Akibat ramai sangat orang di luar sana membuat pembelian panik semenjak  Perintah Kawalan Pergerakan ini dilancarkan, kesannya turut  menyukarkan orang lain yang ingin membeli.

Apa taknya, kalau kita lihat habis semua diborong oleh mereka  hingga melebihi keperluan. Langsung tidak ambil kisah tentang orang lain. Geram juga kalau diingat-ingatkan.

Pun begitu, daripada kita terus marah sebab tak puas hati, apa kata kita belajar cara hendak buat susu pekat manis dengan guna bahan yang ringkas dan yang penting mudah sangat untuk membuatnya. Sekurang-kurangnya bolehlah kita buat stok susu pekat untuk keluarga tercinta.

Ini resipinya yang dikongsikan oleh Zan Zafirah dan bolehlah dicuba.


 Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja

Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis.

IKLAN

Stok Susu Pekat Habis, Tak Perlu Risau. Buat Je  Sendiri, Begini Caranya!

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)

IKLAN

Cara buat:
1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!

2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.

IKLAN

Stok Susu Pekat Habis, Tak Perlu Risau. Buat Je  Sendiri, Begini Caranya!

3. Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.

sumber : Zan Zafirah Zainal

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI