Tak kira samada sudah berkahwin atau masih anak dara, semua wanita harus lebih peka dalam menjaga kesihatan dalaman wanita.
Pun begitu, bagi wanita yang dah bersuami dan telah melahirkan anak, jangan sesekali ambil mudah dengan cara penjagaan dan tahap kesihatan rahim anda. Ini kerana sikap tidak prihatin dan sambil lewa mungkin akan mengakibatkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.
Sebaliknya jika anda mempunyai tanda-tanda ini, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan rahim sekaligus mendapatkan rawatan segera.
Melalui perkongsian Nurul Diyana Kamaludin yang juga merupakan perunding jamu kesihatan dan pengamal perubatan tradisional, beliau berkongsi mengenai 9 tanda-tanda jika seseorang wanita memiliki rahim yang tidak sihat.
Ads
1. Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
Ads
3. Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4. Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
Ads
6. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak gembirakan pasangan tak semestinya dengan hadiah atau benda yang mahal. Kalau kena gayanya benda simple pun sudah boleh buat si dia tersenyum lebar. Seperti yang dikongsikan oleh seorang suami, Ijal Rizal Rohani di Facebook.
Sang suami ini dengan kreativiti yang ada membuat tempat menyimpan kuali untuk isterinya secara DIY, menggunakan peralatan yang mudah didapati dengan bajet yang murah.
Simple tapi sangat berguna untuk menyimpan segala kuali di rumah supaya dapur kelihatan kemas dan tersusun. Semoga bermanfat untuk dicuba!
Diy tmpt simpan kuali/periuk Smlm birthday kesayangan hamba Cek Berry @hakakmisi kiranya ni salah 1 hadiah birthday pkp 2020 utk dia lerrr… Sonyom lebar dio mlm td…cammnia cap eh👍🏼 Alhamdulillah😉
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa tidak suka jika sayur yang ditanam gemok merimbun kan? Nak hasilkan pokok sayur yang sebegini jika tahu teknik dan cara penjagaannya memang tidak mustahil.
Melalui perkongsian Cikgu Kebun yang viral ini, beliau berkongsi di facebook cara nak hasilkan pokok daun sup giant. Jom kita ikuti langkah demi langkah teknik Cikgu Kebun ini.
Ini antara tips dari CK yang hangpa boleh cuba semai daun sup dari biji benih supaya berjaya tanam.
Tips tanam pokok Daun Sup dari biji benih ni mudah sahaja.
Ramai orang gagal tanam pokok daun sup tapi pokok ni ramai orang suka sebenarnya.
CK juga ada kongsikan tips mudah secara LIVE bagaimana nak tanam pokok ni. Pokok daun sup untuk bagi tahan lama dan subur gebu kita kena semai dia dengan biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam dia semula. Tapi pokok tak dapat hidup lama. Last2 kita kecewa..
Jadi CK cuba bantu hangpa bagi berjaya tanam pokok daun sup.. raya korban dah dekat ni..hangpa mesti nak masak sup daging kan nanti ..hehe
Ada 9 teknik mudah yang hangpa boleh cuba dengan step yang CK nak ajar ini.
Pemilihan jenama biji benih, selalunya CK akan guna brand yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik
Teknik Semaian biji benih, CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semai yang CK guna adalah Peatmoss
Lokasi semai dan tanam, ada 2 kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air.
Kadar siraman air, semasa semai kita kena pastikan media semai sentiasa lembab dan bila tumbuh kekalkan sehari 2 kali siram
Penjarangan anak pokok, cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi giant, hangpa pastikan sepasu hanya sepokok sahaja hangpa tanam.
Pemilihan baja CK menggunakan 2 jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Hangpa tabur baja serbuk 2 minggu sekali seronok baja ni sebab dia bau wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu 3 kali.
Kawalan Serangga dan Kulat, selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok kita bagi menjaga pokok sup tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control dibuat seminggu sekali.
Medium tanaman untuk pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran Tanah Merah, Sabut kelapa, Sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk di gaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.
Pencahayaan pokok jenis daun sup ini tidak suka cahaya terus jadi bagusnya hangpa letak pokok ini bernaung di bawah pokok lain atau ditepi kawasan rumah hangpa yang cahaya cerah sahaja
Insya allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.
Kalau hangpa nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, Macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul supaya hangpa tak “give up”, Insya allah hangpa boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok cikgu kebun, page Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel Cikgu Kebun.
Moga perkongsian dari saudara Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun dapat membantu mereka yang berminat bercucuk tanam dan berkebun. Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Kerja rumah yang paling ramai ‘lemau’ bila nak buat selain cuci pinggan adalah lipat baju. Lagi-lagi jika anda menangguhkan. Akhirnya menimbun baju yang harus dilipat
Tak nak sakit mata lihat baju menimbun, jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh pelakon Fasha Sandha.
Menerusi instagram nya, Fasha berkongsi teknik lipat baju yang pantas tapi kemas dengan 4 langkah mudah.
Thank you Cik Len for sharing, Alhamdulillah, time mco ni dah cekap melipat baju dengan pantas, dulu terkial-kial kita, lipat baju. Alhamdulillah, now boleh lipat 1 baju dalam masa 5 saat.
Bukan hanya pantas, tapi kemas dan teratur. Hihi. Saja nak share ngan followers kesayangan, happy pulak rasanya selamat mencuba Kesayanganku.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.