8 Cara Ni Nampak Biasa-Biasa, Tapi Buat Kasih Sayang Suami Isteri Makin Intim. Cubalah!

Share

Alam rumahtangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya dan berkongsi hidup dengan pelbagai aspek malah dalam berumah tangga, isteri adalah orang penting bukan sahaja tulang belakang keluarga tetapi indivdu yang mengetahui semua ‘rahsia’ dalam keluarga tersebut.

Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri harus memainkan peranan bersama, amalan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh pasangan baharu sahaj sebaliknya, turut dikekal kepada pasangan yang lama.

Bagi memperbaharui cinta suami isteri, disenaraikan  8 panduan utama

Puji dan peluk
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan. Juga setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.

Solat berjemaah

Selepas bangun awal dan membersihkan diri, anda dan pasangan juga akan mempunyai banyak peluang untuk solat berjemaah bersama-sama. Jika suami ke masjid untuk solat subuh, bolehlah anda membantu menyiapkan baju dan menghantarnya ke pintu. Jika solat bersama, hubungan antara suami dan isteri lebih utuh. Selalunya, kita akan saling bersalaman dan bermaafan selepas solat. Ia memberikan keberkatan dan kemanisan dalam hubungan suami isteri.

Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.

Nostalgia dating

Kembalikan nostalgia ketika kali pertama keluar dating. Aktiviti sebegini dapat membantu mengembalikan momen terindah yang pernah anda dan pasangan lalui dahulu. Barulah terasa pemikiran anda dan pasangan positif sambil dibuai momen sweet!

Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.

Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.

Buat kejutan

Asyik isteri je bangun pagi dan perlu memasak sarapan untuk keluarga. Di sebelah tengah hari pula perlu membasuh pakaian dan mengemas rumah. Apa kata, si suami juga bangun awal pagi dan bantu isteri menyediakan sarapan di dapur. Aktiviti sebegini membantu mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan. Mulakan hari anda dengan aktiviti positif di rumah.

Ucapan rindu

I love you’ adalah perkataan ajaib dan ungkapan romantis ini mampu memberi semangat kepada pasangan setiap kali dilafazkan dengan nada yang lembut. Jangan lupa cakap ‘I love you‘ kepada pasangan sebelum pergi ke tempat kerja dan setiap kali sebelum tidur. Pasangan anda juga akan menyedari bertapa berhargai dirinya dan terasa disayangi. Barulah setiap rutin harian anda akan jadi positif!

Moga perkahwinan bahagia sehingga akhir hayat.