Memasak satu kemestian lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak. Namun, ada kalanya ativiti memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun, usah peningkan kepala, jom cuba petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
Garam dan Limau Nipis
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
Ads
Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada ‘give and take’. Tidak boleh hanya sebelah pihak melakukannya. Demikian juga dalam bab menguruskan rumah tangga. Banyak hal yang berkaitan keperluan keluarga yang perlu mendapat kerjasama dari kedua belah pihak. Tidak hanya boleh mengharapkan si isteri atau suami sahaja melakukannya.
Mungkin ada yang menganggap perkara sebegini remeh dan boleh dilakukan sendiri. Tetapi percayalah, andai suami isteri bekerjasama dan saling tolong-menolong itu menambahkan lagi keharmonian dalam rumah tangga.
Jangan sampai pasangan menjeruk rasa dek kerana sikap anda begini. Waima hal kecil pun, lama-kelamaan hati yang terguris akan menimbulkan impak yang besar pada hubungan anda. Lagi-lagi bagi isteri yang memendam rasa.
Berbeza dengan lelaki yang sememangnya diketahui tak banyak cakap, tetapi lain pula dengan situasi si isteri. Jika kurang bercakap maka adalah yang tak kena dan suami harus cepat-cepat menyelesaikannya. Kerana diam si isteri bukan saja-saja, pasti ada yang tak kena.
Satu hari isteri minta tolong belikan pampers anak. Sebabnya pampers anak memang dah nazak sangat, tinggal sekeping je tak boleh survive sampai ke malam.
Kisahnya kami biasa beli pampers dengan seorang seller ni, jarang jarang beli di kedai atau shopee. Sekali beli 1-2 kotak terus, tahan lama sikit.
Kebetulan waktu nak beli tu seller tersebut pergi bercuti. Outstation seminggu lebih juga. Nak tak nak terpaksa beli di kedai.
Pada mulanya isteri cakap balik kerja nanti dia belikan. Saya pun ok la, keluar kerja macam biasa.
Tup tup, tepat jam 3 petang dapat meseg di whatsapp.
“Abg kat mana, nanti tolong belikan pampers terlupa, dah sampai rumah baru ingat”
Saya reply ok je.
Sepanjang laluan balik ada berpuluh kedai termasuk shopping mall untuk berhenti beli pampers tapi malas punya pasal saya cakap dalam hati,
“Kedai depan rumah pun ada pampers, beli dekat situ je la”
Terus menonong tekan pedal sampai kedai di rumah. Cari parking, tutup enjin kereta terus masuk kedai.
Tak buang masa dah, terus ke bahagian pampers. Cari punya cari pampers yang selalu beli tu tak ada. Tanya pekerja kat situ,
“Dik pampers macam ni tak ada ke?”,
“Semua pampers ada kat situ”, itu je jawapan dia.
Ah sudah. Tak kan nak pusing balik semata-mata nak cari pampers. Rumah dah dekat ni.
Sekali lagi malas punya pasal saya buat keputusan selamat beli je dulu pampers apa yang ada.
Terus buat screening dari satu rak ke satu rak pampers, akhirnya ambil keputusan pilih pampers yang sama nama.
Baik, masa ni hati rasa lega sebab dapat beli. Mesti semua akan ok.
Sampai je rumah, bawa pampers tu masuk terus letak atas lantai. Saya pun duduk menyandar kat sofa, penat screening tadi.
Isteri pun datang tengok pampers yang di beli. Dengan tidak semena-mena dia naik marah.
“Abg pampers ni aisy tak boleh pakai, kulit dia sensetif”, isteri
“Dah tak ada lain kat kedai, ini je yang ada”, saya
“Abg pergi la beli kedai lain, kesian aisy melecet nanti”, isteri
“Awak pergi la beli”, saya
Dengan tidak semena-mena suasana jadi sepi, bunyi angin kipas pun boleh kedengaran kuat bila tak ada orang bercakap.
Seharian muncung.. sampai ke malam bila tukar pampers aisy, boleh dengar bunyi suara mengeluh. Tapi saya ego, biarlah nanti lama-lama dia ok la tu.
Selang beberapa hari, baru saya dapat tahu kisah sebenar yang berlaku.
Rupa-rupanya isteri dah pergi cari pampers di kedai berhampiran rumah. 3 buah kedai dia pergi semuanya. Oleh sebab tak ada yang sesuai dia tak beli.
Pada asalnya memang dia nak beli di mall tapi dalam perjalanan balik dia terlibat dengan kemalangan kecil. Tak serius cuma calar sedikit kereta.
Disebabkan oleh kemalangan tu dia jadi terlupa langsung tentang pampers ni. Terus menonong balik ke rumah.
Sampai di rumah baru teringat pasal pampers. Teringat suami kat area bandar, terus minta tolong belikan pampers. Dia pun terlupa nak pesan, beli di mall. Mungkin masih terkejut sebab kemalangan tadi.
Balik tu ingat nak cerita la pada suami tentang kemalangan tadi tapi suami pula dah buat dia terasa. Terus potong niat nak berkongsi cerita.
Bila hati dah terguris jangan kata nak mengadu, nak bercakap pun mulut jadi berat.
Muncung sampai ke malam tu bukan sebab pampers salah beli, tapi muncung sebab suami salah adab bila berbicara.
Aduh, pengajaran sungguh!
Mulai dari saat itu saya dah tekad. Walau apa pun keadaan tak kira penat, marah, stress atau kelaparan sekalipun perkara pertama kena jaga ialah adab bicara.
Bukan dengan isteri sahaja, tapi dengan orang lain juga. Usah berbicara ikut sedap mulut tapi berbicara la untuk beri orang sedap mendengar.
Dari mulut bawa ke hati, mulut yang baik akan bina hati yang baik adabnya. Hati yang baik adabnya akan jauh dari rasa buruk sangka dan busuk hati.
Isteri kalau jenis kuat berdikari dan jarang mengadu apa-apa dengan suami tu baik periksa adab berbicara korang ada kemungkinan isteri tu termakan hati. Diam bukan tanda setuju sahaja, tapi diam juga tanda sakit hati.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Kita semua perlukan hati yang bersih untuk rasa gembira dan rasa di sayangi.
p/s : Jika korang nak banyak lagi tips dan info kekeluargan seperti ini, ada banyak dalam channel telegram saya. Percuma dan mudah hadam. Klik sini 👉 t.me/CoretanFhais
Tarikh 13 julai 1993 menjadi detik bersejarah buat pelakon bernama Zarina Zainuddin. Detik itulah dia memegang stastus seorang isteri sekali gus berkongsi suami dengan wanita lain.
Meskipun dia mendapat restu isteri pertama, namun tanpa sedar sekeping hati terluka dek keputusan tersebut.
Biar sudah tahu akan kedudukan dirinya, Zarina Zainuddin nyata cukup sabar dan bijak membawa diri sehingga diterima baik oleh madunya.
Ikuti perkongsian Zarina mengenai ulang tahun perkahwinannya yang sudah memasuki 25 tahun. Hasil perkahwinan tersebut, Zarina dikurniakan 4 oprang cahaya mata yang mana duanya kembar bernama Azal Dan Azil yang mempunyai masalah autisme manakala dua lagi normal.
“13 Julai 1993 menjadi tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai.. walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia.
Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun..saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya..kalau kakak izinkan saya kawin.
Wanita harus belajar sabar
Selepas berkahwin, suami Zarina mengakui keputusan tersebut dilakukan atas dasar kesian dan bukannya cinta.
Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar abang lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada.
kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tampa cinta..dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar..
Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman ? Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya..
Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..
Selain itu, zarina turut memuat naik satu video anaknya Azil mengamuk dan memukul mukanya sendiri.
Dia nak mengadu tapi tak boleh cakap..harini dah 4 kali azil mengamuk pukul2 muka dia.. Azal dah siap kerja terus keluar ..saya nak keluar pun tadi pegi open house sekolah adam bawak azil..balik sampai rumah mengamuk lagi..bilik air saya jadi tempat dia lepaskan marah dia ..azil marah ibu yea..marahlah ibu tak pernah marah azil ..azil nak sepahkan katil ibu buatlah nanti ibu kemas balik..
Rupanya hari ini hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 25..dah lama dah ibu hidup dengan abah dan bermadu dengan mama kau nak..dah lama ibu menumpang kasih..Allhamdulillah , semuga perkahwinan ini memberi rahmat dalam hidup ibu.
Cukup sebak dan syahdu bila membaca perkongsian Zarina ini. Hanya mereka yang memiliki jalan hidup yang sama yang dapat merasai perasaan tersebut.
Patutlah ramai yang kagum dengan ketabahannya menguruskan anak kembarnya itu.
kak.chomSelamat ulang tahun perkahwinan ye puan zarina @zarinazainuddin_ saya tk pernah lupa baca kisah puan dan anak2 ini.. Puan insan tabah dan wanita kuat semangat.. Setiap manusia ada ujian tersendiri yg Allah tentukan.. Semoga terus tabah dan mendapat redha Allah.. berbahagia dunia dan akhirat
nikida.synergyYa Allahh .. tabahnya kami … saya juga ada anak istimewa (down syndrome) … tapi .. apa yg saya lalui hanya sepicis kecil dari apa yg kamu lalu dlm menjaga amanah Allah ini … u made me cry
eiryati4evaHappy Anniversary @zarinazainuddin_ Semoga Zarina menjadi seorang ibu..is3.. wanita..perempuan yg tabah setabahnya. Kita mpunyai bahagian masing2. Kirim salam sayang buat Azil dan Azal.
sarianashaSelamat ulangtahun perkahwinan yg ke 25 thn.. Moge zarina terus tabah dlm melalui setiap dugaan.. Moge Allah permudahkan sgale urusan zarina n anak2 aaminn @zarinazainuddin_
isteri_cintaallahMenikah tanpa cinta itu tidak mustahil utk bahagia akhirnya..ramai yg bercinta diawal2 tapi akhirnya hilang juga cinta…bercinta dgn suami mesti kerana ALLAH SWT semata2, disitulah kita akan belajar sabar, redha, ikhlas dan syukur… insya allah, ikatan perkahwinan itu semakin lama semakin kuat kerana yang menjaga hubungan itu adalah yang Maha Menjaga, ALLAH SWT..hayati firman NYA : _Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) *perasaan kasih sayang* dan *BELAS KASIHAN*. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir._ -Surah Ar-Rum, Ayah 21
Sumber: IG zarinazainuddin_
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesusahan mengajar erti kesabaran dan kehidupan yang susah juga membuatkan seseorang itu belajar untuk menghargai dan tahu akan tanggung jawab yang di pikul.
Lebih-lebih lagi tanggung jawab sebagai ketua keluarga. Bukan hanya tahu mencari nafkah semata-mata, namun tanggung jawab dalam membimbing keluarga terutama anak-anak juga harus dilaksanakan.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang bapa di Facebook baru-baru ini, memaparkan bagaimana dia memberi pendedahan kepada anak lelakinya sukarnya mencari rezeki.
“Terima kasih teman ayah kerja. Nah gaji utk hari ni! Ingat Long hidup tak semudah yg disangka, org lebih gemar bercerita buruk dari kebaikan. Ayah cakap ni sbb bila ayah sudah tiada semua ni awak punya. Tanggungjawab awak besar. Jadi lelaki jangan suka duduk rumah.”
Kredit: Jai
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...