Tiada yang lebih bermakna bila dapat bersama yang tersayang. Ikatan kasih sayang lebih kuat dan bermakna. Lebih-lebih lagi jika lama berjauhan.
Penyanyi bernama Fitri Haris atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris,33 mengakui 8 tahun adalah tempoh yang cukup lama yang terpaksa berjauhan dengan buah hati pengarang jantungnya, sofea Solehah,13 tahun.
“Saya sangat rapat dengan anak. Disebabkan dia juga, saya berhenti belajar 5 tahun demi nak menjaga sendiri kerana tak percaya orang luar. Kebetulan waktu itu, saya dan bekas isteri masih belajar.
“Jadi saya ambil keputusan untuk jaga sendiri. Yakin anak kita, kita yang kena jaga sendiri. Tak harapkan orang lain. Saya sambung belajar umur 25 tahun ketika anak dah besar umur 4-5 tahun.
“8 tahun tak bersama kerana sambung belajar dan tahun ini baru balik, memang sukar nak ungkapkan dengan kata-kata. Bila dah dapat bersama semula rasa hidup lengkap.
“Sebelum ini memang selalu berhubung Cuma tak ada sentuhan kulit seperti pelukan, bawa jalan-jalan dan sebagainya dulu tak de, tapi sekarang dah sempurna,”ungkap Fitri lagi.
Sesetengah orang kebahagian mereka di ukur dengan kesibukan kerja tapi penyanyi ini pula sibuk dengan anak itulah bahagia yang sebenar bagi dirinya.
“Dugaan paling mencabar waktu berjauhan dengan anak bila dia sakit. Saya terasa tak tenang kerana berada jauh. Jadi saya minta famili untuk jenguk. Selain itu, saya bertanya khabar dengan hubungi bekas isteri. Mak mentua dan sebagainya. Satu perangai anak saya kalau sakit dia akan cari saya walaupun sakit perut, sakit kepala dan sebagainya.
“Anak saya sejak kecil sudah dibesarkan dengan makanan barat seperti pizza, burger, kentang dan sebagainya. Dia jarang makan nasi, sebaliknya membesar dengan susu, itulah bezanya orang perempuan dan lelaki jaga anak. Sampai besar anak dah biasa makanan tersebut tapi pada saya yang penting makanan tu halal,”ujarnya lagi.
Ads
Sejujurnya sebagai ayah, Fitri mengakui jarang jumpa anak menyebabkan dia terlalu manjakan anak sehingga menganggap anaknya itu macam baby.
“Cuma suami pada bekas isteri menyedarkan sesuatu yang anak saya ini sebenarnya sudah besar, matang, datang bulan dan sebagainya.
“Jadi, saya tengah belajar layan dia seperti kawan. Tapi saya masih belajar Cuma tetap nak layan dia macam baby nak kiss dan sebagainya kerana sudah biasa dari dulu.
“Jadi sekarang saya tengah belajar jadi kawan. Saya kurangkan bercakap sebaliknya bertanya jadi dia banyak bercakap terutama bab sekolah, pelajaran dan juga kawan-kawan dia.
“Selain itu saya pun macam tak percaya kerana dia dah pandai nak melawa. Tapi anak saya akan bertanya terlebih dahulu sebelum buat sesuatu misalnya pakai baju mesti labuh dan menutup aurat.
“Saya cuba dan masih belajar untuk berkawan dengan anak serta belajar lebih memahaminya. Saya tak nak menimbulkan rasa rimas padanya kerana saya sendiri pernah remaja sebelum ini.
Ads
Mengulas mengenai status duda yang disandangnya, akui Fitri sekarang dia lebih kepada komitmen, serik atau sebagainya tidak timbul Cuma menjadi lebih memilih.
“Tipu andai saya kata takde orang yang saya suka, tak de orang yang suka saya. Memula okey tapi lama-lama berlaku satu isu yang mana bukan semua orang boleh faham kita yang ada anak dan sebagainya.
“Bukan semua orang nak kita dan kehidupan kita yang boleh jaga nama baik kita dan keluarga. Ada yang mementingkan diri. Alhamdulillah, Allah membantu untuk mengenali orang sebelum berkahwin. Kalau dah kahwin susah.
“Saya tak letak syarat atau serik tetapi saya lebih kepada melihat kesabaran orang tersebut. tetapi ini bukan bermakna saya mencari yang sempurna.
Ads
“Cuma saya berdoa pada Allah ada seseorang yang akan membuka hati saya kerana jodoh itu sudah ditetapkan yang terbaik olehnya. Saya mencari yang faham, terima dan percaya pada saya memandangkan karier saya dalam bidang ini.
Fitri yang juga juara program Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua, mengakui kini dalam proses mencari sekolah baru untuk anaknya di sekitar Changlun atau Alor Setar, Kedah.
“Saya dan bekas isteri tetap baik jadi bab jaga anak memang sudah lama berbincang. Saya sudah cakap lepas habis belajar mahu jaga anak dan tunaikan tanggung jawab dalam mendidik benda asas seperti fardu ain, solat dan sebagainya. Jadi sekarang saya mencari sekolah yang bersesuaian.
“Sekarang ini anak saya tinggal di Singapura, jadi kalau tak jumpa sekolah yang sesuai mungkin anak akan tinggal di sana. Tetapi bekas isteri setuju jika anak dijaga oleh saya.
“Tak sabar sebenarnya nak bangun pagi untuk sediakan sarapan, hantar dia ke sekolah dan sebagainya. Hidup saya ada hala tuju, sebelum ini ada tapi lebih kepada kerjaya tapi sekarang keutamaan adalah anak.
“Inilah impian saya dan jika terlaksana, lengkap lah sudah,”ujar Ftri sebelum menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang pernah mengerjakan umrah, pasti akan ada kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Masih panas dengan isu istiqamah dan tudung, setiap orang baik selebriti mahupun orang biasa berkongsi pengalaman dan juga pandangan sendiri.
Bagi penyanyi yang lahir dari program realititi tv ini, dia banyak memikirkan tentang istiqamah usai pulang menunaikan umrah pada awal Februari lalu.
Mila, 31 yang juga seorang usahawan dalam satu perkongsian memberitahu, setiap hari dia mempersoalkan dirinya yang boleh menutup aurat dengan sempurna ketika di Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.
“Semenjak balik dari #umrah2019 dengan @bizmillahtravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang ‘ISTIQAMAH’… Hati seperti berbicara dengan diri sendiri.
“Kenapa waktu di Makkah dan Madinah, boleh menjaga aurat sebaiknya… Kenapa balik Malaysia masih berseluar jean. Bertudung tetapi masih tak tutup aurat dengan sempurna?
“Persoalan ini hari-hari bermain di fikiran dan hati saya… Benar… Malunya pada Allah. Waktu mengerjakan umrah aurat ditutup sebaiknya,” katanya.
Dia merujuk cara berpakaian yang betul menurut kehendak Islam iaitu seharusnya seseorang wanita Islam menutup aurat dengan memakai pakaian longgar.
Mila telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadan 2014 dan penghijrahan itu dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin ini memberitahu dia menyedari betapa pentingnya untuk menutup aurat dengan sempurna ketika berada di sana namun mula lupa mengenai perkara itu.
“Saya secara automatik tahu tentang penting tutup aurat. Tetapi bila pulang ke sini (tanah air), kembali seperti biasa dan mula lupa apa itu aurat.
“Allahuakbar! Bimbanglah kami agar istiqamah dan taat kepada mu ya Allah… Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” ujarnya.
Mila berkahwin pada 11 November 2015 bersama Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 38. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.
Mila berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram dan rata-rata pengikut mendoakan dia supaya terus istiqamah mengekalkan imej menutup aurat dengan sebaiknya.
linalokman240199@lyndanaim Kan ramai yg g2.kat blk je Malaysia pakai baju x cukup Kain,seluar kecik Ade yg x pakai tudung .x malu ke Masa umrah leh pulak pakai elok2 ??
haziahhaniff1453 Semoga mila sentiasa mnjaga aurat sb aunty suka tgok mila bepakaian menutup aurat tetap cantik
ina.whb Alhamdulillah..istiqomah tu yg penting..Jubah beli kat mane ye? Susah nak dapat size kecik ? @mila_jirin
Siapa sangka, niat seorang abang berhenti sebentar di hentian Rehat & Rawat (R&R) hampir mengundang musibah pada adiknya.
Kisah ini katanya berlaku di R&R Temerloh. Ketika berhenti di R&R berkenaan, dia berasa diri diperhatikan sekumpulan lelaki, namun dia tidak mengambil pusing tentang itu. rupa-rupanya ada cubaan pukau dan culik.
Ikuti kisah selanjutnya seperti yang di ceritakan lelaki ini.
Moga menjadi pengajaran buat semua dalam berhati-hati dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling.
Peringatan untuk para perantau semasa berhenti di RnR..
31 May memang akan jadi kenangan pahit.
Kalau tersilap langkah and lambat keluar dari tandas tadi aku mungkin akan kehilangan adik aku buat selamanya diambik orang kerana cubaan bukak kereta aku oleh 2 orang warga india di RNR Temerloh.
Ceritanya pada awal sampai aku diperhatikan oleh segerombolan manusia iaitu terdiri dari melayu dan india. tetiba masa nak makan mereka mengambil tempat meja sebelah aku, dorang pandang aku cubaan untuk pukau tapi gagal.
Masa nak ke parking mereka tunggu di parking. syak wasangka memang tak la, sebab bulan posa ingat orang semua baik baik. tapi !
Cubaan pukau gagal, lalu mereka cuba menggunakan kekerasan cubaan membuka pintu kereta semasa bongsu sendirian di dalam kereta nasib baik sebelum aku ke tandas aku berpesan pada bongsu
“ adik lock pintu “ and masa dalam tandas adik call aku berkali kali, kali ketiga baru aku angkat dia cakap emergency. terus aku bergegas keluar.
2 india tu dah larikan diri.
P/S : hati hati kalau anda semua stop di rnr temerloh. sebab ada mata yang sedang memerhati. tunggu peluang untuk rompak/samun/ pukau.
Serius trauma ! sampai ngigau bongsu malam ni.
Kredit story : tarmiziani
Kredit pic : tarmizi sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasti anda pernah mengalami bila melakukan proses menebuk dinding dengan menggunakan drill untuk menggantung gambar umpamanya, habis bersepah pasir dan habuk ke lantai jadinya.
Hal ini menambahkan satu kerja lagi untuk dibuat, lain tak bukan perlu disapu dan dimop untuk pastikan lantai kembali bersih.
Namun bila anda praktikkan cara yang dikongsikan oleh Hong Guan, masalah tersebut boleh di atasi.
Nak tahu bagaimanakah caranya itu, jom baca perkongsian ini.
Salam semua warga sekalian. Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yang nak tebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa-apa je yang boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill untuk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.