Suasana Hari Raya Aidilfitri tidak pernah gagal membawa kemeriahan dan kehangatan. Namun, dari tahun ke tahun, cara kita menyambut Syawal telah banyak berubah, dari zaman surat dan kaset kepada era aplikasi dan WiFi super pantas. Dulu, raya lebih tertumpu pada interaksi fizikal dan sentuhan peribadi.

Kini, dengan WiFi yang kencang sambutan raya menjadi lebih lancar, pantas dan penuh dengan perkongsian digital tanpa gangguan. Jom kita selami perbezaan gaya beraya dahulu dan sekarang sambil kita hayati bagaimana kelajuan WiFi yang stabil kini memainkan peranan dalam mempererat hubungan keluarga. 

6 Stail Beraya Zaman Tanpa WiFi VS Zaman WiFi  

Kad Raya Jadi Video Raya? 

Siapa je yang tak pernah dapat kad raya dari kawan-kawan? Dulu kad raya menjadi lambang kasih sayang dan ingatan buat kita semua. Tulis tangan, pos awal dan tunggu balasan semuanya memerlukan masa dan kesabaran. Hari ini, kita menyampaikan ucapan dengan lebih pantas melalui e-greeting, video pendek dan mesej peribadi menggunakan pelbagai aplikasi. 

Dengan WiFi yang kencang anda bukan sahaja boleh cipta ucapan video secara kreatif malah boleh kongsikan kepada keluarga di luar negara secara serta-merta tanpa sebarang gangguan. Sambutan jadi lebih bermakna apabila semua dapat merasainya serentak, walaupun berjauhan. 

6 Stail Beraya Zaman Tanpa WiFi VS Zaman WiFi  

OOTD Raya Terpaling Meletup! 

Dulu, gambar raya hanya boleh diambil dengan kamera filem. Setiap klik perlu berhati-hati kerana filemnya terhad dan mahal. Selepas ambil gambar, kita perlu menunggu beberapa hari untuk melihat hasilnya di kedai gambar.  

Sekarang, setiap detik boleh dirakam serta-merta menggunakan telefon pintar. Bukan sahaja gambar keluarga, malah gambar #OOTDRaya menjadi perkara wajib pada pagi Syawal. Dengan telefon pintar dan WiFi stabil kita boleh muat naik OOTD Raya ke media sosial hanya dalam beberapa saat. 

Ads

Tambahan pula, bayangkan waktu tetamu datang berkunjung dan minta WiFi password,  pastinya lebih mudah jika boleh imbas sahaja kod QR melalui aplikasi-aplikasi WiFi untuk bersama kongsi akses WiFi seperti aplikasi Astro Fibre. Jadi, sangat mudah untuk berkongsi kenangan manis raya secara ‘real time’ sekarang ni. Padu betul!  

6 Stail Beraya Zaman Tanpa WiFi VS Zaman WiFi  

Duit Raya Online Lagi Senang 

Duit raya dahulu diberikan dalam sampul kecil berwarna-warni. Kanak-kanak akan mengira satu per satu duit yang diterima dan menyimpannya dalam dompet atau balang kecil. Kadangkala, rekaan sampul itu sendiri menjadi koleksi. Kini, budaya memberi duit raya turut berubah dengan kemajuan teknologi.

Ada yang memilih untuk memberikan duit raya secara digital melalui pemindahan e-wallet atau kod QR. Praktikal, cepat dan selamat terutamanya jika anda mempunyai sambungan WiFi yang laju dan stabil, namun tiada lagi momen cium tangan dan rasa teruja menerima sampul di tangan. 

Semuanya jadi tiada masalah untuk buat transaksi atas talian, muat turun aplikasi perbankan dan kongsikan kod QR duit raya secara digital kepada sanak saudara je sekarang ni walaupun berada di kampung yang jauh. Janji ada WiFi yang kencang.  

Lagu Raya Tak Sangkut-Sangkut 

Ads

Lagu raya suatu ketika dahulu dimainkan melalui kaset atau radio. Lagu-lagu klasik seperti Dendang Perantau, Selamat Hari Raya dan Suasana Hari Raya menjadi siulan wajib. Jika kaset tersangkut, kita gunakan pensel untuk gulung semula pita. Kini,muzik raya boleh dinikmati terus melalui Spotify, YouTube atau Apple Music. Lagu-lagu seperti “Nyam-Nyam Ketupat” dan Meriah Lain Macam” boleh dimainkan sepanjang hari tanpa buffering lagi! 

Keluarga boleh strim lagu raya serentak di pelbagai peranti, mencipta suasana raya yang lebih indah sambil sing-along dengan keluarga tersayang. 

6 Stail Beraya Zaman Tanpa WiFi VS Zaman WiFi  

Beli Baju Raya Online, Senang Nak Sedondon 

Ibu bapa dahulu akan menempah baju raya seawal sebulan sebelum Syawal. Tukang jahit menerima tempahan penuh dan setiap helaian baju kurung atau baju Melayu dihasilkan secara khusus. Potongannya lebih tradisional dan selesa. Kini, ramai yang memilih untuk membeli baju raya secara dalam talian.

Pilihan pelbagai, reka bentuk terkini dan proses pembelian yang mudah menjadikan trend ini semakin popular. Ada juga yang hanya sempat membeli baju satu atau dua hari sebelum raya, namun tetap tampil bergaya. 

Ads

Muat turun aplikasi beli-belah, tempah pakaian, atau strim live shopping raya jadi lebih mudah, tanpa gangguan teknikal. Malah boleh terus kongsi link pada keluarga untuk beli yang sedondon. Semuanya jadi mudah, janji ada sambungan WiFi tetapi kena pastikan ia perlulah kencang, jika tidak WiFi pasti tersangkut-sangkut dan transkasi jadi gagal pula. 

6 Stail Beraya Zaman Tanpa WiFi VS Zaman WiFi  

Rancangan Best Non Stop 

Dulu, selepas makan, semua akan duduk berbual panjang. Hari ini, mungkin lebih senyap sedikit tapi bukan kerana renggang, sebaliknya ramai yang tonton rancangan raya, main game online atau kongsi video di media sosial. 

Dengan sambungan WiFi yang boleh menampung banyak peranti serentak, ahli keluarga dewasa boleh berbual sambil anak-anak bermain permainan atas talian atau menonton kartun kegemaran mereka dan strim bersama dengan seisi keluarga juga tetamu. Tapi pastikan ada WiFi yang kencang barulah mood raya kita sekeluarga tak terganggu. Bestnya tonton rancangan kegemaran tanpa tersangkut-sangkut lagi!

6 Stail Beraya Zaman Tanpa WiFi VS Zaman WiFi  

Raya jadi lebih meriah dan bermakna dengan Astro Fibre WiFi Kencang seperti kempen terbaharu dengan kerjasama Didi & Friends dan Kakak Kencang, Hawa Rizwana melalui lagu sing-along “WiFi Kencang Tak Sangkut-sangkut” untuk menyerlahkan pengalaman penstriman dan aktiviti-aktiviti WiFi yang terbaik 

Pelanggan Astro kini boleh nikmati pelan 500Mbps hanya RM90/bulan! Harga yang tiada tandingan dan boleh jimat melebihi RM2,000 tau.  

Jom Whatsapp “Hi” ke 03-9543 3838 atau layari astro.com.my/fibre sekarang untuk info lanjut.  

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI