Kenangan dengan insan tersayang pasti tersemat di hati terutama orang tua yang telah meninggal dunia. Rindu kepada kasih sayang dan belaian orang tua yang telah membesarkan kita pasti meninggalkan momen yang tidak dapat dilupakan.
Perasaan begini juga dilalui oleh pelakon dan usahawan, Fizo Omar setelah pemergiana bapanya tanggal 5 Julai 2011. Hari ini genap lapan tahun pemergian Allahyarham Hj. Wan Omar Wan Ishak iaitu bapa kepada pelakon Fizo Omar.
Dalam perkongsian di instagramnya pada hari ini, Fizo meluahkan rasa hatinya bahawa betapa pentingnya setiap anak menghargai insan yang bergelar bapa.
“Al fatihah buat arwah ayah Hj. Wan Omar Bin Wan Ishak. Hari ni genap 8 tahun arwah tinggalkan kami semua.Dan sekitar waktu ini juga jam 9 lbh ayah menghembuskan nafas terakhir.
“Bila ayah dah xde, satu persatu kebaikan n jasa dia akn bermain di memori kita.sudah terlambat utk nak menghargai dan ucapan terima kasih.hanyalah doa anak2 amalan sedekah yg boleh dikirimkan ke atasnya.
“Kpd yg masih beribu bapa, hargailah mereka sebaik baiknya.pastikan tangisan anda di pusara nanti adalah bukan tangisan penyesalan.
“Sama2 kita sedekah al fatihah kpd arwah ayah sya dan kpd semua ahli keluarga dan sahabat kita yg telah pergi.”
Dalam pada itu, melihat kepada bahagian komen, netizen mendoakan agar arwah ayah Fizo ditempatkan dikalangan orang beriman.
Foto : Instagram Fizo Omar