7 Tahun Menanti Kehadiran Cahaya Mata, Allah Murahkan Rezeki Selepas Berhenti Makan ‘Frozen Food’!

Share

Rezeki orang berbeza-beza. Anak yang dikurniakan anak dengan cepat namun ada pula yang lambat dikurniakan anak tetapi Allah lebihkan pada rezeki yang lain.

Bagi Norfatin Shaari, doa mereka untuk memiliki anak akhirnya termakbul selepas 7 tahun menanti. Seronok mendengar perkongsiannya di facebook.

Selain rezeki yang sudah disusun cantik Allah SWT, wanita ini juga mengamalkan gaya hidup sihat demi untuk mendapatkan anak. Tak hanya isteri bahkan suami turut sekali memberi sokongan. Baca kisahnya.


Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Insan yang bergelar suami kaktin ini, tidak pernah mengeluh atau kecewa di saat kami masih menanti kehadiran cahaya mata.

Insan ini tidak pernah berputus asa malah sentiasa beri sokongan pada kaktin bila kaktin sedih setiap kali check upt hanya 1 line sahaja. Insan ini tidak pernah terasa hati kalau ada yang tanya, tak nak anak lagi ke?

Percayalah, insan ini memang sukakan budak-budak, kalau tak, dia tak akan jadi kesayangan anak-anak buahnya. Malah insan ini tidak pernah sesekali memaksa kaktin. Kami percaya akan takdir yang Allah aturkan buat kami.

Setelah 7 tahun penantian kami, Allah pinjamkan nikmat untuk kami mendapat berita gembira ini. Mengalir air mata kegembiraan insan ini. Berita yang tidak disangka, sebab kaktin pernah menjalani iui sekali pada tahun 2016 tapi tidak berjaya. Doktor pun dah byk kali suruh kaktin turunkan berat badan tapi kaktin tidak berjaya jugak. Lepas tu kami break dari rawatan.

Awal tahun ini adalah titik perubahan pada kami. Kami nekad untuk menjaga kesihatan dengan mengamal diet kalori dan eat clean. Kalau dulu, peti ais penuh dengan frozen food macam nugget, sosej, fries. Kini, kami berjaya tinggalkan semua makanan tersebut.

Aktiviti dating pun bertukar kepada hiking, jogging dan zumba. Fokus kami memang untuk sihat dan Alhamdulillah, tanpa disangka buat pertama kali Kaktin tengok double line bila check upt. Kandungan Kaktin masih baru dan harapnya my precious baby ini mendapat doa dari semua.

Doakan kandungan kaktin kuat dan sihat ye. Kaktin doakan jugak semua kenalan kaktin yang masih menanti dan berjuang macam kaktin d ulu, dimurahkan rezeki zuriat jugak. InsyaAllah janji Allah itu pasti.

Kredit: Norfatin Shaari