perlu hadap dan rasainya. Perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu.
Update: Innalillahiwainnailaihirojiun. Siti Sarah Binti Raissuddin telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Semoga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan para syuhada. #superdaddy
Pihak Majalah Keluarga sebelum ini pernah menemubual saudara Khairul yang berkongsi kenangan bersama arwah isterinya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.