Perkakasan dan peralatan kucing sememamgnya adalah perkara wajib ada untuk memastikan anak bulus kita selesa. Semua peralatan seperti pencedok najis, bekas air dan bekas makanan ini sebenarnya banyak membantu mempercepatkan proses dan membantu mereka lebih selesa.
Pun begitu, harganya yang melambung tinggi di pasaran buat kita berfikir dua tiga kali untuk membeli. Kalau rajin anda bolehlah menghasilkan sendiri di rumah. Lebih jimat!
6 Idea Kreatif Wajib Cuba
Enam idea kreatif ini bukti betapa kreatifnya rakan-rakan kita. Semuanya demi hendak memastikan kucing masing-masing berada dalam keadaan selesa. Cantik pulak tu. Paling penting semua ini berguna dan menjimatkan. Jom intai.
1. Rumah Kucing
Buat rumah kucing dari tayar untuk kucing-kucing jalanan. Apa pendapat korang?
Kredit: Fanatik Kucing
2. Diy Baju Anak Kucing
Comel je baju untuk si comel ni. Mak-mak yang ada bela anak kucing, boleh cuba buat. Guna stokin terpakai je!
Kredit: Rozy Photography Page
Ads
3. Rumah Kucing DIY
Diy rumah untuk anak-anak bulus.
Kos:
Bakul x 2 = RM 4.24
Cable tie = RM 2.12
Alas kaki = RM 2.12
Gergaji = dah ada kat rumah
Baju tshirt tak pakai, guna baju tidur
Total: RM 8.48. Jimat banyak.
Kredit: Siti Nor Hafiza
Ads
4. Bekas Makanan
Disebabkan kerisauan yang melampau nak tinggalkan kucing-kucing kita esok, kita pun diy la dispenser makanan kucing. Bukan kedekut nak beli, dah banyak kali beli, tapi dah jahanam. Kali ni kita google ja, pastu bahan pun senang.
Kredit: Aida Rejah
5. Bekas Makan Botol Mineral
D.I.Y awang kenet rasmi dah. Nak buat banyak biji lagi. Minggu depan kita lancarkan letak ditempat-tempat kucing jalanan. Sapa nampak nak habis dialu-alukan untuk topup. Nak main saham dunia tak mampu, kita cari saham akhirat.
Ads
Kredit: Putra Lilin
6. Tandas Kucing Kreatif
Akhirnya siap juga tandas kucing ni. Modal Rm45 je, pasni tak ada dah bersepah-sepah pasir dia. Kakak dan adik-adik boleh la
try.
Kredit: Nurul Asikin Akmar
Kreatifnya rakan-rakan kita ni. Langsung tak pernah terfikir dek akal kita nak diy sendiri rumah kucing yang cantik daripada bahan-bahan ni. Serius kreatif. Syabas semuanya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat mereka yang suka makan taugeh buat masak sayur atau ulam memang kena tahu cara tanam sayur ni.
Menariknya cara ini, selepas 4 hari dah bomeh tuai buat masak. Apa lagi jom lihat cara ni. Newbie pun boleh buat!
Ikuti perkongsian ini.
Tanam taugeh sendiri. Bersih, boleh buat ulam tanpa ragu-ragu. Hari ke 4 dah boleh tuai.
Ini cara paling senang:
Bahan yang di perlukan. Kacang hijau 2/3 genggam Tapis sayur 2 helai Tuala kecik utk semaian taugeh Plastik hitam Baldi utk letak tapis supaya air tdk bertakung.. (Buang air yg bertakung dlm baldi selepas tos)
Cara-caranya:
Kacang hijau ikut suka berapa banyak. Kacang perlu Direndam semalaman dlm 8 jam.. Tabur kacang atas tuala kecik. Ikut step pd gambar. Tutup kacang dgn kain atau tuala yg lagi satu sbg pemberat Letak tapis atas baldi.
Masukkn dlm plastik hitam. Simpan di tempat yg redup atau gelap. Jangan terdedah dgn cahaya nti taugeh melidi.
Siram sehari 4 kali utk dpt taugeh yg gemuk cukup air. Waktu siram..Tak perlu angkat pemberat kain pn tkpe. Hanya siram diatas kain penutup..pastikn air tdk bertakung. Supaya taugeh tdk membusuk.
Boleh juga semai 2/3 tingkat ..jika nak banyak taugeh..hanya semai di lapisan atas kain pemberat dan tutup lagi dgn kain.. step yg sama.
*Boleh juga semai guna periuk kukus jika ada. Step yg sama
Wow! Gemuk-gemuk taugeh. Buat ulam sedap ni, cicah budu atau cencaluk.
Selamat mencuba!
Sumber: Velvet Rossa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wajah yang kacak dan senyuman manis Faizal Hussein menjadi pujaan hati ramai peminat dulu sehingga kini.
Siapa tak kenal kan dengan hero Gila-Gila Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya.
Memulakan karier dalam bidang lakonan pada tahun 1972 dan sehingga kini Faizal Hussein masih aktif. Bahkan, namanya masih ‘laku’ dan menjadi pilihan penerbit serta pengarah drama.
Bahkan, Faizal sebelum ini pernah berkongsi petua awet muda. Menurut Faizal, dia hanya minum air masak dan tidak minum air yang berais. Selain itu, Faizal juga tidak akan tambah makan walaupun hidangan yang disediakan sangat sedap.
Biarpun sudah lebih 30 tahun di persada seni, nama Faizal Hussei masih kekal relevan dalam industri hiburan tempatan. Tidak hairanlahnya namanya disebut-sebut setelah membintangi beberapa buah filem dan juga Drama.
Hasil perkongsian hidup bersama Suhaila Sulaiman yang juga pelakon, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Fazrick Faizal,16 dan Fazryn Faizal, 13.
Baru-baru ini, Pemenang Anugerah Pelakon Drama terbaik 2019 ini berkongsi gambar anak-anaknya. Rata-rata memuji wajah anak-anak saling tak tumpah dengan ibu bapa mereka.
Si sulung Faizal, Fazryn membesar menjadi anak gad1s yang cantik dan manis orangnya. Begitu juga adik lelakinya, Fazrick yang juga telah dewasa dan juga memiliki senyuman yang manis.
Anak-anak Faizal sudahpun remaja namun Faizal dan Suhaila masih terlihat muda belia. Memetik kata Faizal di kapsyennya, tiada apa yang istimewa cuma masa berharga bersama insan tersayang.
Hujung minggu ni tentu, para ibu tentu sudah merancang untuk mengemas rumah. Tapi sudah tentu nak kemas satu rumah memang makan masa. Sebenarnya, ada tips yang para ibu boleh cuba untuk mudahkan kerja, malah menjimatkan duit anda.
Jom ikuti perkongsian puan Ika Azmancara-cara mengemas rumah dengan menggunakan bahan yang menjimatkan. Selamat mencuba!
Tips² cuci rumah dgn cara yg paling ohsem utk mommy! ♡♡♡
1. Nak kilatkan lantai rumah sekilat²nya! Pencuci lantai mix dgn cuka & air panas pastu mop lah lantai tu mcm biasa…
2. Nak bagi habuk tak senang lekat dekat perabot?? Lap perabot² pakai softener pakaian dgn kadar 1:10.. 1 penutup softener dgn 10 cawan air…air putihh yer…bukan air sirappp atau air kopi …???
3. Nak bagi rumah bau harum melekat²…mix softener dengan cuka then sprayy laa umah u olss macam pewangi jenama² terkenal tu…spray kat langsir²…dan sofa² jenis fabrik…bau wangi akan tahan lamaaaaaaa…
4. Nak cuci bilah kipas siling yang berhabuk, korunks boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak & berterbangan. Semua masuk dalam sarung bantal tu. Cuci & lap bilah seterusnya.
5. Nak bersihkan lantai bilik air supaya berkilat. Senang sangat tau,campuran 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Lepas tu sental & cuci macam biasa.
6. Oven yang kotor dengan percikan kotoran boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat + air. Campuran tersebut tuang kat tempat yg terkena kotoran. Biarkan sekejap. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal & lap macam biasa dengan air bersih. Berkilattt youuu.
Okayyyy jom buattt sekaranggg….!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...