Cuaca panas yang berterusan menjadikan penyaman udara atau ‘air conditioner’ bagaikan suatu ‘keperluan’ pada pada kediaman masa kini.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus meningkatkan bayaran bil setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Ads
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
Ads
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Ads
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menu ayam goreng kunyit, menu ringkas yang bukan sahaja anak-anak menggemarinya malah kita sebagai orang dewasa juga cukup menyukai menu nan satu ini. Apatah lagi jika dimakan bersama sambal dan kicap lemak manis. Cukup sempurna gabungan rasanya!
Pun begitu, sering juga kita berasa hampa saat menyediakan menu ini bila mana rasanya tidak sebagaimana dijual digerai-gerai. Mungkinkah ada ramuannya yang tersendiri?
Membongkar apakah ramuan dan cara memasak hingga dapat menghasilkan rasa ayam goreng kunyit yang enak, perkongsian daripada Haja Saleh ini diharap dapat membantu.
Ayam goreng kunyit mudah, sedap !
Lama betul tak share resipi kan. Ayam Goreng kunyit ni kira feveret anak anak termasuklah bapak dia sekali, senang cepat tapi tetap sedap!
Jom cuba resipi ni
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu Banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya)
Cara caranya:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah agak halus bahan-bahan kat atas boleh masak sekejap atas API. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap Dalam 5-8 minit.
Siap!
Boleh makan dengan nasi panas renjis-renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Pelakon jelita Datin Intan Najuwa yang kini sedang hamil anak pertama memaklumkan dia bakal terbang ke London untuk membeli barang keperluan bayi tidak lama lagi.
Semuanya untuk menyambut buah hati tersayangnya dan suami yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Intan yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama, berkongsi perkara tersebut di akaun Instagramnya.
Tambah Intan lagi, dia dan suami tidak sabar untuk menimang cahaya mata malah teruja untuk berkongsi pilihan barangannya ketika di London nanti.
Bahkan Intan juga turut mendapatkan pelbagai idea melalui Pinterest untuk memilih kelengkapan buat bayinya.
“Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda (pengikut) semua.
“Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pinterest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan,” tulisnya teruja.
Tambah Intan lagi, dia dan suami juga sudah membeli beberapa barangan di Malaysia, manakala selebihnya akan dibeli di luar negara.
“Saya menyediakan keperluan bayi sedikit demi sedikit kerana saya akan berbelanja di London.
“Malah minggu depan saya juga akan ke Sepanyol untuk membeli-belah barangan bayi,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman mendirikan rumahtangga pada Ogos tahun lalu. Intan mengumumkan dirinya hamil pada Julai lalu.
Gelagat si kecil bernama Jebat Jayden ini sering mencuri perhatian ramai. Ada sahaja kaletahnya yang mencuit hati, lebih-lebih lagi percakapan dan loghatnya sentiasa mencuit hati.
Anak kepada Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad ini meraih perhatian warganet menerusi rakaman terbaru ditiktok yang dimuatnaik apabila ibunya.
Menerusi video tersebut, kelihatan mereka sekeluarga sedang menunaikan solat berjemaah. Video yang berdurasi 17 saat itu memperlihatkan Jebat turut sama berjemaah dengan ibunya Nabila dan juga ayah tirinya, Engku Emran. Lucunya gelagat Jebat yang dilihat beberapa kali asyik membetulkan kopiah yang dipakai.
Adat si kecil memang suka memerhati, sepanjang solat juga dia berkali-kali menoleh ke arah ibu dan ayahnya yang sedang kusyuk solat di sebelah.
Sememangnya anak-anak seusia Jebat walaupun masih kecil namun sifat ingin belajar menebal dalam diri.
Begitu juga dengan Jebat, nampak comel kan apabila mahu mengikut ibu dan ayahnya solat. Lebih-lebih lagi ketika nak sujud, sampai terlentang atas sejadah untuk sujud. Lucu betul gelagatnya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...