Alam rumahtangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya dan berkongsi hidup dengan pelbagai aspek malah dalam berumah tangga, isteri adalah orang penting bukan sahaja tulang belakang keluarga tetapi indivdu yang mengetahui semua ‘rahsia’ dalam keluarga tersebut.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri harus memainkan peranan bersama, amalan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh pasangan baharu sahaj sebaliknya, turut dikekal kepada pasangan yang lama.
Bagi memperbaharui cinta suami isteri, disenaraikan 8 panduan utama
Puji dan peluk
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan. Juga setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
Solat berjemaah
Selepas bangun awal dan membersihkan diri, anda dan pasangan juga akan mempunyai banyak peluang untuk solat berjemaah bersama-sama. Jika suami ke masjid untuk solat subuh, bolehlah anda membantu menyiapkan baju dan menghantarnya ke pintu. Jika solat bersama, hubungan antara suami dan isteri lebih utuh. Selalunya, kita akan saling bersalaman dan bermaafan selepas solat. Ia memberikan keberkatan dan kemanisan dalam hubungan suami isteri.
Ads
Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.
Nostalgia dating
Kembalikan nostalgia ketika kali pertama keluar dating. Aktiviti sebegini dapat membantu mengembalikan momen terindah yang pernah anda dan pasangan lalui dahulu. Barulah terasa pemikiran anda dan pasangan positif sambil dibuai momen sweet!
Ads
Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.
Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
Buat kejutan
Ads
Asyik isteri je bangun pagi dan perlu memasak sarapan untuk keluarga. Di sebelah tengah hari pula perlu membasuh pakaian dan mengemas rumah. Apa kata, si suami juga bangun awal pagi dan bantu isteri menyediakan sarapan di dapur. Aktiviti sebegini membantu mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan. Mulakan hari anda dengan aktiviti positif di rumah.
Ucapan rindu
‘I love you’ adalah perkataan ajaib dan ungkapan romantis ini mampu memberi semangat kepada pasangan setiap kali dilafazkan dengan nada yang lembut. Jangan lupa cakap ‘I love you‘ kepada pasangan sebelum pergi ke tempat kerja dan setiap kali sebelum tidur. Pasangan anda juga akan menyedari bertapa berhargai dirinya dan terasa disayangi. Barulah setiap rutin harian anda akan jadi positif!
Moga perkahwinan bahagia sehingga akhir hayat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Secara fitrahnya, semua manusia dilahirkan dalam keadaan baik dan bersih. Namun setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Bagaimanapun mereka berhak diberi peluang ke dua dalam hidup termasuk cemerlang dalam akademik Perkongsian facebook rasmi, Sekolah Henry Gurney Melaka membuktikan setiap insan itu boleh berubah amenjadi baik untuk cemerlang dalam hidupnya.
Difahamkan pelajar sekolah berkenaan meraih keputusan yang cemerlang dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini.
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang.”
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 pelajar 7A, 5 pelajar 6A dan 4 pelajar mendapat 5A dari 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM tahun 2021.
“Mencapai kelulusan 100% berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Gred Purata Sekolah 4.13.
“Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.”
Nyata, ini membuktikan biarpun pelajar-pelajar ini dulunya nakal dan jauh tersimpang dalam landasan hidup yang betul, hasil didikan guru, mereka boleh berubah menjadi lebih baik.
Keputusan cemerlang SPM itu menjelaskan bahawa jika seseorang itu berusaha untuk berubah pastinya akan berjaya.
Setiap hari, rakyat Malaysia menantikan berita adik Ainul Mardhiah pulang ke tanah air selepas kepulangannya ke tanah air sebelum ini dibatalkan pada saat akhir. Terbaru, ibu saudara kepada Ainul memberitahu keluarga ini dijadualkan akan tiba ke Malaysia minggu ini.
Perkara itu diberitahu ibu saudara bayi tersebut, Anis Syakirah Ahmad Razak kepada Harian Metro di rumah keluarganya di Ayer Molek di Melaka semalam.
“Ya, Ainul dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 pagi pada minggu ini.
“Maaflah kami tidak dapat berkongsi tarikh yang lebih tepat untuk kebaikan dan keselamatan Ainul dan berharap rakyat memahaminya,” katanya.
Tambah Anis, dia dan keluarga akan bertolak sehari lebih awal dari Melaka dan bermalam di rumah saudara di Selangor sebelum bertolak ke KLIA.
“Walaupun hati ini terlalu rindukan Ainul, kami pihak keluarga pun hanya akan melihat Ainul dari jauh untuk kebaikannya.
“Saya difahamkan sebaik tiba jam 7 pagi, Ainul akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.
“Kami harap masyarakat dapat mendoakan keselamatannya dan segala-galanya berjalan lancar sehingga Ainul betul-betul sihat,” ujarnya.
Pada 9 Julai lalu, Harian Metro melaporkan penerbangan pulang Ainul Mardhiah dari United Kingdom yang sepatutnya dijadual tiba di negara ini petang itu terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
Selagi kita hidup ni, selagi itulah kita dituntut untuk menimba ilmu. Untuk anak-anak, bukan sahaja ilmu di sekolah yang perlu mereka pelajari. Ilmu fardu kifayah juga dituntut untuk dipelajari. Misalnya dalam pengurusan jenazah.
Menurut syarak, apabila seseorang yang beragama Islam itu meninggal dunia, maka jenazahnya wajib untuk dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Menurut syarak ia adalah wajib dan kewajipannya adalah Fardu Kifayah kepada mereka yang masih hidup.
Dalam situasi begini, biasanya ahli keluarga atau sanak saudara yang berkenaan perlu tahu apakah yang sepatutnya dilakukan agar pengurusan jenazah ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
Kesediaan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi jenazah untuk kelas pengurusan jenazah anak anaknya di sekolah menerima pujian wargamaya.
Memuat naik perkara ini di laman Instagram miliknya, kata Fazley, dia secara sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi jenazah saat ditanyakan oleh ustaz yang mengajar anak-anaknya. Malah jelasnya, suatu hari nanti pasti dia juga akan berdepan situasi yang sebenar.
“Ramai pula tanya saya, yes betul. Saya tak tipu. Petang ni kelas praktikal #Mandijenazah anak-anak saya dengan ustaz diaorang.
“Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap, buat je latihan betul-betul, kemudian ustaz tanya jenazah kita buat macam mana? Patung ke? Saya cakap, Takpe, biar saya jadi jenazahnya, satu hari nanti nak kena buat betul-betul jugak kan?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas memuji keberanian yang ditunjukan Fazley. Malah tidak kurang juga yang menganggap ia adalah satu tindakan yang baik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...