Kopi adalah minuman yang digemari oleh semua. Ia antara yang wajib diambil setiap pagi ataupun tengah malam buat mereka yang gemar berjaga.
Tanpa kopi seakan tak bermaya pula untuk buat kerja. Namun, pengambilan kopi terutama 3 in1 misalnya tidak elok untuk kesihatan di sebabkan kandungan gula yang agak tinggi.
Namun, jangan kecewa wahai penggemar kopi, anda boleh cuba cara yang sihat ini untuk menggantikan gula di dalam kopi. Yang penting tip ini menggunakan bahan yang lebih sihat.
Berikut kami senaraikan 9 jenis pemanis yang anda boleh gantikan dalam minuman kopi anda.
1. EKSTRAK VANILLA
Anda harus cuba menambah ekstrak vanilla ke dalam kopi! Walaupun kurang memberi kesan manis dalam minuman, ianya boleh menghasilkan aroma dan rasa lebih kaya
Ads
2. MADU
Selalunya madu sering dicampurkan ke dalam teh, tapi ianya boleh juga diletakkan di dalam kopi. Walaupun ianya manis dan berkerim, tapi madu lebih baik berbanding gula putih di pasaran kerana mempunyai antioksidan.
3. DARK CHOCOLATE
Walaupun agak mahal, namun khasiatnya seiring dengan harganya. Hanya campurkan sedikit coklat gelap dalam kopi (selalunya untuk latte), ianya akan mencair dan memberi rasa serta aroma menyelerakan. Patut cuba!
Ads
4. KURMA
Kurma dalam kopi? Jarang dengar, kan? Dikenali sebagai pemanis semula jadi, jangan pula anda letak sebiji buah kurma ke dalam kopi. Pes kurma sangat mudah dibuat sebelum dicampurkan ke dalam minuman. Hanya kisar buah kurma bersama sedikit air, siap!
5. STEVIA
Stevia ini kelihatan seperti gula, namun rasanya lebih manis. Ia tidak mempunyai kalori dan pastikan anda ketahui amaun sebenar kerana stevia ini sangat manis, cukup hanya beberapa taburan dalam minuman.
6. SANTAN
Alternatif lain untuk menggantikan kreamer adalah dengan menggunakan santan. Santan dikatakan mempunyai lemak sihat dan potassium.
Ads
7. KAYU MANIS
Kayu manis sering ditabur di atas kopi latte sebagai perhiasan, tapi tahukah anda menggantikan gula dengan kayu manis dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan keradangan perut? Namun, harus berhati hati dalam membeli, kerana mungkin anda tersalah beli jenis sebenar kayu manis ini!
8. SUSU BADAM
Susu badam dikatakan mempunyai lebih kalsium dan kurang lemak berbanding susu lembu. Namun, jika anda tidak menggemari rasa lemak susu badam, anda juga boleh menggantikannya dengan susu kacang atau susu pisang.
9. MENTEGA
Jika anda pernah makan pagi di gerai atau warung kopi, anda mesti pernah melihat pakcik-pakcik meletakkan mentega ke dalam kopi mereka. Mentega dalam kopi dapat meningkatkan metabolisma dan tenaga anda. Harus cuba!
Kalau ada cara lebih sihat untuk minum kopi tak rugi pun mencuba kan?
Sumber: semuanyajdt.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bosan tengok ruang balkoni yang kosong tetapi tak pandai nak dekor. Lebih-lebih lagi ruang sempit. Apa kata cuba ‘tiru’ dekor yang dikongsikan ini. Walaupun simple dan hanya menggunakan tiga bahan sahaja, ruang balkoni yang kosong akhirnya nampak ‘hidup’.
Lebih-lebih lagi waktu malam, cukup romantis kalau berdua dengan pasangan sambil ambil angin petang. Minum kopi dan berbual bersama. Seronok kan. Jom cuba.
Idea deko balkoni yang cantik😍 Siap boleh buat ootd lagi..
Dah bosan tgk balkoni rumah yg sekarang? apa kata kita usha sikit idea brother ni.. Cuma pasang lantai kayu dan hias batu putih je, terus balkoni nampak cantik😍
Boleh tambah idea lain, kot² nak letak rumput hiasan pun boleh.. Dah siap nanti korang letak la set meja balkoni.. syok tau duduk ptg² sambil minum kopi..
Waktu malam pun balkoni nampak cantik.. sebab ada lampu. Lepak citer² kat balkoni sambil tgk bintang la katakan.. batu putih tu boleh buat massage tau.. pijak je😉
Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga, pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai, bukan sahaja bagi orang dewasa malah anak-anak juga.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan menggoreng kacang tanah.
Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah ‘terhangus’ kerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya. Malah lebih teruk menggagalkan rasa enak hidangan yang telah disediakan. Akhirnya kacang tersebut terbuang begitu sahaja, langsung tidak dimakan. Benar bukan?
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai ibu bapa tentunya jauh di sudut hati kita ingin melihat kejayaan anak-anak di dalam membina kerjaya bila telah dewasa kelak. Bahkan bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga, insyaAllah.
Begitu juga yang diharapkan oleh Lisa Surihani, mahukan yang terbaik kepada anak-anaknya iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne serta Yunos Laith.
Meskipun ibu kepada tiga cahayamata ini pernah bergelar anak seni, namun dirinya tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya di dalam dunia lakonan. Apatah lagi usia mereka masih kecil.
“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda.
“Saya masih memikirkan zaman kanak–kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka.
“Saya terungin melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” ujarnya lagi.
Menerusi laporan Gempak, Lisa ada memberitahu dia tidak boleh membuat keputusan lagi namun sebagai ibu pastinya dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Meskipun begitu, Lisa meluahkan rasa keterujaan apabila kedua–dua anaknya, Yahaira dan Yusof terlibat dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd.
Kemunculan Satu Keluarga
Sebelum menerima tawaran Datin Seri Tiara Jacquelina, Lisa mengambil sedikit masa untuk memikirkan keselesaan kedua–dua anaknya.
“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.
“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa mereka bersama, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video.
“Bila mereka dah berlakon tu, pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok,” ujarnya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...