7 Cara Paling Senang & Cepat Hilangkan Rasa Sakit Terkena Minyak Atau Air Panas!

Share

Walau pun memasak itu menjadi antara perkara biasa yang dilakukan oleh ramai ibu hingga menjadikan mereka begitu pakar dan mahir. Pun begitu, tidak dinafikan terkadang saat memasak terjadi juga kemalangan seperti tiba-tiba terkena percikan minyak panas atau pun tertumpah air panas.

Hal ini bila terjadi pastinya perlu dirawat dengan secepat mungkin. Jika ingin bergegas mendapatkan rawatan tentu sahaja mengambil masa yang agak lama di perjalanan.

Oleh itu, sebaiknya ikhtiarkan kaedah tradisional bagi meredakan kesakitan dengan segera sebelum mendapat rawatan yang selanjutnya. Jom semak caranya!

1. Lidah buaya

Ambil lendir daun lidah buaya atau juga dikenali dengan Aloevera. Campurkan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas.

2. Kapur sirih

Ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian kulit yang telah melecur. Biarkan kapur sirih tersebut kering. Lakukan berkali-kali, bukan sahaja mengurangkan rasa sakit malah kesan lecur juga boleh dikurangkan.

3. Serbuk kopi

Redakan rasa sakit dan pedih dengan meletakkan serbuk kopi pada bahagian yang terkena percikkan minyak panas atau air panas.

4. Pelepah pisang

Ambil pelepah pisang dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur. Ia dapat membantu melegakan kesakitan dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.

5. Telur

Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur tadi. Lakukan berkali-kali sehingga kurang rasa sakitnya.

6. Tepung

Segera lumurkan dengan tepung pada bahagian kulit yang melecur dengan berhati-hati. Dikatakan tepung boleh membantu agar kulit tidak melepuh.

7. Ubat gigi

Sapukan ubat gigi di bahagian yang melecur dan biarkan hingga kering. Kulit akan terasa lebih selesa dan pasti tidak akan menggelembung berair.