7 Petua Nenek Nak Pastikan Perut Kempis Selepas Bersalin, Ibu-Ibu Wajib Tahu Langkahnya!

Share

Walaupun sudah melahirkan anak namun perut masih lagi ketara. Buncit tanpa sedar dan tidak mahu kempis dan rata seperti perut asal. Buntu bila memikirkan hal ini.

Persoalan ini pastinya sentiasa bermain di fikiran semua ibu yang mengalami masalah perut buncit. Menurut pengalaman orang-orang tua, sebenarnya banyak cara dan petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini.

Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakaian bengkung secara disiplin juga adalah langkah bijak untuk kekal cantik. Ini yang boleh wanita berpantang amalkan untuk pastikan perut rata. Suami pun makin tambah sayang nanti. Ini petua nenek yang anda boleh cuba.

Cuba buat petua ini!

Petua 1
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

Petua 2
Ambil 2 genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai dan gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian pakai bengkung ketat dan kuat.

Petua 3
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta
mengatasi masalah berat badan.

Petua 4
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Petua 5
Campurkan sedikit kapur makan bersama 5 helai daun sirih juga beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Petua 6
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Biarkan semalaman dan minum keesokkan paginya.

Petua 7
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.