‘Melentur buluh biar dari akarnya’ ayat ini bermaksud, jika kita ingin anak menjadi seorang yang baik dan berjaya, kita perlu mendidik mereka sejak kecil lagi.
Begitu juga untuk mendidik anak suka menabung. Sebagai ibu bapa, ini adalah masa yang terbaik bagi anda mendidik anak-anak.
Didik mereka untuk menyimpan duit sekiranya mereka ingin membeli barang idaman mereka.
6 Tips Mengajar Anak Menabung Dari Kecil
Peningkatan kos sara hidup sekarang merupakan satu isu yang tidak habis-habis diperkatakan oleh semua orang. Jadi,kita sebagai ibu bapa haruslah mendidik dan menggalakkan anak –anak untuk belajar dalam menguruskan perbelanjaan mereka dari kecil lagi. Agar mereka tidak membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu hargai duit.
.
Tabiat kewangan yang baik seharusnya dipupuk oleh ibu bapa itu sendiri dengan menjadi idola yang hebat di mata anak-anak. Pada peringkat awal ini, boleh jer ajar anak menabung bermula di rumah. Kita pupuk minat mereka untuk menyimpan dan kena mulakan daripada sekarang.
.
Bila dah makin meningkat dewasa mereka akan secara sendiri suka menyimpan kerana sudah diajar dari kecil. Dibawah ni Ahyat ada kongsikan tips yang Ahyat guna untuk anak-anak Ahyat supaya suka menabung.
. 1. Sediakan Tabung Yang Cantik Terdapat pelbagai jenis tabung yang dijual di pasaran. Ikutlah yang mana anak kita berkenan kalau boleh carilah tabung yang cantik ataupun cari tabung lutsinar yang boleh nampak supaya mereka dapat melihat sendiri hasil simpanan mereka yang semakin banyak itu. . Kalau nampak ruang-ruang kosongnya, sudah tentu duit yang simpanan belum banyak. Bila mereka nampak hasil tabungan mereka, mereka akan rasa lagi bersemangat nak tambah dan terus menyimpan. . 2. Beri Wang Saku Dan Ajar Cara Mengurus Pembelanjaan Ini merupakan ‘pendapatan’ pertama mereka. Ajar mereka untuk belanja secara berhemah. Sekiranya kita ada sediakan bekal makanan untuk anak bawak ke sekolah, kita juga boleh berikan wang saku kepadanya. . Disini lah kita boleh ajar mereka, bila mereka pulang sekolah cuba kita tanya, apa yang mereka beli, berapa baki dan berapa banyak boleh mereka simpan untuk hari tersebut. . 3. Ajar Anak Buat Matlamat Menyimpan Ajar mereka setiap duit yang mereka simpan mempunyai matlamat. Apakah yang nak dibelanjakan setelah duit dalam tabungan cukup. Kita sebagai ibu bapa kena tanya mereka apa yang mereka inginkan dan matlmat dalam menyimpan. Contohnya anak lelaki nak beli playstation 4 ataupun patung Barbie bagi anak perempuan. . Disamping itu,kita juga boleh bawa mereka ke kedai dan dapatkan harga tersebut supaya mereka tahu dan teruskan bersemangat untuk menyimpan agar dapat barang yang dikehendakinya itu. Apabila sudah jelas dengan matlamat simpanan anak-anak, kaji berapa lama mereka perlu simpan dan buat jadual khas untuk perkara ini. . Buat jadual berkotak dan gunakan pelekat bewarna, supaya mereka boleh kenal pasti berapa jangka masa yang perlu mereka simpan untuk mencapai matlamat tersebut. . Ajar mereka tiada apa yang percuma dan senang nak dapat sekarang. Ayah dan emak terpaksa kerja keras untuk sekolahkan dan membesarkan mereka semua. Ajarkan mereka konsep bersyukur. Dalam proses menabung,inilah masa yang sesuai untuk kita terapkan erti nilai wang kepada mereka. . 4. Ajar Untuk Dapat Wang Tambahan Beritahu mereka, sekiranya mereka inginkan duit tambahan dengan cepat, mereka perlu lakukan kerja rumah atau membantu kita supaya kita dapat memberi mereka upah. Upah tersebut bolehlah mereka menyimpan untuk membeli barang yang diingini. . Lagi satu cara kita juga boleh mengajar mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan, contohnya bawa mereka ke pasar lambak untuk menjual mainan terpakai mereka dan ia dapat melatih mereka mengira wang dan lebih sistematik dalam kehidupan apabila dewasa nanti. . 5. Didik Belanja Ikut Kemampuan Ajarlah anak-anak sejak dari kecil lagi untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Jangan berlagak kaya dan sentiasa merancang perbelanjaan walaupun ketika berada di sekolah. Didik mereka untuk tidak meminjam duit rakan jika tiada duit tetapi hanya menggunakan wang saku dengan cermat. . 6. Berikan Ganjaran Kecil Sesekali berikan mereka ganjaran daripada usaha mereka dalam meningkatkan tabungan. Benda yang paling simple, biarlah hadiah kecil saja namun bergantung kepada kita nak beri hadiah apa pada mereka. Contohnya, masukkan lauk kegemaran mereka, belikan buku atau belanja makan aiskrim. . Percayalah selepas sebulan kita akan nampak hasil dan tabung semakin penuh kerana anak dah mula tahu bila dia menabung makin banyak ibu bapa mereka akan memberi hadiah kepadanya. Hadiah ni salah satu pembakar semangat untuk mereka lebih suka menabung. . Kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi modal atau contoh yang baik untuk mengajar anak2 kita menabung dari kecil supaya bila besar nanti mereka jadikan satu tabiat untuk menyimpan bagi masa depan mereka juga. Sumber: Ahyat Ishak
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club