Tumit kaki kering dan pecah-pecah mungkin semua antara kita pernah alami.  Namun jika dibiarkan lama kelamaan akan menjadi lebih teruk. Tambah membimbangkan jika ada kesan-kesan hitam pada rekahan tersebut. Tentunya akan membuatkan sesiapa pun tidak selesa melihatnya.

Untuk itu, segeralah rawat dengan 7 petua ini. Dan salah satunya telah pun diamalkan oleh Siti Norsyafika Amran dan terbukti berkesan.

#1 Listerine,cuka & air

Ini Perlu Buat:

  1. Sediakan campuran satu cawan Listerine, satu cawan cuka putih dan 2 cawan air.
  2. Rendam kaki di dalam bahan campuran tadi selama 15 minit.
  3. Setelah itu, gosokkan kaki menggunakan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
  4. Bilas dengan air bersih.
  5. Keringkan kaki dan guna pelembap untuk melembapkan kaki.

 #2 Tepung beras, madu dan cuka epal

Ini Perlu Buat :

  1. Gosok tumit dengan campuran 3 sudu tepung beras, satu sudu madu dan 2-3 sudu cuka epal.
  2. Kacau bahan-bahan tersebut untuk membentuk pes.
  3. Rendam kaki anda dalam air suam selama 10 minit, dan gosok lembut dengan menggunakan pes untuk menghilangkan kulit mati.
  4. Ulangi proses 2-3 kali seminggu.

#3 Pisang

Ads

Ini Perlu Buat :

  1. Lumatkan dua biji pisang yang telah masak ranum.
  2. Perlahan-lahan gosokkan bahan tersebut di tumit kaki selama 20 minit.
  3. Selepas 20 minit, bilas kaki anda dengan air bersih.
  4. Ulangi setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

#5 Minyak sayuran

Ini Perlu Buat :

  1. Bersihkan kaki terlebih dahulu.
  2. Kemudian keringkan kaki dengan menggunakan tuala lembut.
  3. Sapukan minyak sayuran pada bahagian tumit yang bermasalah.
  4. Pakai sarung kaki yang bersih dan biarkan semalaman.
  5. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

#6 Gel Aloe vera/ lidah buaya

Ads

Ini Perlu Buat :

  1. Rendam kaki dengan air suam dan gosok menggunakan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
  2. Keringkan kaki dan kemudian sapukan lapisan aloe vera yang tebal pada kaki anda.
  3. Pakai sarung kaki dan cuci dengan air suam pada keesokan paginya..
  4. Ulangi setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.

Manakala melalui perkongsian Siti Norsyafika Amran  di dalam akaun fbnya, dia amalkan petua menggunakan limau dan garam untuk hilangkan kesan tumit kaki merekahnya dan kesan dapat dilihat dengan begitu cepat. Jom semak!


Tips tumit merekah bersinau dalam 5 minit hanya guna 2 barang je

7 Cara Hilangkan Kesan Tumit Kaki Merekah & Wanita Ni Amalkan Satu Daripadanya. Memang Menjadi!

Ads

Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak

Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. malu sungguh!

datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. mudah dan senang. anak2 tido mommy2 boleh la belai2 tumit

7 Cara Hilangkan Kesan Tumit Kaki Merekah & Wanita Ni Amalkan Satu Daripadanya. Memang Menjadi!

 

https://www.facebook.com/sitinorshafika.amran/videos/1688250967887109/

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI