Khas buat anda yang telah mencuba menanam kesum tapi tidak menjadi apa kata ikut cara yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb Ibrisam Wossali yang menurutnya telah 6 tahun berpenaglaman menjaga pokok kesum. Pastinya ada cara dan tip yang dikongsikan boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan.

“Di sini saya nak kongsikan cara saya menjaga pokok kesom supaya ia sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya.

“Selalunya bila nak tanam pokok ni susah betul nak hidup, bila dah hidup pendek pula umurnya. Jadi ini pengalaman saya hampir 6 tahun menjaga pokok kesom ni dari mula tanam sampailah ke hari ini. Asalnya tanam dalam 3 rumpun kecil sahaja, sekarang dah merebak menjadi rumpun yang besar.” ujarnya di dalam perkonsian group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.

6 Tahun Jaga Pokok Kesum, Wanita Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Sentiasa Subur & Panjang Jangka Hayat!

 

Kerat & Cantas

Bila pokok kesom sudah hampir mengeluarkan bunganya, menandakan pokok sudah matang dan dah tua. Jika dibiarkan berterusan lama kelamaan ia akan mati.

Sebaiknya bila sudah mula nak berbunga, kerat atau cantas. Tinggalkan sejengkal atau dua jengkal dari aras tanah.

6 Tahun Jaga Pokok Kesum, Wanita Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Sentiasa Subur & Panjang Jangka Hayat!

Ads

Lepas tu tambah sedikit tanah pada rumpun pokok dan beri baja organik dahulu. Kena sentiasa siram pagi dan petang. Pada masa ini penyiraman sangat penting agar tanah sentiasa lembab. Jika tanah selalu kering, pokok akan terus mati pulak. Ingat ya pesanan ini.

Kitaran Baru

Bila sudah nampak pokok mula mengeluarkan pucuk baru, berilah baja kopi ataupun baja NPK Hijau 15:15:15. In syaa Allah pokok kesom akan menjadi pokok baru semula. Inilah kitaran yang kita kena buat untuk pastikan pokok kesom sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya.

6 Tahun Jaga Pokok Kesum, Wanita Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Sentiasa Subur & Panjang Jangka Hayat!

Ekstra info : Tanam dalam kotak polysterin itu perlu ada air dan tanah. In syaa Allah boleh tahan dalam 4 hari jika tidak di siram. Jika atas tanah tengok keadaan cuaca juga.

Ads

Selain itu, polysterin perlu ditebuk pada bahagian tepi sahaja. Dasar jangan ditebuk. Ia bertujuan supaya ada sedikit air bertakung bersama tanah dalam polysterin tersebut.

Sumber : Ibrisam Wossali

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Ads

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

6 Tahun Jaga Pokok Kesum, Wanita Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Sentiasa Subur & Panjang Jangka Hayat!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

6 Tahun Jaga Pokok Kesum, Wanita Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Sentiasa Subur & Panjang Jangka Hayat!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

6 Tahun Jaga Pokok Kesum, Wanita Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Sentiasa Subur & Panjang Jangka Hayat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

6 Tahun Jaga Pokok Kesum, Wanita Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Sentiasa Subur & Panjang Jangka Hayat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI