7 Cara Wanita Ni Urus Wang Gaji. Patut Pun Boleh Hidup Senang!

Share

Mungkin bagi follower figura kewangan Syafieqah A’lya ini sudah cukup sebati dengan setiap posting fbnya.  Penuh dengan perkongsian tip kewangan yang cukup bermanfaat dan mengujakan.

Postingnya sering menjadi viral, dan salah satunya adalah bila mana beliau dapat membeli rumah 5 bilik dan 5 bilik air, serta mempunyai kereta Subaru dalam usia yang muda!  Kisahnya cukup memberi inspirasi dan pastinya wanita ini cukup hebat merancang perbelanjaan wang gajinya.

Untuk itu,  jom kita ketahui antara tip kewangan yang dipraktikkan oleh icon kewangan ini.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan ‘bekal’  untuk kita mengurus kewangan dengan lebih bijak di tahun 2018  yang dikatakan lebih mencabar!

TIP KEWANGAN CARA  SYAFIEQAH A’LYA

1. Hari pertama dapat gaji, mula buat kira-kira. Tolak Komitmen yang wajib dibayar dan lebihkan bayaran sekiranya mempunyai lebihan.

2. Selepas menolak komitmen, saya akan tolak duit gaji saya untuk simpanan. Dan akan segera ke bank untuk masuk kan duit ke dalam ASB/ TH/ Sijil SSP/dll

3. Sekiranya masih mempunyai lebihan sedikit, baru saya reward diri saya seperti shopping sehelai baju kerja/ makan sedap-sedap.

4. Saya hanya tinggalkan duit cukup-cukup untuk belanja harian saya + duit minyak + toll untuk tempoh satu bulan.

5. Jarang pegang cash jumlah yang banyak dalam satu masa. Cara ini mampu tahan nafsu kalau ternampak/ teringin beli pakaian baru atau membeli sesuatu bukan untuk keperluan. Tengok wallet tinggal banyak duit color biru, jangan mimpi nak shopping lagi. Cukuplah sekali.

6. Saya terhadkan perbelanjaan barang dapur contohnya RM100. Saya akan masuk kan barang-barang yang ingin dibeli Dan termasuk lah makanan yang teringin nak makan. Saya Akan buat Kira-kira sebelum ke kaunter bayaran. Sekiranya berlebihan. Saya akan keluar kan yang mana tidak perlu. Cukup kan semula jadi RM100 atau kurang.

7. Saya bukan kedekut, Inilah Cara saya berjimat. Sampai pernah over budget sebelum gaji. Saya makan biskut tiap-tiap malam.

sumber :Syafieqah A’lya