Baik buruk tinggal sebumbung dengan mentua hanya mereka yang melalui pengalaman itu sahaja yang memahami. Tentu sahaja tak akan sama, dan setiap seorang punya kisahnya yang tersendiri.

Meskipun begitu, di sini dikongsikan bagaimana pengalaman seorang wanita ini yang tinggal bersama mentua, bukan setahun dua tapi enam tahun lamanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita memahami asam garam hidup sebumbung bersama keluarga mentua.


Hampir 6 tahun saya tinggal sekali dengan mentua. Memang banyak suka duka di dalamnya.

Kisahnya, adik-beradik suami saya semuanya lelaki. Part yang paling rasa tak selesa ialah aurat.

Dalam bilik pun pakai tudung. Apa taknya, anak-anak ni bukan faham bahasa. Keluar masuk bilik selamba saja kuak pintu seluasnya.

Daripada kau menggelabah cari tudung, lebih baik kau pakai saja sepenuh masa. Sampaikan suami saya tegur, “solehahnya isteri abang. Tidur pun pakai tudung.”

Part hubungan dengan mentua, saya memang takde masalah. Menjeruk rasa sekali-sekala, itu biasa.

Iyalah, dah namanya tumpang rumah mentua. So, you have to act like one. Buatlah bagaimana adabnya orang menumpang.

IKLAN

Time masak, kau joinlah sekaki. Menyibuk saja di situ walaupun hakikatnya kau sekadar potong-potong atau sekadar membawang.

Mula-mula kahwin dulu, saya tak pandai masak langsung. Mak mentua suruh siang ikan pun saya terkial-kial. Akhirnya dengan insang-insang itulah saya masak.

Inilah padahnya bodoh sombong. Ada mulut, tak nak tanya. Padan muka!

Lepastu, saya terus insaf. Semua benda saya tanya pada mak mentua. Memang persis menantu solehah yang taat dan mendengar kata.

Paling penting, jangan melawan! Kalau kau sentap atau terkecil hati, luah saja pada suami. Jangan gaduh mulut dengan mentua. Ingat, mentua tetap berada pada level ibu bapa.

IKLAN

Lagipun redha Allah terletak pada redha ibu bapa, remember?

Hormat dan sayang mentua kau macam mak ayah sendiri. Faham, sayang tu takkan sama. Tapi kau buat ajelah! Diorang layan kau baik atau tak, itu cerita nombor 10. Pokoknya diri kau tu. Buat baik sebab nak pahala. Bukannya harapkan mentua timang-timang dan sanjung kebaikan kau.

6 Tahun Tinggal Dengan Mentua. Wanita Ni Kongsi Pengalaman, Jadikan Panduan!
Gambar hiasan

Sekarang, hampir 3 tahun saya tinggal di rumah sendiri yang cuma 5 minit dari rumah mentua.

Walaupun rumahnya tak besar mana, tapi bila masuk saja dalam rumah, Allahuakbar gembiranya lahai.

Kalau penat, boleh biar saja pinggan penuh dalam sinki.

IKLAN

Kalau nak marah anak-anak, tak kisah pun menggunakan high pitch tanpa perlu cover-cover.

Kalau tak sihat, boleh saja berkurung dalam bilik dan biarkan anak-anak sepahkan mainan penuh satu ruang tamu.

Nak main lari-lari dengan suami pun tak segan.

Nampak tak?

Hidup ini, memang ada suka duka. Ada pasang surut. Tuhan takkan bagi kau susah sentiasa. Pasti Dia akan ganti dengan sesuatu yang istimewa.

6 Tahun Tinggal Dengan Mentua. Wanita Ni Kongsi Pengalaman, Jadikan Panduan!
Gambar hiasan

Setiap ujian, pasti akan berakhir sebelum datang pula ujian yang lain. Bersungut lama-lama, tak mengubah apa-apa.

Memang begitulah lumrah sebuah kehidupan. Diuji dan teruji. Maka, sabarlah! Dan teruskan berjalan.

Sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI