Kenangan dengan insan tersayang pasti tersemat di hati terutama orang tua yang telah meninggal dunia. Rindu kepada kasih sayang dan belaian orang tua yang telah membesarkan kita pasti meninggalkan momen yang tidak dapat dilupakan.
Perasaan begini juga dilalui oleh pelakon dan usahawan, Fizo Omar setelah pemergiana bapanya tanggal 5 Julai 2011. Hari ini genap lapan tahun pemergian Allahyarham Hj. Wan Omar Wan Ishak iaitu bapa kepada pelakon Fizo Omar.
Dalam perkongsian di instagramnya pada hari ini, Fizo meluahkan rasa hatinya bahawa betapa pentingnya setiap anak menghargai insan yang bergelar bapa.
Ads
“Al fatihah buat arwah ayah Hj. Wan Omar Bin Wan Ishak. Hari ni genap 8 tahun arwah tinggalkan kami semua.Dan sekitar waktu ini juga jam 9 lbh ayah menghembuskan nafas terakhir.
“Bila ayah dah xde, satu persatu kebaikan n jasa dia akn bermain di memori kita.sudah terlambat utk nak menghargai dan ucapan terima kasih.hanyalah doa anak2 amalan sedekah yg boleh dikirimkan ke atasnya.
Ads
“Kpd yg masih beribu bapa, hargailah mereka sebaik baiknya.pastikan tangisan anda di pusara nanti adalah bukan tangisan penyesalan.
“Sama2 kita sedekah al fatihah kpd arwah ayah sya dan kpd semua ahli keluarga dan sahabat kita yg telah pergi.”
Situasi pandemik Covid-19 membataskan ibu bapa membawa anak-anak keluar bercuti atau berjalan-jalan seperti dahulu.
Namun, itu tidak bermakna anak-anak hanya terkurung sahaja di dalam rumah. Sebagai ibu bapa kena kreatif bagi memastikan anak-anak sentiasa gembira dan tidak tertekan kerana tidak boleh keluar bebas seperti sebelum ini.
Cara yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan Tya Ariffin ini cukup menarik dan kreatif. Apa tidaknya, dia dan suami telah menyiapkan khemah yang menjadi impian anak sulung mereka yang mahu tidur di dalam khemah.
Dalam perkongsian tersebut, Tya memuat naik gambar khemah yang siap digunakan oleh anak-anaknya yang terhias cantik dan selesa untuk digunakan anak-anak. Khemah tersebut dibina di halaman rumah mereka.
Memang menarik, bukan sahaja anak-anak suka bahkan orang dewasa pun teruja untuk mencuba. hebat betul idea isteri kesayangan Asyraf Khalid ini untuk mengambil hati sekali gus memenuhi impian anak sulung mereka, Arif.
Jom kita cuci mata, mana tahu nanti ibu-ibu dapat idea untuk buat sendiri di rumah bagi anak-anak.
Malam ini kita tidur di kemah ya ⛺️ sahut cabaran Arif untuk tidur, seru juga sebenarnya..
Jadi rencana malam ini, nonton kartun- bakar mashmallow- pizza dan makan popcorn 🍿 🥩😍
Kreativiti Tya dalam menyiapkan khemah mendapat pujian ramai. Rata-rata mengatakan inilah antara cara ibu bapa untuk mengambil hati anak-anak yang kebosanan di rumah.
hanisnbilah Ni bukan khemahhhh😂😂😂😂😂😂😂 ni hotel ni!!! 😍😍😍😍
Bermula hari ini sehingga sehingga 13 Februari 2021, urusan rayuan pelaksanaan ibadah haji bagi tahun hadapan (tahun 1442H/2021M boleh dimohon melalui aplikasi THiJARI.
Menurut laporan Sinar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bakal haji tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH).
“Aplikasi ini memudahkan bakal haji untuk membuat rayuan secara dalam talian. Rayuan ini terbuka kepada mereka yang layak. Tak semua sesuai membuat rayuan. TH akan perincikan siapa yang layak bergantung kepada syarat dikemukakan.”
Dalam pada itu, saudara Khairul Anuar Basri menerusi facebook miliknya memberi panduan untuk menggunakan applikasi berkenaan untuk membuat rayuan dan juga mendaftar. Ikuti lanjut penjelasannya.
Kalau dulu nak daftar haji kena pergi ke kaunter Tabung Haji kan? Kalau dulu nak buat rayuan haji pun kena tulis surat kan? Sekarang memang mudah. Best sangat. Guna apps je.
Nak daftar haji guna apps. Nak buat rayuan haji pun guna apps.
Daftar haji dengan aplikasi THiJARI.
1. Buka akaun Tabung Haji di mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan.
2.Cukupkan baki minimum dalam akaun sebanyak RM1,300.
3.Cukup aje RM1,300, dah boleh daftar haji menggunakan aplikasi THiJARI.
4. Muat turun aplikasi THiJARI.
5.Create akaun THiJARI dan log masuk – wajib ada nombor akaun Tabung Haji.
5. Klik butang di bahagian atas sebelah kiri. Pilih ‘PERKHIDMATAN HAJI’.
6. Klik butang ‘PENDAFTARAN HAJI’.
7. Teruskan langkah seterusnya hingga selesai. Mudah saja.
Rayuan Haji dengan aplikasi THiJARI.
Kalau dah pernah daftar haji, boleh terus buat rayuan juga menggunakan aplikasi THiJARI.
1. Muat turun aplikasi THiJARI.
2. Log masuk aplikasi THiJARI.
3. Klik butang di bahagian atas sebelah kiri. Pilih ‘PERKHIDMATAN HAJI’.
4. Klik butang ‘RAYUAN HAJI’.
5.Klik butang ‘PERMOHONAN RAYUAN HAJI’.
6. Teruskan langkah seterusnya hingga selesai. Mudah saja.
Maka selesai la proses rayuan haji. Apa yang mesti kita buat selepas itu sehingga tiba giliran kita ialah :
Teruskan berdoa agar Allah menjemput kita secepat mungkin menjadi tetamuNya bagi mengerjakan haji.
Tambah ilmu pengetahuan tentang kerja haji dengan mengikuti kursus dan juga membaca buku-buku yang berkenaan.
Bersangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah pasti akan menjemput kita untuk menyelesaikan tanggungjawab Rukun Islam yang kelima ini dengan seberapa segera.
Tanggal 21 Mac adalah merupakan hari istimewa bagi meraikan mereka yang menghidapi sindrom down di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, kami kongsikan kisah seorang ibu yang dianugerahkan anak syurganya yang bernama Muhammad Aqmar Bin Muhammad Amin, 12 tahun dan kini bersekolah di Ppdk Tunas Sri Teruntum.
5 KEHAMILAN 5 PERASAAN BERBEZA
Anak sulungku Down Syndrome. Kelahiran pada usiaku 26 tahun. Aku mengetahuinya setelah anakku ke luar ke dunia dengan masalah jantung dan tandatanya mengapa bayiku tidak diserahkan kepadaku untuk disusukan. Allah tidak mengujiku semasa kehamilan. Hanya cabaran muntah teruk dan hamil bersendirian di Borneo tanpa suami dan keluarga disisi. (2006-2007).
CABARAN SELEPAS LAHIR ADALAH TENTANG PERANCANGAN KELUARGA
Hari pertama kelahiran, dengan anak yang tiada disisi, terus dihujani dengan pertanyaan nurse ” macam mana awak nak buat perancangan keluarga selepas ni?”. Pertanyaan yang tak terjawab sebab 3 orang doktor berlari-lari menemuiku di katil pesakit dan menyatakan, “ibu, anak ibu abnormal”.
2 minggu kemudian, datang appoinment doktor seterusnya untuk lihat perkembangan bayi dan penerimaan ibu bapa. Ditanya juga tentang perancangan keluarga.
Ketika usia anakku 10 bulan, kami dirujuk kepada pakar O&G tentang perancangan kehamilan dan risiko yang wujud. Bertekak juga dengan doktor, kalau Allah bagi rezeki bukan kami nak tolak. Kami tak menggunakan apa-apa perancang keluarga pada masa tu.
Ini baru anak pertama. Keinginan menambah anak memang ada. Tapi bagi ibu yang punya anak DS pastinya ada trauma untuk mengandung lagi. Takut-takut kandungan seterusnya mengalami nasib yang sama. Macam mana perkembangan anak istimewa kalau mempunyai adik lagi. Adakah perkembangannya akan terabai. Ada pro and kontra kalau menjarakkan kehamilan atau mendapatkan anak dalam tempoh terdekat.
Kalau jarakkan kehamilan, tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada anak istimewa. Kalau dapat adik awal, ia dapat membantu perkembangan si abang dalam sama-sama bersaing dan membantu abangnya. Ada juga keluarga yang berjaya meningkatkan potensi perkembangan anak istimewa dengan kelahiran yang dekat. Yang pasti aku tak mau hamil bila usiaku 35 tahun. Risikonya nanti lebih besar.
KEHAMILAN SETERUSNYA
Ditakdirkan Aqmar 11 bulan, aku mengandung lagi. Ketika appoinment dengan Pakar Paediatrik Hospital Likas ketika usia kandungan ke2 12 minggu aku menyatakan aku mengandung.
Terus Pakar Paediatrik menghubungi Pakar O&G dan petang itu juga aku perlu berjumpa segera dengan Dr. Carol Lim untuk pemeriksaan lanjut. Urusan temujanji dari hospital dan hospital yang sama cepat dah mudah. Dr. Carol bersyukur kerana belum mencecah 13 minggu. 13 minggu adalah minggu terakhir jika aku ingin buat ujian darah untuk saringan abnormaliti. Darahku di ambil di Sabah dan akan dihantar ke Lab di KL. Bayarannya RM300 ketika itu. First Trisemester Screening untuk mengetahui 3 masalah genetik utama melibatkan kromosom 21, 18 dan 13. Down’s Syndrome, Edward’s Syndrome dan Patau’s Syndrome.
Hasil blood test menunjukkan ratio aku untuk mendapatkan anak DS pada kehamilan ke 2 rendah. Walaupun ratio aku untuk mendapatkan anak DS 2 kali ganda daripada wanita normal tapi tidak perlu dirisaukan. Detail scan dibuat. Bilangan tulang tengkuk dikira.. cukup, ketinggian batang hidung, jarak ibu jari kaki diperiksa. Keadaan jantung sama berlubang atau tidak diperiksa, begitu juga dengan clef bibir. Itu prosedur yang kulalui dari kandungan 13 minggu hingga 9 bulan.
Jika aku nak kepastian YA @ TIDAK anak itu DS, aku boleh buat test air ketuban. Tapi Dr. Carol tidak galakkan sebab risiko untuk gugur jika buat Test Air Ketuban adalah 1:250 akan gugur. “kita takut yang gugur itu normal”. Begitu prihatin Dr. Carol dalam hal menjaga nyawa.
Dari awal pertemuan dengan Dr. Carol, aku diterangkan semua prosedur yang dibuat hanya 99% pasti. 1% lagi ketentuan Tuhan. Dr. Carol mengingatkan ” NO LEGAL ABORTION FOR DOWN SYNDROME IN MALAYSIA”. Walaupun ada negara lain di dunia membenarkan. Di Malaysia, jika kandungan tidak mengancam nyawa ibu atau anak, tidak boleh digugurkan. Down Syndrome boleh hidup. Kalau betul anak itu sah DS, hanya kaunseling yang akan diberikan.
Jadi, sepanjang kehamilan, aku berdoa tak putus-putus walaupun kadang-kadang ada night mare juga terutamanya bila menginjak 8 bulan. Alhamdulillah kandungan ke2 ku normal dan begitu juga dengan kehamilan ku seterusnya.
Anak-anak mama.. dari kandungan lagi mama ajar kamu menerima abang istimewa kamu seadanya. Mama tak akan membebankan kamu untuk menjaga abang kamu. Anak-anak mama akan mama pastikan dapat mengejar impian kamu masing-masing.
Terima kasih kerana memahami mama, abah dan abang kamu. Tiada beza pun kita disisi Tuhan tetapi kedudukan abang kamu lebih istimewa. Maafkan mama seringkali mama tak mampu buat yang terbaik untuk kalian.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...