Cuaca panas yang berterusan menjadikan penyaman udara atau ‘air conditioner’ bagaikan suatu ‘keperluan’ pada pada kediaman masa kini.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus meningkatkan bayaran bil setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Ads
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
Ads
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Ads
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak menjaga kedua ibu bapa yang sakit terlantar atau (bedridden).
Menurut Aisyah ayahnya sakit saraf sejak tahun 2021 manakala si ibu pula diserang strok mini pada tahun 2022.
Tidak dapat dinafikan menjaga pesakit yang terlantar bukanlah satu perkara yang mudah.
Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat mereka tambah lagi jika ingin membersihkan badan atau ke tandas.
GUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK BERGERAK
Aisyah berkongsi akaun TikTok miliknya cara dia menguruskan kedua ibu bapanya yang terlantar dengan menggunakan ‘hoist crane’.
Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat Aisyah menggunakan alat kawalan tersebut untuk membantunya mengangkat dan mengalihkan ibunya dari atas tilam ke kerusi roda.
Walau bagaimanapun, Aisyah juga memerlukan bantuan daripada abangnya yang turut menjaga kedua ibu bapanya setiap kali ingin memasukkan ibu ke dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi video lain yang turut dikongsikan olehnya Aisyah menunjukkan dia juga ada membina katil DIY bersaiz queen dengan menambah roda untuk memudahkan dia menguruskan ibunya.
Dia menjelaskan bahawa alat kawalan hoist crane itu turut dibeli di atas talian.
“Hoist crane tu saya beli di Shopee, lepas tu minta tukang rumah pasangkan,” jelasnya yang juga merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh melihat kegigihan Aisyah dan abangnya menjaga kedua ibu bapa mereka.
Di ruangan komen terdapat yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama.
Ada juga yang memuji mereka orang yang hebat kerana tidak semua orang mampu menjaga ibu bapa sama ada dari segi fizikal, kewangan dan masa.
“Aku tengok video TikTok ni mengalir air mata jantan aku..”
“Saya jaga nenek saya sekarang macam ni lah, dia tak ada sakit kronik cuma dia tak ada kaki sebelah je. Setiap kali buat pemeriksaan macam nilah saya angkat sorang….”
“Saya tahu macam mana rasanya jaga orang sakit.. saya pernah rasa jaga adik strok, nak angkat punya payah sebab badan dia tak ada daya”
Setiap wanita yang berkahwin akan memberrikan layanan yang terbaik buat suami tercinta. Bagi isteri yang bekerjaya, masa tetap diluangkan untuk memasak buat hidang seisi keluarga. Apa yang pasti, air tangan adalah pengikat kasih kebahagiaan keluarga.
Sebagaimana perkongsian Fasha Sandar di instagramnya yang telah muat naik menu masakkan untuk suami dan ahli keluarganya. Beliau juga melahirkan rasa syukur dengan sikap sederhana suaminya yang tidak berkira mengenai menu masakan ringkas. Hanya kos bawah RM20, hidangan yang dimasaknya sendiri siap untuk dihidangkan.
SYUKUR SUAMI TAK CEREWET
Kos memasak bawah RM20 ni boleh makan utk 8 orang. Syukur sbb dapat suami yang tak macam2. Tekak dia pun sama ja, dia kata kering2 pun boleh makan. Tak wajib berkuah utk dia. Senang keja isteri. Masak simple2 ja pun dia kata sedap (amik hati kot. ) Apapun kita semua kena bersyukur. Yang penting, nak bagitau pekasam tu daripada kesayanganku @chentasuci. Pekasam Paling Sedap di dunia. .
Dalam pada itu, dalam ruangan komen suaminya, Aidil Aziz memuji masakan Fasha bahawa biar ringkas tetapi sedap. ” Simple but nice.”
Seterusnya di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji sikap primadona ini yang rajin memasak dan pandai menguruskan rumahtangga. Nyata pasangan serasi ini sedang menikmati bahagia sejak bergelar suami isteri sejak mendirikan rumahtangga tanggal 29 Mac lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pagi-pagi rushing nak pergi kerja sampai tak sempat nak breakfast? Penat fikir idea untuk breakfast yang cepat?
Sebenarnya ada banyak je resepi breakfast yang mudah dan cepat. Nak atau taknak buat je, betul tak?
Jom kita cuba resepi blueberry oat pancake. Bancuhan dia boleh prepare malam sebelum pergi kerja. Boleh simpan dalam peti sejuk.
Pagi sebelum ke kerja, tinggal nak masak je. Kalau tak sempat nak makan sekali pun, at least boleh bawa ke tempat kerja.
Jom tengok resepi di bawah yang dikongsikan oleh Kakak Faa di Cookpad.
RESEPI BREAKFAST MUDAH DAN PANTAS
BAHAN UTAMA:
-1 cawan oat mix (campuran oat, kekacang, kelapa dan buah kering)
-1 cawan susu segar
-1 sudu besar cuka
-1/2 cawan blueberry (boleh ganti dengan pilihan buah berry lain)
-Mentega yang dicairkan, anggaran 2 sudu besar
-1 sudu besar mentega (sejuk)
-1 cawan madu
BAHAN KERING:
-1/2 cawan tepung gandum
– 1 sudu besar baking powder
-1/2 sudu kecil baking soda
-1/2 sudu kecil garam halus
-1/2 sudu kecil cinnamon powder
BAHAN BASAH:
-2 biji telur (saiz B/C)
-1 sudu besar minyak masak
-1 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula buat buttermilk. Gaul susu segar dan cuka dan peram 1 jam. Kemudian gaul oat mix dengan buttermilk. Biarkan dalam 15 minit.
2. Kemudian gaul bahan basah sehingga gula larut dan letak tepi.
3. Gabungkan semua bahan kering. Gaul sebati sampai tak berketul.
4. Masukkan adunan bahan basah kedalam adunan oat. Kacau hingga sebati.
5. Tambah adunan kering, kacau sedikit, tambah blueberry. Gaul balik hingga sebati. Jangan kacau terlalu kuat dan terlalu lama, nanti pancake tak gebu dan liat macam gummy. Cukup nak ratakan dia je.
6. Panaskan sedikit minyak dalam non stick pan. Letak adunan pancake 3 sudu besar dengan api yang kecil sahaja. Biar sehingga keliling pancake keluar bubbles. Terbalikkan pancake. Biar beberapa minit dan angkat. Ulang sehingga adunan pancake habis.
7. Siap dan hidangkan panas panas dengan hirisan butter dan madu/maple syrup.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.