Memang betul, bila seorang wanita memilih untuk menggalas tugas sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, hakikatnya dia tidak akan mempunyai wang pendapatan sendiri. Pun begitu, kini ramai ibu-ibu yang mengambil inisiatif untuk melakukan kerja sambilan bagi menampung bebanan dan kos kehidupan yang semakin meningkat kini.
Sekiranya ada ibu-ibu diluar sana yang masih tercari-cari pekerjaan apa yang sesuai dan boleh dilakukan bermula dari rumah, ini kami senaraikan. Mungkin ada satu yang sesuai untuk anda laksanakan. Jom semak!
Ini antara pekerjaan yang seronok juga jika anda lakukan. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang ramai kenalan di laman sosial dan aktif posting. Mudahlah kerja, promote saja produk yang memang tengah ‘in’ mesti senang hendak dapat untung bukan?
2. Menjadi agen “affiliate”
“Affiliate” juga adalah agen jualan. Beza affiliate dengan “dropship” ialah affiliate tidak mengambil bayaran daripada pembeli dan mereka cuma mempromosikan link laman web produk yang dijual.
3. Berniaga makanan
Kalau anda memang suka dan pandai memasak, dan kebetulan juga kawasan perumahan dekat dengan sekolah. Inilah peluang keemasan! Anda boleh jual makanan tanpa perlu keluar dari rumah sekali pun. Berniaga sahaja di depan rumah, cukup memudahkan anda.
4. Tulis blog
Sekiranya suka sangat menulis dan share sesuatu perkara yang bermanfaat kepada orang ramai, sesuai sangat untuk anda menulis blog. Bila sudah ramai follower bermakna pendapatan anda juga boleh kira ‘masyuk’.
5. Menjadi Pengasuh
Alang-alang seharian menguruskan anak-anak di rumah apa kata anda jadi pengasuh, dapat juga jana pendapatan. Bermula dengan seorang dahulu dan kemudian jika selesa barulah dibuka kepada jumlah yang lebih ramai mengikut keselesaan dan kesanggupan diri sendiri.
6. Rumah Transit
Ini lagi mudah, anda jadikan rumah anda transit persinggahan anak-anak sementara menunggu sesi sekolah bermula. Apa yang penting anda perlu sediakan makanan dan ruang rumah yang selesa untuk anak-anak ini berehat dan membuat persiapan untuk ke sekolah. Waktu anda juga lebih fleksible kerana anak-anak ini hanya singgah sementara sahaja.