Semua orang inginkan hidup dalam suasana bahagia dan gembira. Namun, kadang kala, ‘ombak’ tetap ada menganggu hidup hingga mengakibatkan hidup jadi suram. Malah jika tidak dikawal boleh memberikan aura negatif kepada keluarga.
Pernah tak berasa takut tanpa sebab yang munasabah, mudah tersentuh, tidak bersemangat dengan apa jua yang dilakukan, tidak dapat menahan sabar dan sukar untuk relaks. Jika jawapannya KERAPKALI atau SANGAT KERAP, anda dalam bahaya! Ini adalah antara ciri-ciri anda sedang alami kemurungan dan stress tanpa ada sedar.
Lazimnya emosi sebegini berlaku di tempat kerja, penat menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Ada juga yang terpaksa berjauhan dengan suami atas faktor kerja dan terdapat pelbagai lagi yang boleh menjadi pencetus kepada kemurungan dan stress.
Bila seseorang kerap mengalami stress, sistem dan ketahanan badan akan merosot yang boleh mengundang pelbagai penyakit sehingga ke tahap serangan jantung.
Hal ini turut dinyatakan melalui Public Health menerusi carta yang dipaparkan di facebook berkenaan bertajuk ‘Kesan Kesihatan Akibat Kesunyian’.
Ekoran ini, ramai warganet telah ‘serbu’ link uji test stres untuk mengetahui tahap kemurungan. rata-rata netizen berkongsi cerita mengenai uji tahap stres dan depresi secara online. Pelbagai pandangan yang dikongsi tentang pengurusan emosi.
Kepada yang ingin melakukan uji tahap stres boleh ke laman yang diiktiraf antaranya:
LINK UJI TEST
Ketahui gejala yang menunjukkan anda alami KEMURUNGAN. Lakukan ujian saringan DASS dan dapatkan bantuan segera.
1) https://tinyurl.com/dassjohor (dilengkapi dengan rujukan dan appointment jika perlu)
2) https://tinyurl.com/ramlidass
Atau gunakan enjin carian ‘Google’ dan taipkan ‘Ujian Saringan DASS’.
Caranya mudah, anda hanya perlu menjawab beberapa soalan yang diajukan seperti di bawah ini. Soalann-soalan itu akan memberikan jawapan sama ada anda stres atau tidak ikut tahap.
Contoh soalan yang anda kena jawab:
*PENTING- Ujian saringan BUKAN diagnosis. Dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.
9 Gejala Menunjukkan Anda Alami Kemurungan
Rujuk 9 gambar ini untuk kenal pasti kemurungan anda. Mungkin ia salah satu pencetus kepada kemurungan kita. Nampak biasa tetapi jika dibiarkan boleh mudarat diri.
TEKANAN EMOSI BOLEH MENYEBABKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG DI KALANGAN WANITA
Malah melalui perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad juga turut menjelaskan perkara yang sama. Bahawa pentingnya mengelak diri mengalami tekanan emosi supaya dapat mengelak mengalami masalah kesihatan.
Wanita lebih mudah mengalami tekanan emosi, berbanding lelaki. Ini kerana mereka banyak menggunakan perasaan ketika menghadapi suatu bencana, musibah atau kemalangan.
Jika mereka tidak dapat mengawal perasaan, sudah tentu ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kepada kesihatan jantung.
Dalam kajian psikologi mendapati wanita separuh umur sehingga lanjut usia yang mengalami rasa kesedihan, rasa kesunyian dan rasa tidak bahagia (misalnya akibat kematian suami) dan tidak mendapat sokongan dari anak-anak akan mengalami risiko untuk mendapat serangan sakit jantung 65% lebih tinggi dari wanita sebaya yang tidak mengalami masalah yang sama.
Selain itu pengalaman buruk atau menakutkan yang pernah dialami dan masih bermain di fikiran, untuk sekian lama dan tidak diselesaikan, juga menyebabkan tekanan perasaan yang berpanjangan. Keadaan ini juga menyebabkan risiko untuk mendapat serangan sakit jantung.
Malah wanita seusia begini yang mengalami masalah kewangan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung.
Semakin berusia seorang wanita (dan lelaki), semakin mudah mereka mengalami masalah tekanan perasaan (stress) dan tekanan perasaan ini menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung.
Cuba bayangkan jika seorang wanita (juga lelaki) yang sudah berusia, yang merupakan pesakit diabetes atau tekanan darah tinggi atau mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, pasti lebih mudah mendapat serangan sakit jantung jika mereka tidak menguruskan tekanan ini dengan baik.
Bagi anak-anak yang masih mempunyai ibu atau bapa, berilah sokongan pada mereka, sama ada kewangan atau sokongan emosi.
Oleh kerana itu, saya menasihatkan diri saya sendiri untuk menjaga kesihatan fikiran dan emosi, disamping menjaga kesihatan fizikal apabila usia semakin meningkat.
Kredit: Public Health Malaysia dan Dr Zubaidi Hj Ahmad