Gambar Syura lengkap berpakaian raja sehari dimuatnaik oleh rakan baiknya yang juga isteri kepada Lan Solo.
Lapan tahun bergelar ibu tunggal, Syura Badron, 36, kini sah milik Muhd Farizat Ismail, 28,usai selamat dinikahkan kira kira jam 12.30 tengah hari tadi, di Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Pada majlis berkenaan, penyanyi dan bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua itu menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.
Dalam majlis yang sama, Syura turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.
“Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil kecilan.
“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.
“Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.
“Namun, apa terjadi, saya tetap akan menjaga tiga amanah (anak) itu dengan baik.
“Malah anak juga serasi dengan suami saya selama ini,”katanya.
Malam ini, Syura dan Farizat akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Cheras.
Sekadar makluman, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berkahwin pada 16 April 2006. Mereka berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara