Meniti usia emas dengan bertemankan pasangan yang setia di sisi tentunya itu menjadi satu nikmat yang  ingin dikecapi bersama. Sentiasa ada di masa suka, duka, senang mahu pun susah. Meskipun ranjau hidup berumah tangga penuh dengan asam garamnya, namun ikatan suami isteri tetap teguh hingga hujung nyawa.

Siapa sahaja yang tidak cemburu melihat kesetiaan pasangan suami isteri yang sama-sama ‘berjuang’ untuk kekal bahagia hingga ke Jannah.

Ini sebagaimana memetik kisah seorang warga emas layak digelar ‘suami kiriman dari syurga’ apabila sentiasa tabah menjaga isterinya yang lumpuh walaupun sudah lanjut usia sejak sejak enam tahun lalu.

Setia Di Sisi Isteri

Mohd Nor Osman, 88, dari Kampung Ladang Sahat di sini, juga dilihat setia menjaga isterinya Che Esah Mohd, 68, dengan menyediakan makan minum dan menguruskan rutin hariannya saban hari.

Bertahun-tahun Jaga Isteri Lumpuh, Suami Ni Tetap Syukur Diberi Ruang Berbakti Pada Isteri!

Menceritakan kehidupannya, Mohd Nor berkata, selepas isterinya tidak mampu berjalan, dia mengambil alih tugas menguruskan rumah dan menyediakan hidangan setiap hari.

“Alhamdulillah. Walau- pun sudah menjangkau usia emas namun saya masih mampu menjaga isteri dengan baik kerana kami hanya tinggal berdua di rumah ini.

“Perkahwinan kedua dengan Che Esah, kami tidak dikurniakan zuriat namun hasil perkahwinan dengan arwah isteri pertama, Hasmah Busu, yang meninggal dunia ketika berusia 61 tahun, 20 tahun lalu dikurniakan 11 cahaya mata,” katanya yang mempunyai 60 cucu dan 22 cicit.

Bersyukur Masih Mampu Menjaga Isteri

Mohd Nor berkata, pada mulanya isterinya sering jatuh dan pemeriksaan dilakukan mendapati tulang belakang isterinya mengalami masalah.

Ads

Menurutnya, doktor kemudian membuat pembedahan dengan memasukkan besi pada tulang belakang isterinya dan wanita itu kembali normal dan boleh berjalan.

Katanya, tidak lama kemudian isterinya tiba-tiba rebah dan mengalami patah tulang pada bahagian paha hingga mengakibatkannya lumpuh separuh badan ke bawah hingga kini.

Bertahun-tahun Jaga Isteri Lumpuh, Suami Ni Tetap Syukur Diberi Ruang Berbakti Pada Isteri!

“Walaupun diuji ujian sehebat ini namun saya tetap bersyukur kepada Allah kerana masih mampu menjaga isteri dengan baik dan selagi bernafas saya akan tetap menjaganya kerana ia adalah amanah buat saya.

“Sebelah pagi saya akan ke kedai membeli sarapan manakala tengah hari kalau tak membeli makanan, saya akan memasak sendiri begitu juga pada malam.

“Begitulah rutin harian saya namun saya juga menghidap penyakit darah tinggi, lemah jantung dan prostat,” katanya yang masih aktif sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Kuala Terengganu.

Terdahulu menurut petikan Harian Metro, pasangan warga emas ini telah menerima kunjungan Ketua Umno Cawangan Ladang Sahat, Adnan Salleh di rumah mereka.

Tolak Ansur & Saling Menghormati, Rahsia Kekal Harmoni

Ads

Sementara itu, Che Esah berkata, dia menganggap suaminya adalah ‘suami kiriman dari syurga’ kerana masih bersemangat menjaganya setiap hari walaupun sudah berusia.

Bertahun-tahun Jaga Isteri Lumpuh, Suami Ni Tetap Syukur Diberi Ruang Berbakti Pada Isteri!

“Saya lihat kasih sayang suami kepada saya amat utuh, sanggup berkorban dan bersusah-payah menyediakan makan minum dan menguruskan saya yang hanya berada di katil.

“Dia (suami) bawa saya ke tandas untuk mandi, lap badan saya, menyediakan makan minum tanpa jemu sejak enam tahun lalu selepas saya lumpuh separuh badan,” katanya.

Katanya, suaminya insan terbaik selain ibu bapanya kerana tidak pernah mengeluh menjaganya walaupun mengalami kesukaran berikutan faktor usia.

“Tiada rahsia dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga walaupun dalam serba kepayahan, namun sikap tolak ansur dan saling menghormati membuatkan perkahwinan itu kekal bahagia,” katanya.

Sumber : myMetro 

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Ads

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Bertahun-tahun Jaga Isteri Lumpuh, Suami Ni Tetap Syukur Diberi Ruang Berbakti Pada Isteri!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

Bertahun-tahun Jaga Isteri Lumpuh, Suami Ni Tetap Syukur Diberi Ruang Berbakti Pada Isteri!

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI