Menggoreng memang nampak mudah. Tapi perasan atau tidak akan sering juga terjadi ikan yang digoreng melekat di kuali dan sekali gus menjadikan sajian yang digoreng nampak tidak menyelerakan.
Di sini dihimpunkan enam petua berkenaan menggoreng ikan agar tidak melekat di kuali. Bolehlah dicuba yang mana mudah pada pandagan anda agar selepas ini tiada lagi berdepan dengan masalah gorengan ikan, ayam atau sebagainya melekat di kuali.
Ayuh semak 6 petua ini, semoga bermanfaat!
Petua 1:
Panaskan minyak ke dalam kuali. Setelah minyak dah cukup panas, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, dan sebagainya. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng seperti biasa.
Petua 2:
Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing.
Petua 3:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4:
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging.