Semua orang inginkan hidup dalam suasana bahagia dan gembira. Namun, kadang kala, ‘ombak’ tetap ada menganggu hidup hingga mengakibatkan hidup jadi suram. Malah jika tidak dikawal boleh memberikan aura negatif kepada keluarga.
Pernah tak berasa takut tanpa sebab yang munasabah, mudah tersentuh, tidak bersemangat dengan apa jua yang dilakukan, tidak dapat menahan sabar dan sukar untuk relaks. Jika jawapannya KERAPKALI atau SANGAT KERAP, anda dalam bahaya! Ini adalah antara ciri-ciri anda sedang alami kemurungan dan stress tanpa ada sedar.
Lazimnya emosi sebegini berlaku di tempat kerja, penat menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Ada juga yang terpaksa berjauhan dengan suami atas faktor kerja dan terdapat pelbagai lagi yang boleh menjadi pencetus kepada kemurungan dan stress.
Bila seseorang kerap mengalami stress, sistem dan ketahanan badan akan merosot yang boleh mengundang pelbagai penyakit sehingga ke tahap serangan jantung.
Hal ini turut dinyatakan melalui Public Health menerusi carta yang dipaparkan di facebook berkenaan bertajuk ‘Kesan Kesihatan Akibat Kesunyian’.
Ekoran ini, ramai warganet telah ‘serbu’ link uji test stres untuk mengetahui tahap kemurungan. rata-rata netizen berkongsi cerita mengenai uji tahap stres dan depresi secara online. Pelbagai pandangan yang dikongsi tentang pengurusan emosi.
Kepada yang ingin melakukan uji tahap stres boleh ke laman yang diiktiraf antaranya:
LINK UJI TEST
Ketahui gejala yang menunjukkan anda alami KEMURUNGAN. Lakukan ujian saringan DASS dan dapatkan bantuan segera.
Atau gunakan enjin carian ‘Google’ dan taipkan ‘Ujian Saringan DASS’.
Caranya mudah, anda hanya perlu menjawab beberapa soalan yang diajukan seperti di bawah ini. Soalann-soalan itu akan memberikan jawapan sama ada anda stres atau tidak ikut tahap.
Contoh soalan yang anda kena jawab:
*PENTING- Ujian saringan BUKAN diagnosis. Dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.
Ads
9 Gejala Menunjukkan Anda Alami Kemurungan
Rujuk 9 gambar ini untuk kenal pasti kemurungan anda. Mungkin ia salah satu pencetus kepada kemurungan kita. Nampak biasa tetapi jika dibiarkan boleh mudarat diri.
TEKANAN EMOSI BOLEH MENYEBABKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG DI KALANGAN WANITA
Malah melalui perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad juga turut menjelaskan perkara yang sama. Bahawa pentingnya mengelak diri mengalami tekanan emosi supaya dapat mengelak mengalami masalah kesihatan.
Ads
Wanita lebih mudah mengalami tekanan emosi, berbanding lelaki. Ini kerana mereka banyak menggunakan perasaan ketika menghadapi suatu bencana, musibah atau kemalangan.
Jika mereka tidak dapat mengawal perasaan, sudah tentu ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kepada kesihatan jantung.
Dalam kajian psikologi mendapati wanita separuh umur sehingga lanjut usia yang mengalami rasa kesedihan, rasa kesunyian dan rasa tidak bahagia (misalnya akibat kematian suami) dan tidak mendapat sokongan dari anak-anak akan mengalami risiko untuk mendapat serangan sakit jantung 65% lebih tinggi dari wanita sebaya yang tidak mengalami masalah yang sama.
Selain itu pengalaman buruk atau menakutkan yang pernah dialami dan masih bermain di fikiran, untuk sekian lama dan tidak diselesaikan, juga menyebabkan tekanan perasaan yang berpanjangan. Keadaan ini juga menyebabkan risiko untuk mendapat serangan sakit jantung.
Malah wanita seusia begini yang mengalami masalah kewangan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung. Semakin berusia seorang wanita (dan lelaki), semakin mudah mereka mengalami masalah tekanan perasaan (stress) dan tekanan perasaan ini menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung. Ini kerana semakin kita berusia, semakin banyak keradangan dalam tubuh kita. Ini akan merangsangkan pembentukan plak dalam saluran darah dan akhirnya menyebabkan serangan sakit jantung.
Cuba bayangkan jika seorang wanita (juga lelaki) yang sudah berusia, yang merupakan pesakit diabetes atau tekanan darah tinggi atau mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, pasti lebih mudah mendapat serangan sakit jantung jika mereka tidak menguruskan tekanan ini dengan baik.
Bagi anak-anak yang masih mempunyai ibu atau bapa, berilah sokongan pada mereka, sama ada kewangan atau sokongan emosi.
Oleh kerana itu, saya menasihatkan diri saya sendiri untuk menjaga kesihatan fikiran dan emosi, disamping menjaga kesihatan fizikal apabila usia semakin meningkat.
Garam celtic atau celtic salt elok diambil bersama air suam ketika sahur. Hanya masukkan secubit garam ke dalam air suam. Pengambilan garam celtic ini dalam diet harian mampu mengelakkan tubuh daripada mengalami dehidrasi, tidak rasa haus dan letih ketika berpuasa.
Amalkan pengambilan garam celtic ini. Nanti kuranglah keluar masuk tandas buang air kecil. Nampak biasa tapi kesannya luar biasa. Tahukah anda bahawa tubuh kurang garam boleh mendatangkan bahaya. Tenaga berkurang. Cepat dan mudah letih.
Garam Celtic, Letak Secubit Dalam Air Suam
Garam celtic termasuk dalam kategori least processed salt. Ia hampir kesemua nutrien dikekalkan. Satu mineral cukup unik dalam garam celtic ialah magnesium.
Magnesium ini sangat diperlukan oleh tubuh. Magnesium dalam garam celtic bertindak sebagai ‘water-hungry molecule.’ Ia bertindak seperti span yang akan diserap magnesium selain menghidrasikan sel dalam tubuh.
Bolehkah garam membantu mengatasi migrain?
Kajian mendapati migrain disebabkan dehydration, alergi dan over-heating. Ia boleh dilegakan dengan mengambil air yang diletak secubit garam celtic.
Minum Waktu Sahur, Elak Letih, Haus Berpuasa
Apa lagi kelebihan air garam terutama garam celtic?
*Seimbangkan elektrolit dalam tubuh
*Tingkatkan hidrasi
*Cegah dehidrasi
*Boost prestasi fizikal
*Satu lagi cara ialah perahkan jus lemon ke dalam segelas air.
Cara-cara menggunakan garam celtic (celtic salt):
Taburkan sedikit garam celtic dalam 1/2 sudu teh. Kacau dan minum.
Sesuai ini diamalkan waktu sahur. Khasiatnya ialah untuk elak haus, letih ketika berpuasa, dan memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi.
Khasiat garam celtic:
*Bantu kurangkan rasa nak minum minuman manis seperti air gas
*Boost vitamin C intake
*Elok untuk penghadaman
*Bantu weight loss
*Rendahkan risiko batu karang
*Kurangkan kesakitan pada otot yang meradang
*Legakan sakit tekak
*Cantikkan kulit
Demam, boleh katakan inilah yang kerap terjadi. Kalau bukan anak yang demam, diri kita sendiri pula.
Andai tiba-tiba suhu badan naik pada waktu tengah malam, dan ubat tiada. Bolehlah dicuba beberapa petua ini.
PETUA NAK TURUNKAN DEMAM PANAS ANAK.
”Kalau anak demam panas boleh guna cara nie.Mmg cpt turun suhu.”
Bahan-bahan :
Lemon 2-3 slice
Air sejuk semangkuk
Tuala kecil
Cara-caranya:
1. Satukan air sejuk dengan lemon.
2. Ambil tuala kecil dan rendamkannya di dalam air sejuk tadi.
3. Letakkan di dahi.
”Semalam danish suhu paling tinggi 38.9 Lepas tu turun 38.3 > 37.5. Sekarang dah 37.1″
Kredit : Hani Pembor
Selain cara ini, orang tua-tua dulu ada juga menggunakan bahan-bahan lain untuk meredakan demam.
Daun bunga raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya kemudian diramas-ramas di dalam rendaman air yang sedikit. Kemudian letakkan di dahi dan di kepala.
Asam jawa
Ambil asam jawa, kemudian bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes yang pekat. Kemudian sapukan pes tersebut pada bahagian dahi.
Minum banyak air
Bila suhu badan meningkat, pastikan mengambil air putih secukupnya untuk menurunkan suhu panas tersebut.
Pun begitu, perlu diingat usaha ini hanya bertujuan membantu mengurangkan suhu panas badan, namun jika tidak serasi segeralah bertemu doktor untuk dapatkan rawatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Khasiat kurma cina juga sering disebut-disebut bagus untuk kesihatan tubuh badan dan dapat membantu memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal aktif dan sihat.
Namun begitu tidak semua antara kita biasa mengamalkan pengambilan kurma cina ini berbanding rempah atau herba seperti halba, cengkih dan sebagainya sedangkan khasiatnya cukup luar biasa.
Antara khasiat yang terkandung di dalam kurma cina menurut kajian yang dikongsikan di klikdokter adalah seperti berikut :-
Meningkatkan imuniti tubuh
Melawan pertumbuhan sel kanser
Melancarkan dan memelihara saluran pencernaan
Menibgkatkan kualiti tidur dan mencegah insomnia
Memelihara fungsi otak
Mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah
Mencegah penyalit berkaitan hati
Meningkatkan kesihatan kulit
Mengetahui betapa banyaknya kebaikkan kurma cina ini untuk kesihatan, apa kata anda amalkan untuk minum air rebusan kurma cina ini seperti mana yang diamalkan oleh Fairuz Azmi.
Menurut perkongsiannya, air rebusan ini bagus untuk membuang angin dalam badan dan sekali gus dapat menjadikan tubuh badan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.
Bagi anda yang ingin mencuba di sini di kongsikan cara untuk menyediakan air rebusan tersebut, selamat mencuba.
Resipi Air Rebusan Kurma Cina Untuk Lebih Bertenaga
Bahan-bahan:
Air 4 mug
Kurma cina segenggam
Halba 1 sudu besar
Halia ketuk 2 inci
Gula batu Secukup rasa
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sampai mendidih.
Kemudian tuang dalam cawan dan minum panas-panas.
Ekstra info : Air rebusan ini boleh guna untuk 3-4 kali minum. Contoh : Malam ini saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. Kemudian saya tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan sahaja. Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.