Komunikasi dua hala dalam satu-satu hubungan suami isteri memanglah amat penting. Jika tanpa komunikasi yang baik, si isteri atau suami terasa seperti hidup sendiri.
Balik rumah tak mampu nak kongsi masalah yang berlaku di tempat kerja. Malah ungkapan ‘bercakap dengan tunggul kayu’ sememangnya menjadi simbolik paling dekat untuk menggambarkan perumpamaan ini. Mahukah kita tergolong dalam situasi macam ni?
Berhadapan dengan masalah ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak namun tidak pada yang mengalaminya. Ia umpama penghadang paling kuat dalam rumah tangga kita. Memecahkan benteng kesunyian dalam rumah tangga ini pastinya satu kejayaan besar bagi kita.
Tip yang diberikan ini mungkin boleh mengubah suami jadi lebih peramah. Paling tidak dia mampu untuk bercakap dan lebih ramah daripada selalu. Mana tahu ia mampu memulihkan komunikasi kita yang sebelum ini hambar dan sepi.
1. Ringkaskan Ayat
Suami biasanya hanya akan menerima ayat yang ringkas dan tidak meleret atau panjang berjela. Sebaiknya gunakan ayat yang pendek dan mudah difahami suami. Elakkan tidak bercakap dengan suami walaupun tahu dia hanya akan mendiamkan diri. Jangan patah semangat, teruskan bercakap dan gunakan kelebihan anda. Ringkaskan ayat dengan sebaiknya.
2. Puji Suami
Pujian sememangnya pembuka jalan bahagia. Baik suami atau isteri, siapa pun akan suka dipuji. Jika pujian menjadikan suami anda lebih banyak bercakap daripada biasa, maka pujilah dia dengan ikhlas hati. Tarik perhatiannya pada sesuatu yang dirasakan mampu membuatkan dia gembira dan sekali gus berfikir akan pujian anda itu. Siapa lagi harus memujinya jika bukan isteri tercinta.
3. Buat Lawak
Walaupun anda bukan tergolong dalam wanita langsung tidak kelakar, berusahalah untuk mencipta suasana humor
4. Hantar Pesanan Cinta
Tanpa percakapan, komunikasi harus berterusan dalam apa cara sekalipun. Komunikasi moden seperti whatapps, wechat, facebook dan sebagainya yang begitu menjadi tren harus turut sama diikuti.
Bukan untuk komunikasi luar lain tetapi jadikan ia sebagai cabang untuk mengeratkan hubungan dengan suami tercinta. Menghantar kata-kata, gambar atau video yang kelakar dan berbau romantik misalnya mampu mengeratkan lagi hubungan. Jangan pula malu.
5. Ketepikan Soal Malu
Usah malu untuk memulakan langkah dalam apa jua perkara yang membolehkan hubungan menjadi lebih baik. Bertanya suami dan bercakaplah dengan lembut ketika bersama suami. Mungkin sedikit tetapi padat pengisiannya. Walaupun jawapan yang mungkin diterima daripada suami mungkin ringkas namun usahanya untuk menjawab sudah dianggap baik untuk anda.
6. Elak Leter dan Arah
Komunikasi yang baik sememangnya buat situasi jadi harmoni. Elakkan sama sekali berleter dengan jumlah perkataan yang banyak tanpa henti kepada suami. Situasi ini hanya akan membuatkan suami mengambil keputusan untuk berdiamkan diri. Jangan pula cuba mengarahkannya kerana kebanyakan lelaki tahu apa yang harus dilakukannya. Berlembutlah
7. Jaga Adab
Menjaga adab dengan suami haruslah menjadi perkara paling utama. Hormat dan gunakanlah perkataan yang sebaiknya dengan turut yang lembut lagi terpuji.
Penggunaan ayat yang baik dan dengan lantunan yang lembut pastinya buat suami suka dan ini akan menambahkan komunikasi lebih baik dengan suami. Ini juga akan lebih mengharmonikan rumah tangga anda.