Pernah hamil namun keguguran, kisah perjuangan pasangan suami isteri selama 8 tahun berusaha mendapatkan rawatan untuk menimang cahaya mata sendiri sehinggakan dikurnia anak kembar cukup menyentuh hati.
Namun, sikap tidak putus asa dan terus mencuba, akhirnya impian pasangan ini dimakbulkan Tuhan.
Pemergian empat anak syurga mereka akhirnya digantikan Sang Pencipta apabila sang isteri hamil lagi. Lebih membahagiakan bila mana pasangan ini disahkan bakal menimang anak kembar.
Pun begitu, pengalaman terdahulu sedikit sebanyak membuatkan pasangan TTC ini trauma, bimbang gagal lagi. Namun, akhirnya penantian mereka berakhir apabila lahirnya dua si kembar yang diberi nama baby Ryu dan Ray.
Kisah pasangan ini dikongsikan sendiri oleh doktor Benny yang merawat si isteri dari awal sehingga berjaya hamil dan melahirkan bayi kembar.
7-7-8 TAHUN, 5x INSEMINASI , 4x KEGUGURAN
Pelbagai dugaan dan ujian terpaksa dilalui. Bukan itu sahaja, pasangan ini pernah mencuba rawatan yang menggunakan kaedah Inseminasi yang mana proses memasukkan sperma secara langsung ke rahim sebanyak lima kali, namun tetap gagal.
Kisah ini merupakan salah satu kisah HEBAT yang menggambarkan betapa luar biasa perjuangan untuk selalu BANGKIT dari kegagalan & kesedihan.
“Saya bertemu dengan Vivin @vivin.ismail & Adjie, yang jauh datang dari JOGJA, saat memulai IVF di Mei 2021 lalu. Kisah panjang perjuangan mereka tertulis memenuhi hampir seluruh bahagian kosong lembar history taking saya di Morula. Satu persatu kita bahas kegagalan yg dialami. Luar biasanya : pasangan ini TIDAK HENTI-HENTI mencuba.
Ads
“Vivin dg kondisi PCOS yg haidnya cukup jarang, mengalami kehamilan 4x (sekali di 2017, dua kali di 2018, dan sekali di 2020). Namun kesemuanya gugur sebelum usia 10 weeks. Banyak pemeriksaan yg telah mereka lalui sebelum ke @morulaivfsurabaya.
“Demikian pula , bukan sekali atau dua kali mereka mencoba inseminasi, total 5x upaya inseminasi telah mereka lalui. 4x merasakan positif hamil & 4x pula duka dan airmata kesedihan kerana keguguran.
“Sampai akhirnya kita pada September 2021, dua embryo kita FET , kali ini airmata bahagialah yg menetes ketika diketahui kehamilan kembar & sehat.
Dr Benny turut berasa bimbang andai gagal rawatan tersebut memandangkan berlaku pendarahan di awal kehamilan.
“Sempat muncul khawatir akan gagal lagi, ketika usia antara kehamilan 6-10 minggu harus opname karena perdarahan berulang. Setiap darah yg keluar diikuti rasa debar dan kuatir.
Ads
“Namun Yang Maha Kuasa sungguh melindungi, kehamilan bertahan terus secara sehat sampai lahirnya si kembar Ryu & Ray di 25 Mei 2022.
“Saya bersyukur kenal pasangan hebat ini. Ketekunan yg luar biasa. Upaya untuk selalu bangkit dari kegagalan & tidak putus asa. Terima kasih Tuhan, Engkau sekali lagi memberikan rahmat & berkatMu kepada pasangan ini. Terima kasih saya boleh belajar & diperkenankan ikut serta dalam kebahagiaan mereka.
“Saya bisa bayangkan bagaimana 4x sedih yang berulang, berhasil hamil lalu gagal, 4x. Yang sungguh perlu saya contoh adalah bagaimana pasangan ini utk #NEVERLOSEHOPE
“Untuk yang belum berhasil mahupun yang sudah, mari kita:
P.S : Berkongsi kisah ini BUKAN untuk pujian/pameran, tapi semata membangkitkan harapan,mengajak kita untuk tekun,berdoa,berusaha.Tdk harus dg saya, dg semua pun bisa. Tuhan bekerja pada & melalui siapa saja, tetaplah #SPREADKINDNESS
Setiap kali tibanya hari jumaat, dia tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor di Deans Avenune, Christchurch, New Zealand. Semalam, Rahimi Ahmad sekali lagi menunaikan solat di masjid yang sama sambil ditemani anak lelakinya yang berusia 11 tahun.
Namun siapa sangka, kunjungannya kali ini membawa insiden yang cukup tragis. Namun berpantang maut sebelum ajal, Rahimi yang dikatakan hilang selepas serangan dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat.
Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kecederaan selepas berpura-pura mati ketika pengganas melepaskan tembakan di dalam ruang Masjid Al Noor.
“Rahimi tercedera tetapi dia berpura-pura mati,” kata rakannya.
Rahimi bagaimana pun dikatakan kritikal selepas pembedahan membuang peluru di bahagian perutnya.
Sementara itu, ibunya bersyukur apabila mendapat perkhabaran Rahimi selamat dalam insiden tersebut. Dia mengetahui insiden menimpa anaknya itu melalui televisyen jam 11 pagi Jumaat.
“Makcik dapat tahu mengenai insiden itu menerusi televisyen. Makcik hubungi dia sebab makcik tahu dia pergi solat Jumaat,”ujarnya yang menghubungi isteri Rahimi, Norazila Wahid, 39 dan dimaklumkan perkembangan terkini anaknya itu.
“Dalam panggilan kira-kira 7 malam itu, Norazila memaklumkan Rahimi baru selesai menjalani pembedahan bagi membuang peluru di bahagian perut. Bagaimanapun, pembedahan perlu dilakukan sekali lagi esok berikutan peluru terbabit terkena tulang belakang,” jelas Rokiah lagi.
Rokiah Mohamad, dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP) bersama anak keduanya, Roshidi, 42. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh menguruskan tiket penerbangan mereka.
Rahimi antara tujuh rakyat Malaysia yang dikenal pasti terkena tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand. Dia yang tinggal di Christchurch lebih empat tahun lalu dan bekerja sebagai juruteknik di kilang susu di New Zealand, manakala isterinya pula menuntut di University of Canterbury.
Nasi menjadi makanan wajib yang dihidangkan oleh ibu-ibu untuk dimakan bersama hidangan lauk pauk dan sayur-sayuran untuk seisi keluarga.
Pun begitu, hidangan nasi ini jika diambil berlebihan bimbang juga menjadi penyebab obesiti dan masalah kesihatan lain. Apatah lagi andai mengidap penyakit kencing manis.
Sebolehnya, pemilihan beras yang kurang kanji menjadi pilihan. Ini sebagaimana yang disarankan oleh doktor ini. Rupanya terdapat jenis-jenis beras yang bagus untuk kesihatan.
Jom kita hadam apa info dari Dr Zubaidi ini.
SIHAT DENGAN DENGAN BERAS REBUS/PARBOILED RICE
Bagi mereka yang tidak boleh tinggalkan nasi, terutama yang sudah berumur 40 tahun ke atas, nasi sudah menjadi sebahagian hidup mereka.
Tetapi setiap kali makan nasi, pesakit diabetes akan mengalami peningkatan gula yg mendadak.
Sebab beras putih tidak mempunyai lagi serat padanya. Ini menyebabkan penyerapan gula sangat cepat ke dalam tubuh.
Saya mencadangkan beras rebus. Beras rebus ini bukan beras putih yang direbus (ditanak) menjadi nasi.
Contoh jenama yang ada dipasaran
Dan banyak lagi yang boleh dijadikan pilihan.
Apa Itu Beras Rebus?
Beras rebus adalah beras yang mengalami proses pembersihan yang berbeza.
Setelah padi (bijian beras yang masih di dalam kulitnya) dituai, kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan Beras Perang. Sekiranya beras tersebut melalui proses yang seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi Beras Putih biasa.
Beras yang direbus/”parboiled” pula diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya Beras Rebus/Parboiled.
Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi. Nilai GI pun rendah.
Jadi ia mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang lain.
Makanlah Beras Rebus dengan sayur atau ulam yang banyak. Ratio antara nasi dan sayur adalah satu bahagian nasi dan dua bahagian sayur.
Ambil juga minyak zaitun utk melambatkan penyerapan glukosa. Boleh ambil lagi selepas makan selain dari dos yang diambil selepas bangun pagi waktu perut kosong.
Awalnya mereka sekadar gurauan, namun siapa sangka ia bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki maut difahamkan selepas dengan bapa saudaranya yang dikategorikan sebagai Sindrom Down.
Menurut pihak keluarga, mangsa Muhammad Azfar Qayyum Md Said, berusia enam tahun telah bergurau ‘bertumbuk-tumbuk’ dengan bapa saudaranya yang mesra dipanggil Mi.
Dah disuruh berhenti, tapi main semula
Melihatkan gurauan tersebut yang agak kasar, mereka berdua telah ditegur agar berhenti bermain bertumbuk, namun tidak lama kemudian mereka menyambung semula.
Difahamkan mangsa Muhammad Azfar Qayyum Md Said bermain bersama bapa saudaranya di rumahnya. Bagaimanapun pada tengah hari esoknya mangsa tidak sedarkan diri sebelum bapanya membawa kanak-kanak itu ke hospital.
Berdasarkan percakapan ibu dan bapa mangsa, anak mereka berada dalam keadaan sihat meskipun terdapat kesan lebam pada muka pagi ini.
“Ibu mangsa kemudian keluar bekerja sehinggalah dimaklumkan suaminya anak mereka tiba-tiba tidak sedar diri 12 tengah hari.
“Muhammad Azfar kemudian dikejarkan ke Hospital Baling sebelum disahkan meninggal dunia 2.15 petang,” katanya.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala dan badan mangsa.
Menurut Nur Maizatul Akmar Abd Aziz, 27, kakak lelaki berkenaan yang juga ibu saudara mangsa, dia percaya adiknya berusia 16 tahun yang juga penghidap Sindrom Down itu tidak mempunyai niat untuk mendatangkan kematian kepada mangsa.
“Selama ini adik saya dan mangsa biasa bermain bersama dan mereka amat rapat jadi saya kenal sangat kelakuan adik saya.
“Walaupun dia mempunyai Sindrom Down tetapi dia amat sayangkan kanak-kanak malah sebelumnya ketika mereka bermain bersama tidak pernah terjadi apa pun,” katanya.
Mangsa sempat meminta ibunya membancuh minuman sebelum ibunya keluar berniaga.
“Pagi semalam, sebelum kakak saya (ibu mangsa) keluar berniaga nasi lemak, arwah ada minta padanya untuk membancuhkan minuman coklat panas.
“Arwah juga sempat melambai tangan kepada ibunya yang ketika itu sedang memakai tudung sehinggalah keluar rumah,” katanya.
Mengakui tragedi itu amat menyedihkan buat mereka sekeluarga namun reda dengan apa yang berlaku.
Sumber: Harian Metro & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...