Sayuran mempunyai khasiat yang tersendiri yang mampu merawat tubuh badan anda. Namun, ada beberapa jenis sayuran dan makanan yang dikatakan boleh mendatangkan kesan negatif pada tubuh.
Apapun penyakit yang anda peroleh selepas memakan sayuran ini adalah berpunca dari anda sendiri. Kemungkinan berpunca dari bakteria-bakteria yang ada disekeliling anda. Jadi, jangan persalahkan sayuran ini.
Nenas misalnya antara makanan yang agak digeruni terutama bagi mereka yang ingin dan sedang hamil. Kononnya, ia boleh menyebabkan keguguran. Namun, tiada sebarang bukti saintifik berkenaan hal tersebut. Bahkan, ada ibu mengandung yang mengambilnya namun tiada berlaku sebarang masalah pada kandungan.
Itu antara salah satu contoh mitos yang diturunkan dari dahulu sehingga sekarang. Tetapi bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Jika was-was jangan makan. Jom semak mitos lain dan faktanya:
Bawang Punca Badan Berbau?
Ads
Jangan takut untuk memakan bawang kerana, bawang bukan punca sebenar badan anda berbau. Bau badan akan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh badan seperti ketiak. Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuat anda berpeluh tetapi bukan berbau.
Biji Jambu Punca Sakit Usus?
Ada yang menyatakan bahawa memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Sebenarnya, penyakit usus ini terhasil disebabkan daripada bakteria patogen yang menjangkiti usus besar. Biji jambu tidak mungkin akan tersumbat dalam usus kerana biji jambu akan keluar apabila anda membuang air besar.
Timun Punca Keputihan?
Ads
Ramai kaum wanita tidak gemar memakan timur kerana ditakuti berlaku keputihan. Keputihan terjadi adalah berpunca alat sulit anda lembab dan sikap malas untuk menukar seluar dalam anda sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Timun dipercayai tidak mempunyai bahan yang menyebabkan keputihan.
Lemon Campur Kicap Punca Sakit Perut?
Ads
Jika ada pernah mendengar petua mengamalkan perahan limau nipis atau lemon bersama kicap mampu menghilangkan batuk, jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Sebenarnya, limau dan lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam limau nipis atau lemon. Ia tidak akan memudaratkan perut anda.
Buah Salak Punca Sembelit?
Ramai yang tidak memakan buah salak kerana dikhuatiri akan mengalami masalah sembelit. Buah salak sebenarnya mengandungi serat yang tinggi sehingga mampu melancarkan pembuangan air besar anda.
Bayam Punca Urat Timbul?
Memakan bayam atau pucuk ubi akan membuat urat anda timbul dan sakit? Jangan risau, ia sama sekali tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh badan malah sayur ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pembuangan.Sakit urat adalah berpunca daripada toksik yang bayak dalam badan dan pengambilan garam secara berlebihan.
Buah Nenas Punca Keguguran?
Tiada bukti menyatakan buah nenas mampu mengugurkan kandungan. Buah nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein dalam badan agar lebih mudah terserap dalam tubuh. Secara tidak langsung, janin mampu berkembang dengan baik kerana mempunyai zat yang mencukupi. Nenas juga mampu membantu mengurangkan masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan sakit jantung.
Sumber: Islam Itu Sempurna
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun Aqeef Anaqi, anak pasangan Amira Rosli dan Amar Bahrin yang hampir berusia 2 bulan ini masih belum muncul di kaca televisyen menerusi program The Adventures Of Aqeef Amyramar, namun kelibat anak comel ini sangat dinantikan peminat mereka.
Terdahulu Amar menerusi instagramnya mendedahkan nama bayi sulung mereka pada 9 Disember lalu, bersempena episod pertama, The Adventures Of Aqeef Amyramar yang mula disiarkan pada 6 Disember lalu.
Malah Amira sendiri mula menggunakan #Amyramaraqeef pada tarikh yang sama bersempena program ini yang disiarkan pada setiap Rabu, 9 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD, 123.
Walaupun baru berusia hampir 2 bulan namun kecomelan Aqeef terlihat jelas. Raut wajahnya perlahan-lahan memperlihatkan air muka mummy dan daddy tercintanya.
Semalam 16 Disember, satu majlis kesyukuran dan Cukur Jambul Aqeef Anaqi telah diadakan. Comelnya Aqeef ketika diraikan. Mari kita lihat kecomelan Aqeef ni.
Lihat gaya bersahaja Amira bersama Aqeef yang sentiasa mencuri hati peminatnya. Walaupun baru habis pantang, namun dia masih kekal cantik seperti dahulu.
Netizen tak kurang juga memuji kecomelan Aqeef dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Moga Aqeef membesar menjadi anak yang bijak dan sihat. Doakan yang baik-baik buat pasangan ini.
Jika sebelum ini untuk menyediakan menu berasaskan telur yang direbus kita biasa sediakan dengan resipi masak sambal, kari atau gulai, namun kali ini ada baiknya anda mencuba resipi yang dikongsikan ini dengan citarasa masakan Indonesia.
Resipi Telur Bumbu Kuning Pedas ini cukup istimewa dan menurut perkongsian Nurul Ateekah yang telah pun mencuba resipi tersebut, terbukti menu yang viral ini setelah dicuba menepati selera bahkan suaminya juga turut memuji keenakan masakan itu.
RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS (INDONESIA)
BAHAN-BAHAN:
Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
Serai 1 batang ( dikatok )
Lengkuas 3 cm dihiris
Tomato ( dibelah )
2 helai Daun limau purut ( dihiris )
1 helai Daun kunyit ( dihiris )
Santan fresh 700ml
Serbuk perasa
Garam
1-1½ cawan minyak
Bawang besar 1-2 biji ✨
Bawang putih 4 ulas ✨
Halia 3cm ✨
Kunyit hidup 3cm✨
Cili hijau 3 batang ✨
Cili padi hijau 10 batang ✨
Cili kering 7-10batang ✨
P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .
• Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda ✨
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul-betul panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .
2. Gunakan minyak yang sama , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .
3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan gaulkan dan masak sehingga sedikit kering
4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata
6 . Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .
Wawa Zainal dimasukkan ke hospital berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal daripada tarikh sepatutnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Aeril Zafrel menerusi laman Instagramnya.
“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang di beri. Doakan semuanya selamat,” tulisnya menerusi perkongsian terkini di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril turut memuatnaik gambar sterinya yang terbaring sambil berselimut
Menjengah ke ruangan komen, Rata-rata menitipkan dia semoga dipermudahkan urusan Wawa untuk melahirkan bayinya.
Wawa Dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia lebih setahun.