Menjadi ibu bapa dan mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangka. Sementelah,membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman ini penuh dengan 1001 cabaran yang tersendiri. Ia memerlukan perhatian sepenuhnya serta menuntut kemahiran keibubapaan yang tinggi.

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa haruslah berusaha menjadi ibu bapa yang lebih bijak sebagai persediaan bagi menangani setiap persoalan, permasalahan mahupun mendepani kerenah anak-anak.

Inilah 8 Perbezaan Antara Ibu Bapa BIASA & Yang BIJAK. Mana Satu Kategori Anda Ya?
kredit: instagram tomokofficial

Berikut merupakan 8 ciri perbezaan antara menjadi ibu biasa atau ibu bapa yang bijak.

1.Bagi kebanyakan ibu bapa anak-anak dididik untuk mencontohi orang lain. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, anak-anak dididik dan diberi galakan untuk menjadi diri mereka sendiri.

2.Ramai ibu bapa yang sering meluangkan waktu mereka bersama anak-anak sehingga mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri. Tetapi, bagi ibu bapa yang bijak, ianya haruslah seimbang. Selain waktu bersama anak, perlu mengambil berat dan memperuntukan waktu juga untuk diri sendiri.

3.Setiap pertanyaan anak-anak akan terus diberikan dan disediakan jawapan daripada ibu bapa yang biasa. Sebaliknya bagi ibu bapa yang bijak, anak-anak akan diajar mencari jawapan bagi setiap persoalan yang diajukan.

IKLAN

4.Ibu bapa biasa sering melihat kesan akibat daripada sesuatu masalah yang berlaku, manakala ibu bapa yang bijak akan mengenalpasti punca sesuatu masalah itu berlaku.

5.Ibu bapa biasa akan sentiasa berhati-hati dan melarang anak-anak daripada melakukan kesilapan, kerana menganggap kesilapan adalah suatu kesalahan dan kegagalan. Tetapi bagi ibu bapa yang bijak, sesekali akan membiarkan anak melakukan kesilapan dan positif menerima kegagalan supaya anak-anak boleh belajar daripada kesilapan tersebut.

6.Ramai ibu bapa yang hanya tahu melarang dan memarahi anak-anak tanpa menjelaskan penerangan kesan dan akibatnya.Sebaliknya, bagi ibu bapa yang bijak, cara melarang sesuatu perkara adalah dengan menggalakkan anak-anak berfikir dan menerangkan akibatnya jika mereka melakukan perkara tersebut.

IKLAN

Sebagai contoh:

Jika anak anda ingin melompat dari tempat tinggi,larang anak anda dengan baik, kemudian, terangkan akibatnya. Atau, anda juga boleh bertanya kepada anak, apa yang akan berlaku jika dia melakukan sedemikian?

“Jangan melompat-lompat. Bagaimana agaknya jika jatuh dari atas sofa? kepala adik boleh terhantuk pada meja dan luka berdarah.”

IKLAN
Inilah 8 Perbezaan Antara Ibu Bapa BIASA & Yang BIJAK. Mana Satu Kategori Anda Ya?
kredit: instagram rozitachewan1

7.Ramai ibu bapa yang cuba ‘berusaha’ menjadi yang terbaik agar dilihat ‘sempurna’ di hadapan anak-anak untuk dijadikan contoh buat mereka. Tetapi,bagi ibu bapa bijak, tidak perlu ‘berlakon’ dan menjadi sempurna, cuba bersikap lebih natural dan terbuka, kerana secara tidak langsung anak-anak akan lebih mudah mendekati ibu bapa.

8.Kebiasaannya, anak-anak sering diajar untuk mengikut telunjuk ibu bapa tanpa diberikan pilihan, kerana hanya ibu bapa sahaja yang tahu, apa keperluan yang terbaik buat anak-anak. Ianya tepat. Namun sebaiknya, bagi ibu bapa bijak anak-anak dididik dengan diberikan pilihan dan menunjukkan sebab mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

Namun tiada salahnya menjadi ibu bapa yang biasa kerana dari situ, kita akan belajar untuk menjadi ibu bapa yang bijak.

Sumber: Brightside

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI