Melihat rakan-rakan dan saudara mara sudahpun menimang cahaya mata, hati mana tidak sebak mengenangkan diri masih belum dikurniakan rezeki memiliki zuriat.
Lebih memilukan apabila sudah disahkan mengandung tetapi anak yang dikandung itu meninggal dunia.
Bagi yang pernah keguguran, pasti anda dapat menyelami perasaan tersebut kan? Bagaimana harapan dan kegembiraan setinggi gunung tiba-tiba musnah dalam sekelip mata.
@da_shu1237 org anak2mu menunggu di pintu syurga..berlari2 di taman firdausi..♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik
Baru-baru ini seorang wanita telah memuatnaik video mengenai kakaknya yang sedang berada di hospital untuk melahirkan anak ke-8.
Apa yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi TikTok @da_shu123 ini, adalah mengenai kecekalan kakaknya yang sebelum ini telah mengandung serta melahirkan sebanyak 7 kali namun kesemua mereka hanyalah dipinjamkan sementara olehNya dan menjadi ‘anak syurga’ bagi pasangan ini.
Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini
Mungkin ada dikalangan wanita yang pernah keguguran, mereka akan mengalami depresi dan trauma namun bagi kakak kepada pengguna Tiktok yang bernama Azimah ini, dia tidak pernah sesekali mengalah dan berusaha untuk memiliki zuriat.
Menjelang detik kelahiran bayi perempuannya itu, Azimah terpaksa ditidurkan kerana mengalami komplikasi uri melekat dan terpaksa dimasukkan 2 beg darah. Berkat kesabarannya dan suami, Azimat selamat melahirkan bayi perempuan walaupun usia kandungan itu baru mencecah 30 minggu.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Azimah di samping melahirkan rasa kagum atas kecekalan wanita ini dalam mengharungi dugaan memiliki zuriat.
MamaHadif
allahuakbar..kuat nya akak…saya yg ade dua org anak syurga pun rasa hilang semangat,tp bila pikir itu la penyelamat kita di akhirat nanti,sy redha..
Nor Shuhada M Jafri
Kuatnya seorang wanita dan juga yang telah bergelar ibu… Semoga yg ke 8 kuat dan sihat seperti ibunya. 💛
antyhaida
Sampai kn salam pd Kakak..cemburu dgn ketabahan dn kekuatannya. cemburu juga Ada anak2 yg sudah menunggu di pintu syurga
nurul99
SubahanaAllah MasyaAllah ada 7ank syurga.n akhirnya dpt ank didunia. subahanaAllah sgt kuat.mudahan Sy pun kuat&sabar ttc9y
Hidayah MD radzi
saya dah gugur sorg pon dah sedih sngt asik teringat.ni kan lagi 7..kuatnya semangat dia..
SofiHaya
Allah kak…7org…sya yg 3org ank tggu kat syurga pun dah mental..suami bw berubat merata sb sya xkuat..kak doakn sya kuat n da rezeki mcm kak jgk taw..
Mesti Baca :
- Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club