Baru sahaja masak pagi tadi tetapi malamnya sudah basi. Sedangkan, apabila membeli nasi bungkus boleh pula tahan sampai ke petang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.
Apa rahsia peniaga makanan ini agaknya? Mungkin 7 petua masak nasi ini antara yang mereka gunakan untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. Basuh beras hingga bersih
Sesetengah orang kata, jangan basuh beras banyak kali kerana nutrisi akan hilang. Walau bagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. Pastikan periuk dicuci bersih
Salah sebab nasi cepat basi kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan.
Jadi periksa dengan teliti bahagian dalam periuk, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi yang dimasak.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. Perah limau nipis
Ads
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. Hikangkan wap nasi seleaps dimasak
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembap. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. Masukkan secubit garam
Ads
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. Panaskan periuk nasi atas dapur
Kadang-kadang kita terlupa membersihkan periuk nasi dalam tempoh yang lama. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Suhu panas ini dapat mematikan bakteria yang masih tinggal sekali gus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Malah petua turun temurun ini dikatakan boleh mengelakkan nasi daripada basi hingga dua hari.
7. Masak air dalam periuk nasi
Ads
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tip ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tip lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana
Sumber: Infojer.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biskut oreo menjadi antara biskut yang digemari ramai. Sama ada enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan menu lain seperti aiskrim, kek, minuman malah jika dijadikan puding juga terbukti hidangan tersebut menepati selera.
Jika tidak masakan Puan Zaliana ini memilih untuk menyediakan menu Puding Milo Oreo untuk mengambil hati bakal ibu mertuanya ketika itu yang mengadakan jamuan rumah terbuka.
Pasti ada istimewanya resipi puding ini disukai ramai. Jom semak langkah membuatnya.
Alhamdulillah siap puding milo oreo untuk marhaban rumah mak malam ni.Teringat time baru tunang,masa tu mak buat open house kita pulak buat kan 4 loyang puding ni huhuhu #kenangan nak ambil hati bakal mak mertua… hahaha
Agar Agar Milo Oreo.
(Sukatan untuk 30 acuan puteri ayu) ini pon ada lebihan sis tuang dalam loyang kecil.
Agar agar – 5pkt
Susu Cair – 1Tin
Susu Pekat – 1Tin
Gula – (ikut selera nak manis mcm mana)
Milo – (ikut selera nak pekat pon lagi syokk)
Biskut Oreo (di patah kan)- 2pkt
Air
Masukkan 3.5liter air dan letak kan 3 peket agar agar masak sampai mendidih,bila agar agar dah hancur masukkan 1tin susu pekat,milo dan gula sikit. Kacau sampai sebati dan ketepi kan.
Untuk lapisan tengah
Masukkan 1tin susu cair dan air sukatan 1tin letakkan agar agar 2 peket..masak sampai mendidih kemudian letak kan sikit gula kacau sampai sebati.
Layerkan
Bila dah suam agar agar nya buat lapisan
Letak kan agar agar milo dulu,bila dah agak mengeras lapis kan yang susu dan terus letakkan biskut oreo yang dah dipatah-patah kan bila dah agak mengeras masukkan lapisan agar agar milo pula…
(Untuk lapisan jangan tunggu agar agar dah sampai betul-betul mengeras,rasa terlebih dahulu bila dah sesuai baru buat lapisan & Jangan baru letak yang milo terus letak susu nanti tak jadi lapisan nye)
SIAP.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penggunaan kelapa parut untuk mendapatkan santan asli ketika penyediaan masakan tradisi sudah menjadi kelaziman buat kita.
Pun begitu, apa yang menjadi sedikit kepayahan bila menggunakan parutan kelapa ini adalah bab menyimpan lebihan kelapa parut tersebut.
Ini memandangkan, jika silap caranya, kelapa parut akan cepat basi dan tidak boleh digunakan lagi.
Oleh yang demikian, apa kata kita baca perkongsian tips daripada dua wanita ini yang mempunyai cara berbeza untuk pastikan kelapa parut tahan lama hingga berminggu-minggu lamanya. Jom Semak!
Melalui perkongsian Ebby Hidil, bukan sahaja kelapa parut yang putih sahaja disimpan malah gemar mengasingkan kerak kelapa untuk disimpan dan digunakan bila perlu.
Cara saya simpan kelapa parut..saya asingkan yang putih dan kerak kelapa.
Lebih suka guna kelapa yang asli daripada santan kotak.
Daripada 5 biji kelapa dapat 5 bungkus yang putih,3 bungkus yang kerak.
Biasa yang kerak-kerak ni saya masak untuk gulai dan rendang..lagi banyak lemaknya.
Cara simpan
Simpan dlm freezer.
Manakala berbeza pula cara yang diamalkan oleh Norazila Husin. Menurutnya, dengan kaedah mengukus akan dapat pastikan kelapa parut boleh bertahan hingga berminggu lamanya.
Jom baca perkongsian daripadanya.
“Saya nak bagi tips cara simpan kelapa parut yang boleh tahan seminggu.. mungkin masih ada yang tak tahu kan..
“Suami saya ni suka beli kelapa parut banyak-banyak.. so yang balance tak habis saya kukus dan simpan dalam peti sejuk dengan bekas tertutup.. alhamdulillah boleh tahan seminggu dan lebih..”
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga baik suami mahupun isteri pasti mengimpikan zuriat bagi menyemarakkan lagi kasih sayang dan menjado penyambung generasi. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik. Ada yang dikurniakan zuriat awal, ada juga yang lambat. Semuanya bergantung kepada Yang Maha Esa.
Ikuti perkongsian puan Liyana Akmal bagaimana dia diajar oleh seorang ustaz tentang satu doa yang luar biasa untuk dikurniakan zuriat.
Satu ketika dulu saya selalu berdoa “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah.
.
Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu doa yang luar biasa oleh seorang ustaz ni.
.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa. Maka ustaz tu ajarkan saya alter doa saya. Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
.
Jadi kita lebih tenang dan redha ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.
.
Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
.
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
.
Amin.
.
Strukturnya doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yg saya share ni dapat sama2 kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun..
Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu… asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya…
dan kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reserve kan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah yang Maha mengetahui. jadi kita kena belajar untuk redha…
Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha… insya Allah.
Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah. Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.