Namun dalam hal ini pasangan perlu tahu beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika berciuman. Bukannya, apa jika dilakukan akan menghilangkan mood untuk melakukan aksi seterusnya.
Sesungguhnya kuasa kucupan atau ciuman terselit rahsia yang perlu anda ungkap dan fahami maksud tersirat. Ia mempunyai makna tertentu dan anda akan seronok apabila dapat menyingkapnya.
1. Pastikan lokasinya
Walaupun halal tetapi sebagai masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan budaya, anda dan perlu pastikan lokasi bersesuaian untuk aksi ini.
Jika dalam rumah tidak menjadi masalah tetapi elakkan depan anak-anak kerana boleh menyebabkan mereka meniru aksi anda kepada orang lain. Janganlah pula melakukan ciuman berlebihan cukuplah sekadar mengucup bibir seketika, dahi ataupun pipinya.
2. Jaga nafas
Satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam berciuman ialah jaga pernafasan. Pastikan nafas anda sentiasa segar dan tidak mengganggu mood ketika itu.
Jika anda merokok ataupun makan sesuatu yang berbau seperti petai, eloklah berus gigi ataupun berkumur terlebih dahulu. Jangan sesekali ada makanan dalam mulut ketika mahu mencium pasangan kerana boleh membuatkan si dia tidak selesa.
3. Gunakan kuasa ciuman sepenuhnya
Untuk lebih menghangatkan suasana, gunakan kuasa ciuman sepenuhnya. Lakukan dengan penuh bernafsu pada pasangan hingga dia seperti tidak tahan digoda.
Gunakan kelebihan dengan mencium leher pasangan dengan penuh kemesraan. Pastinya dia akan rasa berahi dan teruja untuk meneruskan aksi seterusnya.
4. Gunakan anggota badan lain
Ketika berciuman, anda juga boleh menggunakan anggota badan yang lain seperti tangan atau kaki. Gunakan kedua-dua anggota ini untuk menyentuh bahagian lain seperti di bahagian buah dada, alat sulitnya ataupun bahagian punggung. Sentuhan dan rabaan yang lembut berserta kuasa ciuman boleh menyebabkan pasangan menyerah dengan rela.
5. Ciuman di bahagian G Spot
Ciuman bukan tertumpu pada mulut sahaja tetapi juga bahagian lain. Anda digalakkan mencium beberapa bahagian G Spot yang memberi ghairah kepada pasangan.
Misalnya payudara, alat sulit, di bahagian leher ataupun dicelah paha. Ciuman dengan hembusan nafas lembut pastinya membuatkan pasangan berada dalam perasaan ghairah yang sukar untuk digambarkan.
6. Ciuman dengan ghairah
Lagi satu diingatkan ciuman yang dilakukan hendaklah dalam keadaan ikhlas dan bukan dipaksa-paksa. Ciuman ghairah yang dilakukan sepenuh hati pasti membuatkan anda secara tidak langsung dapat merasai perasaan cinta dan sayang daripada pasangan. Jika dia mencium, balas dengan penuh bernafsu agar hubungan anda dengannya sentiasa bergelora dan membara.
7. Tetapkan mood
Keseronokan ciuman juga bergantung pada mood seseorang. Jika pasangan dalam keadaan marah, jangan sesekali menciumnya kerana tidak akan membangkitkan apa-apa perasaan.
Sebaliknya biarlah dia tenang. Mungkin dengan kuasa ciuman anda mampu membuatkan marahnya beransur hilang sebaliknya bertukar keinginan untuk kembali berasmara.
8. Ciuman pagi
Anda digalakkan untuk mencium pasangan sebelum keluar bekerja. Ciuman di waktu pagi ini jika dilakukan dengan sepenuh hati akan membuatkan anda teringat-ingat ketika sedang bekerja.
Dan pastinya anda tidak sabar untuk pulang ke rumah menyambung aksi seterusnya. Jadi apa tunggu lagi, ciumlah pasangan anda setiap pagi kerana ketika itu kedua-duanya bersemangat memulakan hari baru.