Gajet daripada satu sudut dilihat dapat membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Namun, andai tidak dikawal ia boleh mengundang masalah.
Antaranya seperti yang berlaku tidak lama dulu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain tablet.
Perkara ini sekali gus membuktikan betapa seriusnya kesan jika anak-anak bermain gajet secara berlebihan. Jadi ibu bapa perlu mula mengambil langkah berikut untuk memastikan anak tidak ketagih bermain atau melayani telefon bimbit mahu pun tablet.
1. Jangan beli selagi tiada kepentingan
Jangan beli telefon atau tablet untuk anak-anak selagi tiada kepentingan untuk menggunakannya. Tidak perlu kenalkan mereka dengan komputer di awal usia apatah lagi game di internet.
2. Jangan main game depan anak
Walau pun anda suka bermain game tapi jangan tunjukkan ‘kegilaan’ itu di depan anak-anak. Bagaimana mahu menegur anak jika bapa sendiri pun berjam-jam melayan game.
Ads
3. Bawa ke majlis ilmu
Mahu memberi ilmu atau pengetahuan caranya bukan semata-mata memberi gajet. Adalah lebih baik ibu bapa terus membawa anak-anak ke majlis ilmu. Ajak anak mendengar tazkirah di masjid atau surau, kem, kelas agama atau mana-mana majlis ilmu.
4. Bawa anak beriadah
Jika tidak memberi gajet, ibu bapa mesti mencari aktiviti untuk memenuhi masa anak sebagai gantinya. Ajak anak berbasikal, beriadah di taman permainan atau apa-apa aktiviti di luar rumah agar mereka tidak bosan.
Ads
5. Ajak anak baca al-Quran
Daripada menghabiskan masa dengan telefon berjam-jam, hadkan masanya. Ajak pula anak baca al-Quran tapi pastikan ibu ayah turut membacanya bukan hanya menyuruh.
6. Hadkan masa menonton TV
Kesan menonton tv berlebihan sama juga dengan gajet, jadi hadkan masa menonton anak. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika berlebihan, tak elok juga.
Ads
7. Tanamkan sifat zuhud
Tanamkan dalam jiwa anak-anak sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada anak-anak, ‘keluarga kita orang susah‘. Fahamkan anak-anak, jangan terpengaruh dengan anak-anak orang berada yang membeli telefon bimbit atau gajet yang mahal.
8. Kenalkan dengan buku ilmiah
Kenalkan anak dengan buku-buku ilmiah. Kalau boleh kurangkan mereka membaca buku kisah-kisah dongeng. Berikan mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.
Sumber : tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau dulu-dulu, waktu masih belum ada sosial media ramai yang tak tahu tentang banyak perihal termasuklah tentang penyakit. Segala info hanya boleh didapati di dada akhbar, bahan bacaan lain dan pengalaman sendiri.
Sebagai contoh kita lihat tentang autism. Jika dulu, ramai yang tak tahu tentang penyakit ini. Tetapi sekarang, bukan sahaja boleh membuat carian sendiri, malah boleh lihat contoh melalui perkongsian ahli keluarga anak-anak ini misalnya pelakon Zarina Zainuddin.
Umum tahu bahawa Zarina cukup dikagumi ramai dalam membesarkan dan menguruskan anak kembarnya yang merupakan anak-anak autistik, Muhammad Razil Azrai atau Azil dan Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal.
Hari ini tular ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mengubah penulisan di laman Wikipedia tentang anaknya, Azal dengan meninggalkan maklumat yang salah sehingga mengundang kesedihan lelaki itu.
Perkara ini mengundang sebak si ibu yang berkongsi hal ini sendiri di laman Instagram miliknya.
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di Wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni, saya yang baca jadi terkedu sekejap saya peluk dia saya kata Azal tak gila, Azil tak gila… Azal dan abang Azil anak istimewa.
“Anak ibu, Allah ada… biar orang kata apa Allah ada. Kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” tulis Zarina Zainuddin.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Zarina turut tampil mempamerkan rasa kurang senang dengan tindakan melampau individu tersebut. Malah, ada juga yang tampil memberitahu info dalam wikipedia tersebut telahpun diedit kepada info asal.
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.