Setiap pasangan suami isteri pasti mendambakan kehadiran insan kecil bernama anak dalam rumah tangga mereka. Usaha, doa tidak putus-putus agar Tuhan memakbulkan rezeki yang satu ini.
Namun Kun Fa Ya Kun, yang berusaha hanyalah insan biasa, penentu segalanya adalah sang Pencipta. Jika belum diberikan rezeki itu, maka reda dan terima dengan hati terbuka. Pasti suatu hari nanti, doa tersebut didengari.
Ternyata benar apa yang Allah janjikan itu. Bagi Noor’adn Muhammad dan suaminya, Mohd Yuhairi Haniff Yoon, 8 oktober yang lalu menjadi momen paling indah dalam hidup mereka.
Penantian mereka selama 13 tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan jua dengan kelahiran seorang bayi yang ‘disimpan’ sejak enam tahun lalu.
Lebih istimewa, zuriat lelaki seberat 3.34 kilogram itu juga melakar sejarah tersendiri apabila menjadi bayi pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu itu dilahirkan menerusi teknik pemindahan embrio, selepas enam tahun ia dibekukan.
Bayi sulung Noor’adn, 38, yang bertugas sebagai guru dan Mohd Yuhairi Haniff, 37, yang bekerja sebagai kontraktor itu selamat dilahirkan secara pembedahan jam 8.38 pagi semalam di HSNZ.
Pengorbanan Noor’adn dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat bersama suami bukan calang-calang, apabila dia nekad mengambil cuti tanpa gaji sebaik disahkan hamil Februari lalu, demi menjaga keselamatan kandungan.
Ads
Tidak cukup itu, guru di Sekolah Rendah Kampung Baru Serada, Marang itu juga tidak dapat bertemu ibu dan keluarganya di Kelantan, termasuk pada Aidilfitri dan Ramadan lalu kerana enggan mengambil risiko perjalanan jauh, demi memastikan keselamatan kandungan.
Noor’adn berkata, beliau mula menjalani rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) di HSNZ sejak 2012, selepas dirujuk dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Ads
“Saya sudah beberapa kali menjalani rawatan IVF, namun kandungan keguguran termasuk sepasang kembar pada Julai 2013 ketika usia kandungan 20 minggu.
“Saya mengambil masa lima tahun untuk bertenang kerana trauma keguguran bayi, sebelum memutuskan mahu kembali hamil menerusi teknik pemindahan embrio.
Ads
Disember lalu saya mula bertemu doktor dan bersetuju untuk mencuba lagi, namun percubaan itu tidak berjaya.
“Pada 27 Januari lalu saya kembali menjalani prosedur pemindahan embrio kelima yang dibekukan dan Alhamdulillah, Allah mengabulkan doa saya dan suami dan disahkan hamil dua minggu kemudian,” jarnya lagi.
Dalam pada itu, Noor’adn meluahkan rasa syukur dengan kurniaan terindah ini serta mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan pihak hospital yang banyak membantunya sepanjang rawatan ini.
Allah swt telah makbulkan doa kami. Saya dan suami amat gembira kerana penantian untuk memiliki zuriat selepas 13 tahun berkahwin menjadi kenyataan. Saya juga berharap bayi kami ini membesar dengan sihat.
Sumber: Bernama & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waktu siang sekarang ni panas bukan main lagi! Kadang-kadang tidur malam pun bila datang bahangnya, boleh berpeluh jadinya. Kipas pula, baru je lepas basuh tapi dh selalu guna, cepat la berhabuk. Nak buka basuh, malas!
Jadinya… Yang mana kipas tebal dengan kotoran tu, boleh la cuba cara mudah ini. Tak payah susah nak buka tau, sembur je, tunggu 5 minit, siap! Haaa nak tahu caranya, semak kat bawah.
CARA NAK BERSIHKAN KIPAS MEJA DENGAN PANTAS, 5 MINIT SIAP!
Nak bersihkan kipas ni salah satu perkara yang malas nak buat tapi time panas nak angin kuat. Macam mana tu ye? Nak bersihkan kipas ni senang je sebenarnya. Jom follow cara ni!
1.Bahan rahsia pertama ialah cuka makan. Bukan guna satu botol ni tau. Hanya setengah gelas sahaja.
2.Kemudian, masukkan bahan rahsia kedua iaitu baking soda. Masukkan 3 sudu baking soda ke dalam gelas. 3 sudu je tau, jangan lebih-lebih pula ye.
3.Bahan yang terakhir sekali ialah pencuci pinggan. Masukkan 2 sudu pencuci pinggan ke dalam gelas berisi soda bikarbonat dan cuka tadi. Kemudian kacau-kacau dengan sudu.
4.Selepas dah siap korang tuang ke dalam botol spray. Botol spray kecil ni dekat eco pun ada. Jangan rembat yang kakak atau mak korang punya dah la. Nanti tak pasal-pasal tak boleh makan.
5.Spray campuran 3 bahan tadi pada permukaan kipas.
6.Kemudian balut kepala kipas dengan plastik. Make sure plastik tu lagi besar dari kepala kipas. On kan suis kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dalam masa 5 minit.
7.Tada! Bersihkan. Tak perlu susah-susah nak tanggalkan kepala dan bilah kipas. Lepas ni tiap-tiap minggu cuci kipas.
8.Habuk yang keluar dari kipas selepas siap dibersihkan.
6 Disember yang lalu, pemain bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari.
Dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut adalah Zainab Wahab, 45, yang merupakan ibu mentua Syafiq dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Sementara itu, Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan manakala isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.
Ekoran kejadian tersebut, ramai yang mendoakan semoga pasangan ini serta keluarga tabah dengan dugaan tersebut.
Dalam satu perkongsian, Ebit Lew berkesempatan menziarahi keluarga Syafiq Ahmad dan isterinya di Kedah. Lawatan tersebut dimuat naik bersama beberapa keping gambar ketika di kediaman keluarga pasangan tersebut.
Sebak sayu ziarah Syafiq Ahmad,Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.
Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga.
Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.
Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak.
Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini. Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.
Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu.
Pasangan ini sentiasa menjadi sumber inspirasi pada orang baik. Baik dalam mendidik anak mahupun dalam hubungan suami isteri. Walaupun sibuk dengan kerja, namun Johan Raja Lawak memang cukup mementingkan keluarga.
Penat macam mana sekali pun anak-anak dan isteri adalah keutamaan. Malah, dia juga tidak kisah dan cukup ringan tulang membantu isterinya Ozlynn menjaga anak dan juga mencuci pakaian.
Terbaru, Ozlynn memuat naik status di laman instagramnya mengenai aktiviti yang dilakukan oleh suami dan anak-anaknya.
Rupa-rupanya Johan telah menyediakan satu bilik khas untuk bermain game, khusus buat mereka sekeluarga.
Baby tdo… yg lain?? Mekak x sudah.. xpe..kita bg peluang sb dlm masa yg sama kita juga ada peluang utk shopping online... masa nih la ko mintak apa pon dpt.
Rata-rata pengikut laman sosial mereka mengagumi pasangan ini kerana memiliki bilik khas untuk bermain game. Seronok la anak-anak Johan kan, tak payah nak keluar rumah. Boleh saja bermain game di rumah. Untung betul. Pandai Johan ambil hati isteri dan anak-anaknya.
hycarl.meRindu, dulu selalu main ps4 dengan ayah, dia selalu kalahkan kami adik beradik, sekarang dia dah pergi dekat orang lain hm ? apa yang tinggal just memories… hm
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.