Perit kehilangan orang yang disayangi hanya Tuhan yang tahu. Seolah-olah separuh jiwa dibawa pergi. Namun tanggung jawab perlu dilaksanakan dalam memastikan jasad orang yang disayangi selamat dikebumikan.
Bagi Mohd Lutfi Osman Haron yang merupakan seorang Konsultan berkongsi cerita mengenai kisah urusan jenazah membabitkan arwah ibunya.
Lebih memilukan, kisah tersebut dipendam selama 7 tahun oleh Mohd Lutfi sebelum dia sudi berkongsi cerita tersebut bersama penonton di dalam satu program Hadith Open Mic.
“12 Jun 2010, pertama kali saya menaiki Kelas Ekonomi seumur hidup walaupun sebelum ini biasa naik dari kota Baharu ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan itu, saya baca Yassin, penumpang sebelah tanya pergi tahlil ke. Saya cakap saya baca Yassin untuk arwah ibu saya yang kini berada di bawah kaki saya. Itu adalah tanggung jawab terakhir saya sebagai anak sebelum jasad ibu saya dikuburkan,”ujar Mohd Lutfi.
Dua jam sebelum penerbangan, dia diberiahu jenazah tak muat dalam keranda.
“Setelah diikut bahu ke bahu memang tak muat Lebih kurang 6 cm jadi kena sengetkan badan arwah ibu. Kemudian pihak sana tanya sama ada mahu dikuburkan di Kota Bahru atau Putrajaya. Saya cakap ada 1000 orang tengah tunggu saya bawa balik jenazah. Jadi saya nak buat tanggung jawab tersebut.
“Jadi saya dinasihatkan untuk solat sunat minta pada Tuhan. Usai solat, diangkat jenazah dan tidak perlu seinci pun dialihkan jenazah masuk ke dalam keranda.
Ketika tiba di airport, sekali lagi dia diduga bila mana pihak airport menyatakan proses mengambil masa 2 jam untuk mengeluarkan jenazah.
“Apabila tiba di airport KLIA nk keluarkan jenazah ambil masa 2 jam. Saya merayu pada pengurus jenazah tolonglah saya. Dua jam terlalu lama untuk jenazah ibu saya. Setelah 15 minit saya diberitahu jenazah ibu saya sudah berada di luar. Jadi saya berjumpa pegawai yang uruskan jenazah, katanya itu tanggung jawab fardhu kifayah kepada jenazah. Besar tanggung jawab kita sebagai anak dan masyarakat untuk membantu sesama sendiri.
“Alhamdulillah, jenazah sampai ke Putrajaya dan selamat dikuburkan. Itulah tanggung jawab terakhir saya sebagai anak ketika jasad ibu saya sebelum dikuburkan. Inilah cerita 7 tahun yang tak pernah saya kongsikan pada sesiapa. Saya rasa malam ni saya boleh tidur lena.
Sumber: The Rohani