Siapa sangka selepas hampir lapan tahun menunggu penuh sabar, pasangan suami isteri, Nor Hidayatul Ilham Mohd Kamaruddin, 28, dan
Helmy Hafiz Ab Aziz, 33, akhirnya dikurniakan cahaya mata perempuan 3
Disember lalu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Harian Metro,
bayi diberi nama Nur Medina
Ilham itu memberi rahmat buat pasangan itu selain kejutan berikutan Nor Hidayatul hanya menyedari dirinya hamil ketika kandungan berusia lapan bulan.
“Sekitar Mac dan April lalu, saya kerap tidak sihat kerana dijangkiti Covid-19, muntah-muntah juga pening kepala, tetapi tidak terfikir a disebabkan hamil memandangkan sudah dua tahun tidak datang haid.
“Awal Oktober lalu, saya dapat rasa ada pergerakan pada perut dan bertanyakan pada ibu saudara.
Ads
“Namun dia mengandaikan saya lapar kerana kebetulan sedang dalam fasa diet ketika itu.
“Saya bertanyakan pula kepada seorang lagi ibu saudara yang bekerja sebagai jururawat.
“Dia dapat merasakan saya hamil selepas mengusap perut saya.
“Bagi mendapatkan kepastian, saya lakukan ujian kehamilan sendiri dan terkejut apabila didapati positif hamil.
“Tengah hari sama, saya pergi ke klinik untuk imbasan dan mendapati kandungan sudah memasuki usia 32 minggu.”
Nor Hidayatul Ilham sebak selepas diberitahu doktor berita gembira itu kerana sudah lama dia dan suami, Helmy Hafiz menginginkan zuriat.
Ads
Katanya, kehamilan itu memang di luar jangkaannya kerana selepas berkahwin, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan tempoh datang haidnya tidak stabil.
“Dua tahun pertama perkahwinan, saya ikut saranan doktor untuk hamil, tetapi tiada rezeki kerana berat badan makin bertambah menyebabkan hormon semakin tidak stabil.
“Doktor selalu beri cadangan untuk saya diet dan turunkan berat badan cuma saya baru memulakannya awal tahun ini.
Ads
Apapun, Nor Hidayatul Ilham bersyukur kerana doanya dan suami untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain dimakbulkan Allah SWT.
“Terima kasih juga kepada yang mendoakan terutama selepas rakan saya, Shamimi Shamimi Shamsudin muat naik video di TikTok.”
Baru-baru ini tular seorang pengguna laman sosial telah berkongsi dan menyebarkan wajah anak kepada pelakon dan usahawan, Neelofa di platform tersebut.
Namun, perbuatannya itu telah membuatkan ibu kepada Muhammad Bilal ini terkilan seolah-olah tidak menghormati dirinya serta suami sebagai ibu bapa kepada bayi tersebut.
“Macam ni lah.. sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar (Bilal), takkan saya nak sorok muka dia?
“Kemudian you all share dan upload, macam you tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang melahirkan buat benda tu,” katanya yang dipetik dalam portal Gempak.
Dalam pada itu, Neelofa turut memohon agar dia diberikan sedikit ruang dan tidak lagi bertanyakan tentang anaknya.
“Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan.
“Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?” tambahnya.
Meskipun melahirkan anak masih terasa sakitnya namun pasti sakit lagi rasa bila diuji kehilangan anak yang tercinta yang baru sahaja berusia 2 hari. Begitu sebentar pinjaman dariNya buat pasangan suami isteri ini, namun kekal tabah dan reda.
Kisah pemergian anak syurga ini tular di media sosial, bila mana perkongsian ibunya menyentuh hati warganet. Baru sahaja berkongsi kisah bahagia betapa mudahnya melahirkan zuriatnya yang ke dua pada tanggal 8 Oktober di rumah tanpa masalah namun sbegitu juga mudahnya anak syurganya kembali kepada Sang Pencipta.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini antara nukilan puan Nur Hakimah Rais yang turut terkesan di hati warganet.
Journey pregnant kali kedua ni agak mencabar ya..Tapi lahirnya mudahh..kat rumah
8/10/2022 – 8.25 am
Perempuan – 2.74 kg
Tempat – bilik mandi
33 week – detect bleeding tapi takde contraction ke apa .masuk wad untuk pantauan
36 week – keluar lendir darah..pi hospital..ingat nak bersalin dah..rupanya dia bertahan lagi ..good job baby
39 week – start contraction 11 malam ..
Layan contraction sampai 4 pagi..
4 pagi tu rasa sakit sangat dah tapi boleh tahan lagi..
Pi Hospital cek bukaan baru 2 cm..Contraction jarak 3 minit sekali..Dr bagi balik sebab rumah dekat je dengan hospital..
Layan contraction dengan atur teknik pernafasan je ..Berjalan je sekeliling rumahh tuu..Kalau contraction mai..berhenti kejap..Tarik nafass..Tak mampu dah nak buat senaman bukaan ke apa..
Last sekali rasa macam kerap sangat dahh sakit..Tak tahan dahh tapi takut pi spital bukaan macam tak banyak lagi sebab baru pukul 8..
Masuk bilik air mintak suami siram dengan air suam.Siram bahagian belakang kat pinggang..Sambil kita duduk macam nak sujud..
Rumah takde water heater ya..Manual aja kita panaskan air letak dalam baldi. Kena air panas dia lega sikit layan contraction…
Sekejap je layan air panas tu..Pop! Meletup air ketuban keluar..Suh suami cepat-cepat start motor hantar adam pi umah tokmi dia ..Sebab nak pi hospital balik..Tinggal imah dalam bilik air tu sorang..
Tak tahu macamana dia mai rasa nak pushh terus dahh..Memang nak keluar dahh..2/3 kali pushh..Keluarr baby terusss .Sambut sorang diri
Bapaknya pi hantar adam kejap je ya..Sebab jarak umah tokmi dekat sangatt..tak smpai 3-5 mnit rasa..
Abinya balikk nampak imah pangkuu baby dahh..Terkejutt bapaknyaaaa. Baru tinggal kejap je..Usahkan bapaknyaaa..Emaknyaa terkejut tiba2 keluar baby ..
Cepat-cepat kol nurse klinik yang incaj kita..Depa mintak nurse- nurse yang bertugas datang sebab hari sabtu cuti..Datang sambut baby..potong uri semua..
Dah setel semua..Ambulan datang angkut pi klinik desa untuk pantau ibu..Baby kena pi hospital besarr..Sebab ibu ada sejarah gbs ..
Baby kena on antibiotik..Jadinya berulang kali jenguk labour room pun ..Takdirnya beranak kat rumah…Dia tetap beranak kat rumah. Sekarang ibu pantang kat rumah.. Baby hospital lagi..
Doakan baby cepat keluarr yaaa..Boleh fight cepat2 sihat. Sekiann coretann pregnancy keduaaa yang penuhh suprise.
Itu hantaran pertama ibu ini berkongsi kegembiraan dan syukur melahirkan anak di rumah dengan selamat dan mohon didoakan agar anaknya cempat sihat. Lantaran itu, ramai antara teman facebooknya dan warganet mengucapkan tahniah di atas kelahiran tersebut dan mendoakan untuk bayi tersebut.
Namun pada dua hari berikutnya, berkongsi kisah sedih pemergian anaknya itu cukup meruntun hati warganet.
Anak syurga kami Allah pinjam sekejap.
Lahir 8/10/2022 ( 8.25 pagi)
Allah ambil semula pinjaman dia
10/10/2022 ( 10.45 pagi)
Semalam cerita mudahnyaa sungguh kami melahirkan..
Rupanya memang anak yang paling terbaik kami dapat..Anak syurga Allah pinjam sekejap..
Pukul 3 pagi semalam dapat kol dari hospital..Mintak datang tengok anak sebab tak stabil dah.. Sampai je dr bagitau anak punya paru2 dah tak dapat nak survive. Dia jangkitan kuman pada paru2..
Support guna machine pun tak capai oxygen yg stabil..Ubat pun memang dah guna 4 jenis yang kuat.. Memang kena bersedia sebarang kemungkinan..
Jadinya lepas tengok baby..Kami keluar duk tepi koridor sambil bercakap dari hati ke hati berdua..Kami memang ikhlaskan dia pergi..Allah bagi sangat banyak dah nikmat ..Allah bagi mudahnya melahirkan dia..Allah bagi terlalu banyak sangt dah nikmat..Sampai kami malu nak mintak lebih- lebih..
Cuma berpegang pada kata-kata..Setiap apa yang Allah bagi kat hamba dia ..Mesti itu yang paling terbaik..Tiada yang lebih terbaik dari Pencipta yang kenal akan hamba dia..
Harini kalau paksa dia survive .Belum tentu itu yg terbaik untuk masa depan dia.. Jadi kami serahkan apa yang terbaik untuk dia..
Wallahi redhaaa seredhaaanyaaa..
Pangku baby tadi buat terakhirr kalii..Sempat tengok dia tarik nafas 3 kali..Pastuu ibu rasa dia pergi dahh..
Sesungguhnya ibu halalkann segalanyaa kat dunia ni..Tarik ibu dan abi nanti kat syurgaaa…Doakan ibu ngan abinya kuat sekuatnyaaaa
Secara fitrahnya, semua manusia dilahirkan dalam keadaan baik dan bersih. Namun setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Bagaimanapun mereka berhak diberi peluang ke dua dalam hidup termasuk cemerlang dalam akademik Perkongsian facebook rasmi, Sekolah Henry Gurney Melaka membuktikan setiap insan itu boleh berubah amenjadi baik untuk cemerlang dalam hidupnya.
Difahamkan pelajar sekolah berkenaan meraih keputusan yang cemerlang dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini.
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang.”
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 pelajar 7A, 5 pelajar 6A dan 4 pelajar mendapat 5A dari 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM tahun 2021.
“Mencapai kelulusan 100% berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Gred Purata Sekolah 4.13.
“Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.”
Nyata, ini membuktikan biarpun pelajar-pelajar ini dulunya nakal dan jauh tersimpang dalam landasan hidup yang betul, hasil didikan guru, mereka boleh berubah menjadi lebih baik.
Keputusan cemerlang SPM itu menjelaskan bahawa jika seseorang itu berusaha untuk berubah pastinya akan berjaya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.