Apabila bergelar ibu bapa pastinya mendidikan anak adalah cabaran yang sukar lebih-lebih lagi apabila anak meningkat remaja.

Melalui FB milik Dr Hana Hardzami, beliau berkongsi panduan mendidikan anak remaja oleh ceramah Ustazah Norhafizah Musa & Prof Muhaya.

7 Cara Didik Anak Remaja Oleh Ustazah Norhafizah Dan Prof Muhaya. Wajib Tahu.

Perkongsian Panduan Mendidik ANAK REMAJA:

1. Anak-anak adalah CERMIN ibubapa. Jika imej di cermin itu buruk, jangan dipersalahkan atau dipecahkan CERMIN tersebut. Malah ibubapa perlu BERTAUBAT dan MEMPERBAIKI diri sendiri. Ada bahagian kita dalam setiap kepincangan peribadi anak-anak.

Ads

2. Untuk merubah tingkah laku negatif kepada positif pada anak-anak, usah diperbesarkan tingkah laku negatif itu, tetapi BERILAH PERHATIAN kepada setiap tingkah laku POSITIF mereka. Carilah walaupun sekecil mana pun.

3. Berilah PUJIAN REALISTIK kepada setiap perkara positif yang anak-anak lakukan. Elakkan memberi pujian kosong atau melampau kerana ianya hanya akan memakan diri sendiri. KEMBALIKAN SETIAP PUJIAN KEPADA TUHAN, supaya anak-anak sedar yang bakat adalah ANUGERAH daripada Tuhan yang Maha Memiliki dan boleh ditarik bila-bila masa.

4. Bantulah anak-anak untuk MENGENALI DIRI MEREKA sendiri. Tumpukan kepada BAKAT dan KELEBIHAN yang mereka miliki. Jangan sampai anak-anak menanti bakat yang bukan-bukan dicungkil oleh orang lain seperti kawan-kawan yang liar. Tunjukkan yang kita menghargai kelebihan anak-anak.

Ads

5. Kebanyakan anak remaja cenderung meminati perkara yang ibubapa kurang berkenan. Contohnya budaya K-pop, muzik Rock atau Heavy Metal, anime dan sebagainya. Tidak kira betapa menyirap pun perasaan kita, raikanlah minat anak-anak selagi ianya TIDAK MELAMPAUI BATAS AGAMA.
Memperlekehkan minat mereka hanya mengundang isolasi dan rasa benci serta menyebabkan sukar untuk kita mendekati hati anak-anak. Adalah lebih bijak jika kita lorongkan minat mereka ke arah perkara yang positif tanpa menyinggung perasaan mereka.
Kita sendiri pernah muda suatu masa dulu dan mempunyai minat yang mengarut juga!

6. KENALI dan HARGAI SAHABAT anak-anak. Banyak kelebihannya. Disamping boleh mengenali jenis sahabat yang didampingi anak kita, ianya juga menimbulkan perasaan dihargai pada anak-anak.

7. Akhir sekali, perkara terpenting adalah banyakkan BERSABAR serta MEMANJATKAN DOA kepada Tuhan yang MEMEGANG SETIAP HATI MANUSIA agar diperbaiki kekurangan kita dan dibantu perelokkan akhlak anak kita. Panjatkan doa setiap masa, terutama pada waktu-waktu mustajab. Tiada doa yang ditolak, apatah lagi doa ibubapa untuk anaknya.

Ads

(Cerapan dari ceramah Ustazah Norhafizah Musa & Prof Muhaya)

 

Kredit: Dr Hana Hardzami

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI