Menyambut kedatangan Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi, baik suri rumah atau ibu bekerja, pastinya pelbagai persiapan terutama untuk menyediakan hidangan berbuka menjadi keutamaan kini. Tambah-tambah lagi bagi yang bekerja.
Menyediakan hidangan pasti mengambil masa yang agak lama. Jadi, untuk memudahkan anda, ada 7 resipi pes atau perencah yang dikongsi oleh Puan Asrimah Bakri di laman facebook nya.
Menurut Puan Asrimah, beliau boleh menjimatkan masa hingga 4 jam memasak dengan membuat persediaan ini. Sesuai sangat untuk supermom yang selalu sibuk!
Malah, dengan adanya stok pes ini, anda boleh memasak pelbagai lauk-pauk dalam masa 30 minit saja! Mudah, cepat dan menjimatkan masa. Malah, anda juga tidak perlu tergesa-gesa untuk menyediakan hidangan.
Pelbagai pes ini boleh dijadikan perencah serba guna untuk memasak lauk-pauk harian anda. Kegunaannya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti serta cita rasa anda sekeluarga.
1. Resepi Pes Sambal Tumis
Bahan-bahan
Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji (hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa
Cara-cara
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mi goreng, bihun goreng, dan sebagainya.
2. Resepi Pes Asam Pedas
Bahan-bahan
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai tetak
Seikat daun kesum
1 sudu besar halba
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa.
Cara-cara
1. Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan halba, serai dan terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau,
2. Masukkan pati asam jawa, garam, gula, perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.
3. setelah siap, sejukkan seketika dan boleh dibekukan.
4. Bila nak guna, defrost dan masukkan ayam / ikan, bendi, tomato, atau air asam lagi.
3. Resepi Pes Tomyam Merah
Bahan-bahan
Bawang Merah 10 biji*
Bawang besar 5 biji*
Ads
Bawang putih 5 ulas*
Segenggam cili kering* (tidak perlu rebus, terus masukkan dalam pengisar)
Cili api 10 biji* (optional)
Lengkuas 1 inci*
Halia 3 inci*
Serai 5 batang*
Daun limau purut 5-6 helai*
5 biji air limau purut
Sos ikan (nam pla)
Cara-cara
1. Tumis semua bahan bertanda * di atas kecuali air limau purut dan sos ikan.
2. Setelah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.
3. Akhir sekali masukkan garam, gula bersama 1 sudu serbuk perasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa sebagai pengganti kiub).
4. Dah siap, macam biasa boleh bekukan ia.
5. Bila nak makan, didih pes ini bersama air dalam periuk, masukkan ayam / daging / makanan laut/ sayur-sayur, dan tabur daun ketumbar.
Tip: Kalau nak tomyam yang betul-betul pekat, kisar tomato menjadi pes dan masukkan ke dalam tomyam. Untuk membuat tomyam kungfu, masukkan susu pekat 3 sudu.
4. Resepi Pes Tomyam Putih
Bahan-bahan
Bawang merah 10 biji*
Bawang besar 5 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Cili Api 10 biji (tetak)*
Lengkuas 1 inci*
halia 3 inci*
Serai 5 batang*
Ads
Daun limau purut 5-6 helai*
5 biji Air limau purut/( semasan yang anda mahu)
Sos ikan (nam pla)
Cara-cara
1. Tumis semua bahan bertanda * di atas kecuali air limau purut dan sos ikan.
2. Bila naik bau dan pecah minyak, masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.
3. Akhir sekali, perasa dengan garam, gula bersama 1 sudu serbuk perasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa sebagai pengganti kiub).
4. Dah siap, macam biasa boleh bekukan ia.
5. Jika mahu makan, didih pes ini bersama air dalam periuk, masukkan ayam / daging / seafood / sayur-sayur, dan tabur daun ketumbar.
Tip: Agar tomyam ‘kaw’, masukkan susu pekat 3 sudu.
5. Resipi Pes Rendang Ayam
Bahan-bahan
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci (jika suka)
6 batang serai
2 genggam Cili kering( tidak perlu rebus ,masuk terus mask pengisar)
Santan kotak 2
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.
Cara-cara
1. Kisar dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
Ads
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan ia.
4. jika nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan.
Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
6. Resipi Pes Sup
Bahan-bahan
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 batang serai
6 sudu besar Rempah sup
Rempah 5 sekawan (jika suka)
Cara-cara
1. Kisar semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tidak perlu gunakan rempah ini. Apabila naik bau, bolehlah masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air secukupnya dan tambahkan ayam segar dan sayur pilihan. Boleh dimakan dengan nasi putih, bihun, mi, soto nasi, atau wantan.
7. Resipi Pes Kari
Bahan-bahan
Bawang besar 5 biji*
Bawang kecil 10 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 5 inci*
6 sudu besar rempah kari daging
Rempah 5 sekawan
1 sudu halba
Cara-cara
1. Kisar semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak perlu gunakan rempah ini. Kemudian apabila naik bau, masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasa dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Apabila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mi kari. Masukkan ayam yang dipotong kecil.
Selamat memasak!
Sumber: Facebook Asrimah Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Petua orang dulu-dulu memang banyak, kalau hendak diamalkan jika serasi dengan tubuh tiada apa salahnya. Umpamanya dalam ikhtiar untuk mengurangkan rasa badan yang ‘lemau’ berangin atau sebu perut.
Bila ‘penyakit’ ni menyerang, hendak buat kerja apa pun jadi lesu dan pergerakan pun tidak cergas disebabkan rasa tidak selesa.
Lazimnya, selain ada yang suka menyapu minyak angin untuk meredakan lenguh-lenguh badan disebabkan badan rasa berangin, ada juga petua lain yang boleh diamalkan dengan mudah dan kesannya boleh dirasai dengan menjadikan badan lebih terasa ringan.
Jadi elok kiranya anda amalkan minum air rendaman daun serai sepertimana yang dikongsikan oleh Umie Marissa ini.
Petua untuk buang angin
Bahan-bahan:
7 helai daun serai
7 biji lada hitam
Bawang putih 1 ulas tapi potong 7
Cara penyediaan :
1.Air panas yang baru masak di masukkan ke dalam 1 cawan.
2. Kemudian masukkan daun serai yang telah direnyuk-renyuk, lada hitam yang telah diketuk. Biarkan sehingga suam.
3. Kemudian ketika hendak minum selawat 7 kali, insha allah angin yang ada dalam perut akan keluar dengan lawas.
Petua nii kak umie dapat masa pergi mengurut adik dalam pantang minggu lepas, adik ni mak ayah dia orang kemboja, mak anak 13 orang, tapi alhamdulillah sihat, muda, kuat lagi buat kerja rumah..
Kak umie suka pergi mengurut pastu dapat ilmu, ilmu ini luas.
Sumber : Umie Marissa
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di saat kanak-kanak lain seusianya bebas berlari , bermain dan melakukan apa saja dengan rakan-rakan lain, dia pula menjaja kuih demi membantu keluarga demi kelangsungan hidup.
Kisah adik ini dimuat naik oleh seorang wanita Mieka Fieqa menerusi laman facebooknya. Menurut guru ini, adik yang bernama Aliff ini membantu ayahnya menjual kuih dengan menaiki basikal.
“Saya selalu beli pulut udang dekat adik ni..sedap sangat..dia selalu jual dekat PENDANG SQUAR ,KEDAI ECO PENDANG ..UMOR DIA 11 TAHUN(darjah 5). Tadi ada masa sikit nak sembang dengan dia.
“Sedih sangat tengok dia dalam umur dia macam ni tapi dia terpaksa melupakan masa kanak2 dia untuk keluaga dia…mak dia dah meninggal.ayah dia sakit( tak tau sakit apa).ayah dia buat pulut udang.
“Dia tolong ayah dia jual pulut udang naik basikal dari pagi smpai malam Lepas habis 1 trip dia akan balik dan ambik lagi pulut udang dan jual lagi.niat dia baik sangat2 tolong ayah dia untuk besarkan adik2.
“Dia ank sulung..adik dia ada 3 org lagi…aku tanya dia, ayah bagi berapa tolong jual..dia cakap, dia tak minta pon upah..dia nak tolong ayah dia ja. Sebab dia tau keluarga dia susah. dia akan pergi setiap kereta “nak pulut udang x” aku respect dekat dia.
“Dia tolong ayah dia untuk adik2. Dia yang tolong ayah dia buat pulut udang..ayah dia tak ada kenderaan.katanya rosak…aku tanya pulak pasal pelajaran dia..dia cakap dia periksa dapat no 2 selalu la…aku rasa budak ni cerdik..lagi berlenang ayaq mata aku…..tolong ea kawan2 kalau nampak adik ni beli la pulut udang dia..bantu dia..nak dekat bukak sekolah ni..baju sekolah..kasut sek semua kena beli…..jom viral bagi murah rezeki adik ni dengan ayah dia.
“Semoga Allah sentiasa lindungmu kamu sayang..kakak sayang kamu???? ni no tel dia 0107886184 adik ni nama dia alif…sapa yang nak tempah buat kenduri ke boleh la tolong2 famly adik ni.. ada tambahan sikit adik ni ada mak tiri.
Terbaru, kisah adik Aliff sudah mendapat perhatian semua pihak dan masyarakat. Pihak Zakat pendang dan JKM pendang turut turun melihat keadaan untuk membantu. Semoga ada sinar baru untuk keluarga tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuaca panas terik memang buat badan rasa tidak selesa dan tekak pula pasti terasa perit. Kalau saat itu dapat meneguk air yang sejuk menyegarkan pasti terasa puas. Apatah lagi jika air tersebut ada mengandungi jelly. Tentu bertambah asyik dibuatnyam, minum sambil mengunyah sesuatu yang kenyal.
Oleh itu usah membayangkannya sahaja, ayuh kita sediakan minuman istimewa ini untuk dinikmati bersama keluarga dengan menggunakan alo vera. Selain sedap rasanya, khasiatnya pun banyak.
Bagaimana cara penyediaannya? Ayuh fahami langkah demi langkah yang dikongsikan di fb Puan Nur As Shifa Halim ini.
Resepi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco
Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau). Sebelum ni tak lalu jugak nak makan, byk buang ja aleo vera yg tua2 tu sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii.
Baru ni, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resepi bagi puas hati. Finally sedap rupanya Aleo Vera ni.
Nak lagi bagus boleh makan mentah2 gitu, lagiii banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih2 supaya tak gatal dan selamat dimakan. Kami share step by step kat gambar la kan senang nak terang.
CARA PENYEDIAAN :
Pilih yang matang (tua). Macam mana nak tau? Cuba tekan tengah2 tu kalau keras padat dah boleh harvest (tuai). Yang suami sis tanam ni spesies bila kecik ada bintik2, dah besaq hilang bintik tu.
2. Part ni sangat penting. Nak keluarkan Aloe Latex (cecair kuning tu). Boleh akibatkan gatal2 kalau tak bersih elok2. Ni suami sis tegakkan Aloe Vera yg dituai tadi, tegakkan dalam 1-2 jam. Alhamdulillah kami buat step ni tak dak gatal2 tekak ka apa bila makan.
3. Lepas proses “tegak” tubasuh bersih2. Nak senang potong kepada 2 @ 3bahagian ikut keselesaan anda nak proses. Sebab time 1st time buat, suami sis luka jgk tapak tangan. Duri Aloe vera agak tajam.
4. Buang bahagian tepi dulu (bahagian duri) kemudian buang kulit bahagian atas.
5. Pastu potong ikut suka saiz. Nak senang, (sebab bendanya berlendir mudah lari2) potong dulu ikut saiz yg nak, tapi disarankan petak2 sederhana jgn kecik sangat nanti tak feel time gigit2. Lepas potong macam ni, amek sudu korekk ja dari atas.
6. So dapat lah macam ni hasilnya. Basuh bersih2. Dah boleh rebus.
7. Rebusan kali pertama 30minit (Aloe Vera + air saja)
8. Rebusan kali kedua dlm 15min saja (Aloe Vera+Gula batu+daun pandan).
9. Siap untuk dihidang sedap naaa rasa macam peel fresh Marigold tu.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...