9 Petua Halau Lipas Membiak Dalam Kereta Tanpa Perlu Guna Racun. Follow Cara Ni!

Share

“Mama, ayah! Lipas! Arrggg!” Jerit anak nampak anak lipas lalu-lalang di kerusi ketika duduk dibahagian penumpang dalam kereta.

Mau terkejut ayahnya ketika memandu terdengar jeritan anak-anak. Semua anak-anak bergerak ke tepi nak elak lipas! Bukan takut tapi geli! Maka bermula aksi-aksi ‘mengetuk’ lipas menggunakan tisu atau apa aje dalam kereta.

Dahsyatkan penangan lipas dalam kereta. Itu baru anak lipas. Kalau ‘mak ayah’ lipas mahu melompat anak-anak ke depan. Mungkin ada yang pernah mengalami situasi ini.

Memang tidak dinafikan, kehadiran lipas dikatakan berkaitan dengan kebersihan. Sisa makanan yang tidak dibersihkan akan ‘menjemput’ lipas membiak dalam kereta. Agak sukar untuk mengelak anak-anak daripada makan dalam kereta. Bayangkan jika pulang ke kampung, sudah tentu tak dapat elak makan dalam kereta.

Selain menjaga kebersihan kereta, terdapat petua yang boleh dipraktikskan untuk menghalau lipas membaik dalam kereta. Ikuti 9 petua mudah ini tanpa guna racun. Mungkin salah satu menjadi solusi kepada masalah anda. Jom cuba petua!

IKUTI PERKONGSIAN INI. 

1.PERANGKAP MINYAK CAMPURAN SUSU DAN MAJERIN  

Menaik cara perkongsian cik zati yang mengunakan bahan dapur iaitu minyak masak terpakai, majerin dan susu pekat manis. Degan mampurkan ketiga bahan dalam satu bekas kemudian dibiarkan semalaman dalam kereta. Esok pagi akan dapat lihat hasilnya. Bukan saja dalam kereta, turut boleh praktikan dalam rumah. 

2.DAUN PANDAN

Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas. Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.

3.DAUN DURIAN BELANDA

Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering. Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.

4.SERAI WANGI

Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda. Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan

5.BAKING SODA

Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda. Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda.

6.PERANGKAP BOTOL MINUMAN  

Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah. Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar. Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya. Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.

7.LESTERINE

Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine. Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.

8.MINYAK AROMATERAPI 

Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.

9. VAKUM & JAGA KEBERSIHAN 

Gambar hiasan

Bersihkan kereta dengan cara vakum di bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya. Juga cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat!

Menarik kan petua-petua ni. Selamat mencuba! 

Sumber : majalahperdana.com dan cik zati