7 Cara Sempoi Nak Displin Diri Kumpul Duit, Ramai Tahu Tapi Susah Nak Buat. Deep!

Share

Mempunyai wang simpanan adalah perkara yang penting untuk kestabilan kewangan sendiri. Ramai di luar sana telah cuba untuk menabung tapi akhirnya kecundang untuk melakukannya.

Selalunya kita akan mencari cara menyimpan duit atau menabung yang berkesan. Sebenarnya nak menabung ni kena betul-betul ada semangat untuk menyimpan. Kalau tak memang hasrat tak capai.

Begini 7 cara sempoi menabung 

1 Tetapkan matlamat tabungan anda
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan? Jika ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat. Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

2. Tukar Gaya Hidup
Ramai antara kita suka gaya hidup yang mahal walaupun gaji cukup-cukup makan. Sepatutnya kita ubah gaya hidup dengan cara sederhana sahaja. Percutian memang diperlukan tetapi jika terlampau kerap, anda mungkin tidak dapat berjimat dan menyimpan. Amalkan “staycation” iaitu berehat dan melakukan aktiviti kegemaran di rumah.

3.Simpan rekod perbelanjaan anda
Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.

Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.

4. Menyimpan Sedikit-Sedikit
Mungkin ada antara kita yang merasa menyimpan duit sebanyak RM300 atau RM400 sebulan itu terlalu tinggi. Ia sukar dilakukan. Jadi simpan sikit-sikit namun konsisten.

Mungkin anda boleh menyimpan sehari RM1 atau RM2 dalam tabung. Masukkan ia dalam akaun simpanan atau Tabung Haji pada hujung bulan.

Dah ada duit lebih sikit, bolehlah tambah duit simpanan setiap bulan. Kalau boleh jangan simpan di satu tempat sahaja. Boleh juga simpan di ASB. Sekurang-kurangnya dapat juga dividen setiap tahun.

5. Berhenti menggunakan kad kredit

Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.

Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata. Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.

6. Hapuskan hutang terlebih dahulu
Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda. Anda akan mendapati bahawa menghapuskan h utang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.

7. Makan Di Rumah
Sebenarnya tak salah makan di luar. Cuma jangan setiap hari makan di luar. Kalau nak jimat banyak, elok korang makan dekat rumah je. Masak sendiri.

Susun jadual harian kita dan tetapkan masa untuk memasak di rumah. Pada zaman yang serba mencabar dari segi ekonomi, makan di luar memakan kos yang tinggi. Setiap wang yang anda jimatkan ketika memasak di rumah, simpannya dalam akaun.

Apa yang jelas, simpanan itu mampu untuk membantu kita menghadapi perkara yang tidak dijangka, dan memberi anda jaring keselematan untuk masa hadapan. Moga istiqomah.