Gambar Syura lengkap berpakaian raja sehari dimuatnaik oleh rakan baiknya yang juga isteri kepada Lan Solo.
Awalnya disangkakan untuk shooting, rupa-rupanya empunya diri sah bergelar isteri buat kali kedua.
Lapan tahun bergelar ibu tunggal, Syura Badron, 36, kini sah milik Muhd Farizat Ismail, 28,usai selamat dinikahkan kira kira jam 12.30 tengah hari tadi, di Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Majlis yang berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 30 ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua dua mempelai menyaksikan suami Syura melafazkan tiga kali akad nikah kerana terlalu gementar.
Pada majlis berkenaan, penyanyi dan bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua itu menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.
Selain itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menerima wang hantaran dipersembahkan dalam bentuk set barang kemas yang dirahsiakan nilainya.
Dalam majlis yang sama, Syura turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.
“Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil kecilan.
Ads
“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.
Syura yang popular dengan lagu berentak irama Malaysia seperti Nazam Berkasih dan Bakawali juga bersyukur kerana tiga anaknya merestui keputusan dibuat.
“Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.
“Namun, apa terjadi, saya tetap akan menjaga tiga amanah (anak) itu dengan baik.
“Malah anak juga serasi dengan suami saya selama ini,”katanya.
Ads
Malam ini, Syura dan Farizat akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Cheras.
Teman baik Syura, Lan Solo dan isterinya, Shila Razlan masing masing berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya di Instagram.
Sekadar makluman, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berkahwin pada 16 April 2006. Mereka berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Nak awet muda dan sihat secara semula jadi, bukan susah pun. Paling penting tak perlu modal yang mahal, asalkan betul dan sesuai dengan caranya.
Amalan air detoks sangat sesuai buat anda yang ingin kurus dan sihat tanpa sebarang implikasi pada tubuh. Saudari Hazirah Maulana berkongsi tip untuk anda.
Ini detox cara saya. Sihat dan awet muda secara semula jadi. Perah dan masuk kan hirisan nipis lemon ke dalam air suam putih. Biarkan seketika khasiat lemon meresap ke dalam air. Selepas itu, sejuk kan di dalam peti. . Bila bangun pagi. Minum sedikit air suam sebagai intro untuk badan dan minum air detox ini.
Khasiat lemon yang orang kena tahu:
1) mengalkalikan tubuh. Dah makan macam macam, asid jadi bnyak. Bila asid banyak, mudah lesu dan tak bermaya. Ini cara untuk alkali kan tubuh supaya kembali segar.
2) Vitamin C yang tinggi pada lemon boleh mencantikkan kulit dan awet muda secara semula jadi
3) Membantu penghadaman dan merangsang pergerakan usus. Efeknya akan rasa mudah membuang. Toksik dalam badan pun boleh keluar dengan mudah.
4) Minum air lemon pada waktu pagi boleh bakar lemak dengan efisyen. Asid sitrik dalam lemon membantu proses detox pada organ hati. Organ hati yang sihat dapat berfungsi dengan baik untuk memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam menurunkan berat badan. . Amalkan setiap hari. Korang akan rasa sihat, awet muda dan kurus tanpa sengaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain buah mulberry enak dimakan malah mungkin ada yang masih belum tahu ianya kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.
Hal ini telah dikongsikan di Facebook dan ini antaranya yang boleh kita amalkan untuk dapatkan khasiat daripada mulberry. Jom semak.
Rebus daun mulberry untuk minum. Khasiat: Untuk kebaikan mata.
Cara penyediaan :
Basuh daun mulberry dan rendam 10 minit, lepas tu masak dengan air selama 20 ~ 30min. Kalau tak ada diabetes boleh bubuh gula batu untuk menambah rasa. Minum kosong saja juga sedap.
sumber : Looyee Chen via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Begitu juga Sumaiyah Abdullah turut berkongsi manfaat minum air teh daun mulberry yang dikatakan bagus untuk sejukkan badan. Ini perkongsiannya.
Musim panas terik macam ni, mandi dah, minum air banyak dah, tapi masih jugak terasa perit dan kering tekak, apakata korang cuba minuman ni pulak. Kalau saya panggil TEH MULBERRY. Petik kat luar rumah je.
Petua ni saya dapat dari ihsan Dr. Kin Kirana Homeopathy. Katanya air rebusan daun mulberry ni boleh membantu membuang panas dalam badan. Elok sesangat minum time cuaca panas terik macam ni.
Bahan-bahan:
3 helai daun mulberry
3 liter air
Rebus lebih kurang 1 jam. Biarkan sejuk. Sedia untuk diminum. Tak perlu tambah gula ke apa. Aromanya dah cukup wangi dan manis gitu. Tapi rasa tetap tawar la. Bau macam pandan pun ada. Tak pahit pun. Kalau nak tambah gula sikit pun ok kot. Suka sangat rebusan mulberry ni. Boleh la buat untuk minum petang nanti ye. Selamat mencuba
Manakala perkongsian gambar dari Ahmad Ikram Nursuhana via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, ia pastinya membuatkan ramai tidak sabar untuk mencuba keenakan rasa buah mulberry disalut coklat.
Semoga dengan perkongsian ini memberi info untuk kita manfaatkan buah mulberry ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan kosmetik terkenal, Eryica Baiduri atau popular dengan panggilan Madammu teruja dengan hadiah sebuah kereta mewah dari suaminya, Muhammad Azri Che Noh.
Menurut Madammu, suaminya yang lebih mesra dikenali sebagai Tuan Penasihat (TP), memberikan hadiah tersebut bersempena dengan kelahiran bayi sulung mereka baru – baru ini.
“Hadiah bersalin dan berpantang katanya!” tulis beliau di keterangan postingnya di Instagram baru – baru ini.
“TP tahu Madammu tak drive jadi dia beli ini untuk siapa sebenarnya?
“Video penuh di next episode Diari Madammu pada Sabtu ini iaitu 24 Jun, jam 10 malam,” kongsinya juga.
Madammu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya berserta foto kereta mewah yang berwarna putih.
Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan dia wanita bertuah dan meminta untuk menimang cahaya mata lagi.
“Ini kalau pregnant lagi boleh dapat rumah lagi sebuah ni Madam,” komen seorang warganet.
“Madam beranak lah lagi sorang,” usul netizen lain.
Bagaimapun, Madammu tidak berdiam diri dan membalas rata – rata komen pengikutnya itu.
“Cukup, cukup sudah… cukup sampai sini sahaja. Cukuplah 4 orang (termasuk anak tiri). Alhamdulillah dah,” jawab beliau.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Tuan Penasihat duda anak tiga di usia 25 tahun selepas menamatkan pengajian universiti. Tiga orang anak tirinya, Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...