7 Selebriti Sambut Kelahiran Cahaya Mata, Nama Pun Sedap-sedap Belaka!

Share

Kelahiran anak dalam sesebuah keluarga sememangnya begitu dinantikan. Penghujung tahun 2017 membariskan ramai artis yang menerima kelahiran anak dalam hidup mereka.

Ada yang menyambut kelahiran anak pertama, tak kurang juga kelahiran kedua dan ketiga. Menariknya nama anak-anak selebriti kita ini semuanya sedap belaka. Jom kita intai kelima-lima selebriti ini.

1. Hafiz Suip
Hafiz Suip yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 31 Disember lalu menamakan bayi lelakinya dengan nama Muhammad Riyadh Zafri Bin Mohd Hafiz. Sedap namanya. Hafiz dan isterinya, Nureffy yang mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 ini mengucapkan rasa syukur pada Allah atas kurnian ini.

2. Ramona Zamzam
Ramona Zamzam melahirkan puteri sulungnya pada 7 Disember tahun lalu. Selepas sebulan melahirkan, Ramona tampil memperkenalkan nama bayi perempuannya yang
cukup indah iaitu Ivanna Alashkar.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Ramona berkongsi video saat pertama kali menatap wajah anaknya selepas selamat bersalin. Tersangatlah comel. Secantik dan seindah namanya.

3. Jovian Mandagie
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie memilih nama Jeanelle Nika Mandagie untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 1 November lalu. Selain itu, Jovian dan isterinya Nina Ismail Sabri juga turut mewujudkan akaun IG anaknya @princessmandagie yang kini memiliki lebih 75,000 pengikut. Kini si comel Nika makin montel dan buat pengikutnya geram melihatnya.

4. Hafidz Roshdi
Humairah Binti Mohammad Hafidz. Itulah nama puteri sulung pelakon kacak Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Humairah, sebuah nama indah yang bermaksud putih kemerah-merahan.

5. Zizie Izette
Pelakon Datin Seri Zizie Izette dan suaminya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula memilih nama Adam dan Alif untuk bayi kembar mereka.

Walaupun masih belum menamakan sepenuhnya kedua bayi kembar ini, namun nama Adam dan Alif telah pun dipilih lebih awal sebagai nama permulaan pasangan ini. Bayi kembar yang dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur ini sememangnya dinantikan pasangan ini.

6. Fizo Omar
Menantikan kelahiran cahaya mata lebih 4 tahun lalu, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim menamakan puteri sulung mereka dengan nama Wan Maryam. Ringkas namun cukup indah.

Mawar berkongsi foto anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) dengan kapsyen berbunyi, “Assalamualaikum auntie uncle semua, nama saya diberi oleh bapa dan mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol.

Secantik ibunya.

7. Eira Syazira
Pelakon Azad Jazmin dan isterinya Eira Syazira menamakan anak ketiga perempuan mereka dengan nama Areisya Suri Rose. Anak ketiga mereka ini dilahirkan pada 2 Januari lalu. “Assalamualaikum Salam 1 Malaysia, memperkenalkan My 3rd Girlfriend Areisya Suri Rose,” tulis Azad di instagramnya.

Sedap nama-nama anak selebriti kita. Maksudnya juga indah-indah belaka. Moga anak-anak ini menjadi puteri putera soleh dan solehah.