8 Cara Telur Dadar Jadi Lebih Gebu & Sedap. Lembut Pulak Tu. Ibu-Ibu Kena Buatkan Ni Untuk Anak!

Share

Telur dadar sememangnya makanan ruji bagi setiap isi rumah. Rasanya yang ringkas dan kaya khasiat ini bukan sekadar pelengkap bahkan penambah selera makan setiap hari. Tak hanya anak-anak, kita yang dewasa pun cukup sukakan telur dadar.

Tidak hanya digoreng biasa, telur dadar sememangnya lebih enak dan sedap jika disatukan dengan beberapa bahan lain. Nak lembutkan dan gebukan telur juga ada caranya. Cuba 8 rahsia ini.

1.Tambah Mayonis

Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.

2.Pukul telur dengan lebih lama

Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.

3.Tapis telur yang telah dipukul

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.

4.Masukkan sedikit air

Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.

5.Tambah perahan limau nipis

Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.

6.Tambahkan serbuk penaik

Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.

7. Letak Keju

Lebihan keju yang hampir habis tarikh luputnya jangan pula dibuang. Hiris kecil dan masukkan ke dalam bancuhan telur bersama bahan lain. Rasanya memang wow…lemak dan sedap!

8. Susu Tepung

Tahu tak susu tepung buat telur dadar lagi enak. Manis sedikit tetapi terkawal rasanya. Rasa lemak manis dan strukturnya pun makin tebal dan gebu. Rugi tak cuba!

Selamat Mencuba!