Mungkin bagi follower figura kewangan Syafieqah A’lya ini sudah cukup sebati dengan setiap posting fbnya. Penuh dengan perkongsian tip kewangan yang cukup bermanfaat dan mengujakan.
Postingnya sering menjadi viral, dan salah satunya adalah bila mana beliau dapat membeli rumah 5 bilik dan 5 bilik air, serta mempunyai kereta Subaru dalam usia yang muda! Kisahnya cukup memberi inspirasi dan pastinya wanita ini cukup hebat merancang perbelanjaan wang gajinya.
Untuk itu, jom kita ketahui antara tip kewangan yang dipraktikkan oleh icon kewangan ini.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan ‘bekal’ untuk kita mengurus kewangan dengan lebih bijak di tahun 2018 yang dikatakan lebih mencabar!
TIP KEWANGAN CARA SYAFIEQAH A’LYA
1. Hari pertama dapat gaji, mula buat kira-kira. Tolak Komitmen yang wajib dibayar dan lebihkan bayaran sekiranya mempunyai lebihan.
2. Selepas menolak komitmen, saya akan tolak duit gaji saya untuk simpanan. Dan akan segera ke bank untuk masuk kan duit ke dalam ASB/ TH/ Sijil SSP/dll
3. Sekiranya masih mempunyai lebihan sedikit, baru saya reward diri saya seperti shopping sehelai baju kerja/ makan sedap-sedap.
4. Saya hanya tinggalkan duit cukup-cukup untuk belanja harian saya + duit minyak + toll untuk tempoh satu bulan.
5. Jarang pegang cash jumlah yang banyak dalam satu masa. Cara ini mampu tahan nafsu kalau ternampak/ teringin beli pakaian baru atau membeli sesuatu bukan untuk keperluan. Tengok wallet tinggal banyak duit color biru, jangan mimpi nak shopping lagi. Cukuplah sekali.
6. Saya terhadkan perbelanjaan barang dapur contohnya RM100. Saya akan masuk kan barang-barang yang ingin dibeli Dan termasuk lah makanan yang teringin nak makan. Saya Akan buat Kira-kira sebelum ke kaunter bayaran. Sekiranya berlebihan. Saya akan keluar kan yang mana tidak perlu. Cukup kan semula jadi RM100 atau kurang.
7. Saya bukan kedekut, Inilah Cara saya berjimat. Sampai pernah over budget sebelum gaji. Saya makan biskut tiap-tiap malam.
sumber :Syafieqah A’lya
5 Punca Ni Buat Anak Tak Dengar Cakap. Ibu Ayah Kena Alert.
Menjadi ibu bapa ni memang perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak dan tahu cara untuk mengendalikan sikap mereka.
Jika salah didik, segala perbuatan mereka akan memberi kesan kepada tingkah lakunya.
Oleh sebab itu, jika berlaku, anak ini akan dikatakan tidak beradab, tidak sopan atau menghormati ibu bapa. Mana taknya, bila bercakap atau suruh berbuat sesuatu tidak endahkan.
Menurut saudara Ammar Kamilin jika anak bersikap tidak mendengar kata, mereka perlu 5 perkara dalam diri. Bermakna inilah punca mereka bersikap begitu.
Ikuti perkongsian ini.
“Anak aku, bercakap dengan dia macam cakap dengan dinding. Apa yang aku ‘suruh’, sikit pun tak bergerak. Berbuih mulut, buat dek je!”
Parents,
Dia bukan tak dengar, cuma dia ‘buat pekak’. Dia bukan tak faham, cuma dia ‘tunjuk berontak’. Dia bukan tak nampak susah payah kita, cuma hati dia ‘tak rasa tertolak’.
Parents,
Saya percaya, antara asas Parenting adalah, ‘memberi perhatian’.
1.Attention.
2.Observe.
3.Caring.
3.Listen.
4.Touch.
5Persuade.
(tidak mengikut susunan)
Semua perbuatan di atas, memerlukan penggunaan deria manusia yang diupayakan sepenuhnya.
Manusia yang normal, memerlukan perhatian. Digelar ‘makhluk sosial’, sukar bagi seseorang untuk melakukan semua perkara sendirian tanpa bantuan. Apatah lagi, anak-anak yang belum berkemampuan.
Anak-anak yang tidak diberi perhatian penuh, lambat laun akan terdidik sampai dia juga tidak peduli apa berlaku di sekitarnya.
*Attention.*
Dia melompat-lompat atas sofa di ruang tamu. Ini perbuatan kurang adab. Jika tidak ditegur, bagi dia, ini OK.
Panggil dia, beritahu ‘common sense’ mengapa perbuatan itu kurang adab.
Ada orang kata, nama pun sudah ‘common sense’, jadi pandai-pandailah ‘sense’ sendiri.
Eh, ‘sense’ ini perlu diajar dulu. Bukan tiba-tiba kejadiannya. Yang namanya ‘Common sense’, berbeza-beza mengikut adat, budaya, anutan, geografi, latar keluarga dan banyak faktor.
Memegang kepala bagi Pak Arab, mungkin biasa saja. Bagi orang Melayu, pantang besar!
Jadi, mahu didik ‘common sense’, kena beri perhatian (attention) kepada apa yang anak lakukan. Jika, dibiar saja, habislah ruang belajar itu.
*Observe*
Gunakan mata untuk pantau tingkah laku anak. Kalau boleh, mata berpusing 360° melihat setiap sudut. Tapi, memang mustahil.
Jadi, boleh pinjam mata orang lain.
Jiran-jiran. Guru-guru. Kawan anak di sekolah. Kawan perumahan. Saudara mara.
Gunakan mata semua orang.
Maksudnya, apa saja yang mereka ‘report’, tak perlu cepat melompat. Jiwa mau besar. Anak kita memang malaikat di rumah dan dia boleh jadi entiti lain di luar rumah.
Hargai ‘feedback’ orang lain tentang anak kita. Mana yang baik, puji perbuatannya. Mana yang buruk, nasihat dan tunjuk cara sebaiknya.
*Caring*
Ada banyak cara untuk tunjuk kita ambil berat soal anak.
Bagi yang sedang belajar untuk peperiksaan, dibuatkan air oren ais dan diletak di meja study mereka. Fuh, seronok dia.
Yang muka sudah penuh jerawat, berangan mahu meminang anak orang, jika ada sesi ‘pillow talk’ dengan mereka, boleh reda gelojak rasa mereka.
*Listen*
Ini perkara senang yang ramai ibu bapa tak tahan mahu berlama-lama. Mendengar ni, tadah telinga saja, tapi panjangnya cerita anak, sampai menguap seluas tudung saji!
Kebanyakan kita kurang sabar. Cerita belum habis, kita sudah ada skrip nasihat mahu dilontarkan. Anak baru sebut, “Kenapa…”, kita sudah suruh diam. Jangan banyak tanya.
Bagaimana anak mahu belajar jadi pendengar yang baik, jika kita sendiri culas mendengar?
Lepas tu, mahu komplen nasihat kita, anak tak mahu dengar.
*Touch*
Sudah sentuh anak pagi ni?
Cuit-cuit saja?
Peluklah! Ketat-ketat.
Cium, sampai hangat.
Cintakan sesuatu yang perlu sentiasa diperhangat.
Sentuhan adalah medium perantara.
Benda kita suka, mesti mahu sentuh kan?
Benda tak suka yang dikuis-kuis.
Bagi isyarat pada anak, kita suka mereka dengan sentuhan.
*Persuade*
Kebanyakan masa, anak tunggu dipujuk.
Dia buat benda salah, untuk tarik perhatian.
Selepas dapat perhatian, kita marah.
Kena marah, mereka merajuk.
Merajuk, dah kena pujuk.
Pujuk orang kena marah, asbab buat benda salah, ada seni.
Kita taknak pujuk, sampai dia ingat, benda tu tak salah pula.
Kita pujuk, sebab kita mungkin terlebih kata. Benda dia buat salah, tetap salah.
Jadi, jelaskan 2 perkara berbeza ni pada anak.
“Apa awak buat, memang salah. Jangan ulang lagi.
Tapi, maafkan mama, jika kata-kata mama, menyinggung perasaan awak.”
Ada 2 mesej.
1. Dia buat salah, tetap salah.
2. Salah, perlu minta maaf (mama tunjuk melalui cakap dan perbuatan memujuk)
Jadi, dia belajar 2 perkara.
1. Akui kesalahan dan ubah.
2. Rendahkan ego dan minta maaf.
*****
Parents,
Aktifkan panca indera kita untuk memberi sepenuh ‘Perhatian’.
Sama-sama amalkan!
-Ammar Kamilin-
Dah 3 hari tak cium anak. Rasa, lost world.
#ParentThinkStory
Ikut 5 Konsep Mak ‘Malas’ Ini, Untuk Anak Supaya Jangan Jadi Raja Di Rumah. Win Trik Ni!
Nak didik anak tentang tanggungjawab dan displin ni kena tegas, tapi kadang kena juga memetir pada anak-anak yang tak dengar cakap.
Memang tidak dinafikan kadang hilang sabar dengan anak-anak. Tapi demi memastikan sikap displin dan tanggungjawab ada dalam diri, ibu ayah kena kental dalam mendidik anak-anak.
Misalnya menyuruh mereka membuat tugasan mengemas rumah termasuk menyapu dan mop lantai, basuh pinggang, buang sampah atau basuh tandas.
Ibu mana yang tidak kesian pada anak-anak, kesian melihat mereka penat cuci sana sini, tapi inilah cara untuk kita didik mereka menjadi orang yang berguna.
Sebagaimana perkongsian ini yang menggunakan trik ‘mak malas’ untuk mendidik anak-anak. Sebenarnya bukan mak malas, tapi mak nak didik anak jadi ‘orang’ bila besar nanti.
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’
#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak main
Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja.
Kredit : Pesan mak ‘malas’, Ummu Ilham
Bawa Kucing Balik Kampung Ni Tips Bagi Selesa. Confirm Tak Buat ‘Hura Hara’ Sepanjang Perjalanan!
Bagi keluarga yang memelihara kucing selalunya akan rasa serba salah jika terpaksa meninggalkan kucing di rumah bila bercuti panjang terutamanya di musim perayaan ini.
Andai kata diletak di boarding/hotel kucing pula hati tetap rasa tidak senang, apatah lagi bila selalu sangat dengar pengalaman kurang menyenangkan daripada orang lain. Ada sahaja masalahnya jadi terus ambil jalan selamat dengan bawa bersama kucing pulang ke kampung.
Orang kata senang, kucing sentiasa ada depan mata!
Jadi buat anda yang mengambil keputusan untuk bawa si bulus pulang ke kampung, bolehlah praktikkan seperti tips yang dikongsikan oleh Klinik Haiwan Dkaz untuk dijadikan panduan bersama.
Tips Bawa Kucing Balik Kampung
- Kenali kucing kita sendiri, adakah kucing mudah takut, motion sickness, tenang dan sebagainya. Ini paling penting dalam persediaan untuk membawa kucing menaiki kenderaan demi keselamatan mereka dan kita.
- Sebelum perjalanan jauh, bawa kucing beraptai menaiki kenderaan untuk perjalanan jarak dekat seperti pergi ke 7E berdekatan rumah. Mulakan sesi raptai ini lebih awal. Paling kurang pun 3 hari sebelum perjalanan sebenar. Paling baik, 2 minggu sebelum perjalanan sebenar.
- Jika kucing jenis sangat penakut, maka jelas sekali kucing memerlukan ‘pertolongan’ untuk membuatnya tenang. Mohon bawa ke berjumpa Vet bagi mendapatkan nasihat yang sesuai.
- Paling baik, kucing diletakkan di dalam carrier sepanjang perjalanan.
- Tutup sebahagian ruang terbuka carrier supaya kucing lebih tenang.
- Seeloknya mulakan perjalanan di malam hari kerana suhu yang lebih sejuk. Kucing mempunyai suhu badan normal yang lebih tinggi dari manusia. Dan, mereka tak mampu membebaskan haba seperti kita. Jadi, mereka lebih mudah terkena strok haba.
- Elakkan memangku kucing di atas riba jika terpaksan bertolak pada cuaca panas. Ini akan membuatkan kucing lebih mudah terkena strok haba.
- Sebaiknya, seekor kucing, satu carrier. Ini bagi mengelakkan kucing yang mudah upset bila nervous mencederakan kawannya.
- Puasakan kucing dari makan dan minum 2 jam sebelum perjalanan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan muntah dengan banyak.
10.Sediakan barangan keperluan mereka dengan secukupnya lebih awal. Bawa segala dokumen berkaitan kucing sebagai langkah berjaga-jaga.
11.. Simpan semua alamat dan nombor telefon Klinik Veterinar yang beroperasi semasa Raya yang terletak sepanjang perjalanan balik kampung. Ini akan memudahkan kita jika ada kecemasan berkaitan kucing berlaku dakam perjalanan.
- Seeloknya, bawa sekali sangkar kucing yang cukup besar untuk menempatkan kucing di kampung. Elakkan melepaskan kucing bebas di kampung kerana kebanyakan kucing yang tak biasa di tempat baru akan menghilangkan diri tanpa dikesan. Kucing memerlukan 2 minggu untuk menyesuaikan diri dan ‘ingat’ tempat baru.
- Jika mahu berhenti untuk makan, berehat atau solat sepanjang perjalanan , elakkan sama sekali meninggalkan kucing di dalam kereta apalagi dalam cuaca panas. Jika terpaksa, cari parking redup dan buka sedikit tingkap kereta.
- Tempatkan kucing di tempat paling sejuk di dalam kereta. Elakkan tempat yang tak terkena aircond.
- Sediakan leash kucing. Ini penting jika kucing ‘membuang dalam carrier mereka. Pastinya kita ingin cuci carrier dan juga kucing yang terkena kotoran. Pasangkan leash sebelum pintu kereta dibuka atau membawa mereka ke tandas. Pastikan leash kukuh dan dipegang kemas supaya kucing tak mudah terlepas.
- Beri kucing minum jika nampak tanda-tanda mereka kepanasan. Contohnya, panting dan air liur meleleh.
- Di kampung, elakkan kucing dilatakkan di tempat yang sibuk, di mana ramai yang akan lalu lalang. Mereka yang sudah pun stres akan bertambah stres dengan kehadiran orang baru.
- Pastikan kucing sudahpun diberikan ubat kutu dan ubat cacing sebelum ke kampung. Walaupun kucing dikurung, ini tidak menjauhkan mereka dari terkena kutu dan sengkenit. Kerap kali kes kucing dihinggapi kutu lembu jenis ticks apabila berada di kawasan yang ada ternakan.
- Bawa sekali ubatan mereka dan jangan lupa memberi mereka ubatan mengikut masa yang ditetapkan walaupun kita sibuk dengan urusan persiapan Raya.
- Sampai sahaja di kampung, berikanlah kucing makanan yang mereka paling suka untuk mengurangkan rasa stres mereka. Fan, kucing akan rasa seperti diberi reward setelah melalui pengalaman yang mungkin pahit bagi mereka, iaitu berada di dalam kereta.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- Takut Dibuang Emak, Anak Ni Terus Namakan Kucingnya Tupperware. Bijak Sungguh!
- “Kau Sayang Sangat Kat Kucing. Sebab Tu Allah Tak Bagi Rezeki Anak”. Tu Antara Cakap-cakap Orang Pada Pasangan Ni Bila Belum Dikurniakan Zuriat!
- Buatkan Bilik Kucing Cantik & Tak Berbau. Wanita Ni Kongsikan, Boleh Follow!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club