Dah jadi lumrah tanggungjawab seorang suami menyediakan kelengkapan rumah buat suri hatinya dan anak-anak. Tapi menjadi sebaliknya buat si isteri ini yang sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Sudahlah dapat suami kedekut, dapat pula ibu mentua yang suka berkira!
Bayangkanlah, hanya berbekalkan RM20 seminggu dari suami, itulah duit dapur itulah juga duit belanja anak. Lepas itu, diugut bercerai pula oleh suami.
Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang Peguam Syarie untuk tauladan kita semua. Mari, sama-sama ambil ikhtibar. Buat si isteri, anda seorang yang kuat dan tabah. Didoakan semoga ada sinar kebahagiaan buat anda kelak.
UNGKIT PASAL BELANJA RUMAH, SUAMI UGUT CERAI
Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang wanita anak tiga yang mana ketika ini hanya mampu meluahkan rasa sedih di hati sebab tidak bernasib baik seperti isteri-isteri di luar sana.
Apabila diungkit tanggungjawab menyediakan barang dapur, suami akan naik hantu dan ugut cerai jika isteri sibuk meminta-minta. RM 20.00 sahaja dibekalkan seminggu untuk beli barang basah.
Cukup tak agak-agak? Itulah wang belanja dapur yang isteri tersebut dapat setiap minggu. Kalau masak telur kicap, telur sambal suami akan menyindir dengan kata “RM20.00 kau masak ini saja?, baik aku lepak mamak”.
Ads
RM20 SEMINGGU TU TERMASUK DUIT POKET ANAK, KESIANNYA ISTERI…
Isteri tidak bekerja selepas berkahwin sebab suami minta isteri memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga. Jaga anak-anak. Memang suami tidak mengizinkan isteri tersebut bekerja.
Isteri tidak berfikir panjang, terus bersetuju untuk berhenti kerja dan duduk di rumah. Tiada langsung wang simpanan. Suami kata mampu tanggung.
Kini RM20.00 itulah termasuk duit poket anak sekolah.
DIRI TAK BEKERJA, IBU MENTUA PANDANG MENANTU DENGAN PENUH BENCI
Mentua pula bila isteri tidak bekerja, tiada gaji sendiri, tengok menantu pun dengan penuh benci. Minta beras pun, mentua suruh ganti semula ikut kiraan berapa mangkuk isteri ambil.
Ads
Setiap bulanlah isteri akan ganti semula selepas kakak kepada isteri itu beri bantuan kewangan setiap bulan walaupun tak banyak dalam RM 150.00 sebulan. Kalau tak ganti memang akan kena marah dengan suami.
SAMPAI MACAM ITU SEKALI SI SUAMI ZALIMI ISTERI…
Suami akan kata “pandai pinjam pandai bayar”.
Isteri tersebut sudah makan hati hampir 8 tahun perkahwinannya sampai naik malu dengan keluarga sebelah isteri dan suami. Hidup susah sebab suami kedekut sangat.
Duit habis ke mesin judi dan bayar hutang kawan-kawan suami. Harta suami memang harta suami sahaja dan tak akan berubah jadi harta isteri dan anak-anak.
Ads
ISTERI SUDAH PENAT! BUKAN PENAT HILANG HARI INI, ESOK SUDAH HILANG
Kini isteri tekad dan nekad untuk menuntut perceraian sebab sudah tawar hati dengan hubungan suami isteri ini lagi. Perkahwinan sudah jadi huru-hara.
Isteri sudah penat. Penat yang bukannya harini rehat esok sudah hilang, tetapi penat mental & emosi. Tak boleh lagi dibawa berbincang, jika didesak akan bergaduh.
Kalau isteri saja yang perlu buat segalanya, jadi sukar juga untuk isteri memberikan layanan seperti yang diharapkan. Mungkin pada pasangan lain, lain pula ceritanya.
Oleh itu, dengan membuat suatu keputusan secara berlapang dada dan menerima segala nasihat positif meyakini segala konflik dan problem pada hari ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk manfaat bersama yang berkepentingan dalam perkahwinan tersebut.
Baru-baru ini, penyampai radio Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkongsi satu video yang kononnya ingin mengubahsuai bilik air di rumahnya
Malah, dia turut memberitahu segala barang-barang untuk mendekorasi bilik air itu dibeli sendiri.
Menerusi video yang dimuatnaik pada awalnya, bilik air tersebut awalnya berwarna putih dan kelihatan biasa sahaja.
Menariknya, menerusi akaun Instagram Suria Malaysia, Shiera telah menjemput rakan sekerjanya, Pak Abu untuk melihat hasil ubah suai bilik airnya.
Sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air tersebut, kelihatan pintunya telah tertukar. Malah, tatkala masuk ke dalam, keadaan terus berubah wajah.
Awalnya kelihatan biasa sahaja tetapi selepas siap dekorasi terus berubah dan nampak serba mewah jadinya.
Malah, menerusi perkongsian bersama Pak Abu, isteri kesayangan Ijoi Azhari ini memberitahu kos yang telah dihabiskan bersamaan dengan sebulan gaji dalam menyiapkan bilik air idamannya itu.
Menjengah ke ruangan Komen, rata-rata memuji perubahan yang dilakukan Shiera. Nampak simple namun berubah lebih menarik mewah terutama pemilihan warna yang digunapakai.
Begitupun, baru-baru ini pelakon Sharifah Sakinah berkunjung ke rumah Shiera.
Tindakannya memuatnaik dan menulis kapsyen menyamakan tahap kesejukan seperti syurga mengundang rasa kurang senang netizen.
Mengulas mengenai hantaran Instagram adiknya itu, penyampai radio Suria FM itu berkata video tarian tersebut dirakam di dalam tandas rumahnya, baru-baru ini. Shiera juga mengakui terkejut bilik air berkenaan menjadi viral
“Bila aku post tandas tu tak viral pula, bila Kinah (Sakinah) post viral pula! Dia pernah pergi syurga ke? Marah netizen… Tak apalah, itu anggapan dia, dalam lagu pun banyak tulis lirik syurga.
“Kenapa viral ya? Saya design dan buat ubah suai tandas itu sendiri tau. Nak suruh orang buat harga mahal. Ini tak sampai RM10,000!
“Jamban emas, macam dekat Dubai sikit! Barang-barang itu saya beli di kedai-kedai DIY. Nak suruh orang buat tapi kos mahal, terkejut la tengok harga puluhan ribu… jadi lebih baik buat sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan oleh mStar.
Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’. Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan ibu bapa perlu tahu peringkat yang betul dalam mendidik anak-anak agar menjadi orang yang berguna.
Ceramah itu diberikan oleh Syamsul Amri bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat dalam perkongsian @muslimroyalhq mengenai ajar anak dengan menggunakan 3 peringkat.
3 PERINGKAT DIDIK ANAK
Sayyidina Umar ajar dah nak didik anak ini ada 3 peringkat. 7 tahun pertama, 7 tahun ke 2, lebih 14 tahun. 3 peringkat.
7 tahun pertama, layan anak seperti raja. Apa dia nak bagi tak susah kedai duit RM 2 banyak. Lepas 7 tahun masuknya 8 tahun, 8 sampai 14 tahun layan anak seperti hamba. Dah mula bagi dia kerja.
Suruh dia menyapu rumah, menyapu halaman, kemas rumah, kemas katil, basuh baju sendiri, lipat kain, ajar semua itu. Tolong ajar anak seperti hamba. Suruh dia buat sebab bila jadi hamba bukan semua benda dia nak.
Itu sebab kita tengok kat Felda, macam mana tak rosak budak itu kaki tak sampai ke tanah lagi abah dia belikan motor, bagi dia motor pergi sekolah. Macam mana tak rosak budak itu. Kes dad** berapa banyak kat Felda itu. Semua bagi nak duit bagi, nak lepak bagi, nak telefon bagi. Tak. Bila jadi hamba bukan semua benda dia nak boleh dapat.
Selepas 14 tahun masuk umur 15 tahun, layan anak seperti sahabat buat kawan. Itu dalam Islam ajar itu, nampak tak?
Kita hari ini, itu sebabnya anak-anak itu kadang dia biar-biar. ‘kenapa lah engkau ini kurang ajar sangat dengan mak’. Tanya lah balik kau ajar anak macam mana. Tu sahaja soalan dia.
Orang dulu tengok mak ayah macam mana buat? Dipijak anak itu tapi tak ada mati pun. Dia kalau merotan kita mana sempat sahaja, mana capai sahaja dirembat. Bila dah birat sakit. Aduh, sakitnya.
Emak masuk dia letak minyak. Orang dulu macam itu, dia ini nak bagi elok ke nak bagi sakit lagi ini tapi Alhamdulillah semua jadi orang.
Orang sekarang Allahuakbar, bila cikgu tegur, cikgu rotan tangan anak itu bawa lawyer nak saman sekolah. Percayalah bila dia buat macam itu, itulah permulaan jahanam hidup budak itu.
Orang ramai sedia maklum bahawa usahawan, Datin Seri Nur Shahida kini sedang sarat hamil 8 bulan. Selepas tiga hari menerima rawatan di hospital, Shahida berkongsi perkembangan terkini dirinya.
la susulan jangkitan kuman yang dialami, sekaligus menyebabkan isteri kepada Datuk Alif Syukri ini memohon ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta bayi yang sedang dikandung.
“Ramai tanya saya dah nak sampai masa bersalin ke? Belum lagi, saya tak sihat dah tiga hari dekat hospital.
“Ada jangkitan kuman. Doakan saya dan baby sihat ya. Tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga,” tulisnya dalam perkongsian di laman Instagram.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.