Petua-petua lama yang di amalkan oleh nenek dan mak-mak kita zaman dahulu sebenarnya cukup banyak kegunaannya dalam aktiviti harian kita.
Ada banyak perkara terutama ketika memasak atau berada di dapur, tak ketinggalan juga petua untuk cantik.
Semua ini kebanyakannya menggunakan petua tradisional untuk tampil lebih baik. Mungkin kesannya lambat tetapi hasilnya banyak membantu kehidupan kita seharian. Enam petua lama ini tak seharusnya kita lupakan.
1. Anak Kencing Malam
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
2. Rasa Garam
Ketika bulan puasa kita memang tidak dapat merasa ‘rasa’ garam masakan. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam. Cuba!
3. Garam Ubati Sakit Gigi
Panik bila sakit gigi datang menyerang secara tiba-tiba. Apa lagi kalau sakit di tengah malam. Jalan paling pantas adalah dengan mengambil garam kasar dan letakkan pada gigi yang sakit. Sudahkan dengan berkumur dengan air garam ini. Biarkan seketika. Jangan lupa campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.
4. Tepung Ubi Penawar Ruam
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.
5. Halia Ubati Sakit Dada
Ambil beberapa ulas halia dan tumbuk lumat. Perahkan airnya dan campurkan bersama telur kuning. Masukkan sedikit madu ke dalamnya dan amalkan ubat ini setiap hari.
6. Simpan Kelapa Parut
Masukkan kelapa ke dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas dan biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.
Selamat mencuba!