Ketika berpuasa, anak-anak yang masih bersekolah menjadi satu kerisauan buat kita. Walaupun telah mula berpuasa penuh dan beberapa kali berpuasa, ada anak-anak kita yang masih tidak tahan lapar.
Menjelang jam dua, anak-anak mula gelisah dan tidak duduk diam. Sesekeli menjengah ke dapur mengintai apa yang disajikan oleh ibu untuk berbuka petang nanti.
Inilah cabaran untuk melatih anak-anak yang masih bersekolah rendah terutamanya, sehinggalah mereka benar-benar faham erti puasa yang sebenar.
Sebagai ibu bapa, mencari makanan yang berkhasiat dan cuba menggalakkan anak-anak dengan makanan kesukaan mereka demi untuk berpuasa sememangnya adalah baik. Namun begitu harus hati-hati agar jangan memudatkan mereka atau memberi kesan pada puasa yang mereka jalani.
Apa yang boleh ibu dan ayah sediakan adalah rangkaian produk tenusu yang baik dan berkhasiat malah bekalkan tenaga yang baik sepanjang hari. Ikuti tip kepelbagaian susu ini supaya anak-anak lebih kuat dan bertenaga untuk berpuasa sepanjang hari.
Ads
Susu Kurma
Rajinkan diri untuk sediakan jus susu kurma buat anak. Rasa lemak kurma ditambah dengan khasiatnya buat anak mampu bertahan lebih lama malah bekalkan tenaga sepanjang hari. Sediakan di malam hari dan biarkan anak minum ketika waktu sahur.
Susu Dan Oat
Jika anak menolak nasi ketika sahur, cuba gantinya dengan oat dan susu. Oat antara bijirin yang mengandungi tinggi karbohidrat dan serat serta membuatkan perut kenyang lebih lama. Lebihkan susu untuk buat perut lebih kenyang.
Ads
Susu Vs Pisang
Pisang sangat mudah dicerna. Enzim yang terkandung pada pisang mampu meningkatkan proses pencernaan, meningkatkan tenaga dan memperbaiki proses usus. Jika anak langsung tidak mahu makan, berikan dia sebiji pisang atau lebih dan bekalkan secawan penuh susu segar. Memang mengenyangkan malah buat perut selesa.
Susu Kurma & Badam
Walaupun badam berkalori tinggi namun ia buat perut sentiasa kenyang dan tahan lapar. Disebabkan itulah ramai menggunakan badam dalam diet harian mereka. Ketika sediakan jus susu kurma, tambahkan sedikit badam di dalamnya. Anak tahan lapar dan cerdik.
Ads
Pilih Smoothie
Jika anak ada masalah untuk bersahur, beri keistimewaan untuk mereka dengan sediakan Smoothie. Tak perlulah sejuk, cukup hanya dingin bagi menarik perhatian mereka. Gabungkan buah-buahan tinggi khasiat seperti pisang atau mangga dan tambahkan susu segar. Sedap dan kenyang!
Susu Coklat
Jika anak menolak susu putih, sebaiknya berikan mereka susu berperisa seperti coklat dan strawberi yang pastinya buat mereka tertarik. Sedap dan mengeyangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada orang rezekinya murah miliki anak ramai, dan ada sebaliknya. Ada anak yang mendengar kata, ada pula sebaliknya.
Kadangkala pening juga ibu bapa dibuatnya dek pelbagai kerenah dan perangai terutama apabila mereka sedang membesar. Lebih-lebih lagi apabila berada ditempat orang ramai.
Namun, setiap anak berbeza karekter, jadi usah pandang serong atau mengecam ibu bapa tidak pandai didik jika ada anak yang ‘terlebih’ aktif. Apa yang pasti, anak adalah anugerah yang terindah dalam hidup pasangan suami isteri.
Bagi Nieyssa Hashim dalam usianya 25 tahun sudah miliki 5 anak. Akuinya bukan mudah,bahkan masa untuk diri sendiri tiada, apa lagi mahu ‘me time’ seperti orang lain. Hakikatnya, dia tetap bersyukur dan tahu apa yang Dia berikan ada hikmah disebaliknya.
Mommy of 5 little kids.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, Dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak, Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja.
tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah. Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik2 perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.
Sebab tu bila orang tanya tak penat ka anak ramai, penat tu memang penat, Stress marah mengamuk tu perkara biasa. Menangis waktu pagi bila kelima2 anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tp lama2 saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.
Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala2nya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress, Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan, DIA sebaik2 pemberi, Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual beli dikelilingi anak2 apabila kita meningkat tua.
Nissa Hashim Enjoy mother of 5 kids
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nostalgia zaman sekolah, mesti setiap antara kita ada kenangan bersama lori milo yang tidak dapat dilupakan. Maklumlah boleh minum air milo secara percuma, beratur panjang pun bukan jadi masalah.
Istimewanya juga tentang lori milo ini dan membuatkan kita asyik teringat-teringat hingga kini adalah kerana air milo tersebut adalah kerana rasanya yang special. Diminum sejuk, terasa pekat dan keenakannya terasa hingga ke tekak.
Pun begitu, kalau kita sendiri membancuh sendiri di rumah, sukar sekali untuk mendapatkan rasa tersebut. Ada sahaja yang kurangnya.
Oleh itu, dengan perkongsian daripada puan Zainun yang berkesempatanberbual dengan pekerja yang membancuh air milo tersebut, bolehlah dijadikan panduan.
Jom ketahui apa tekniknya!
Suatu hari pergi satu event. Ada percuma air milo atas lori. Saya tengok pekerja milo tengah bancuh air.Saya tanya napa air milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat.
Ini rahsianya
Dia kata masa bancuh air perlu panas. Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair.. milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula. Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.
Bahan-bahan:
10 sudu besar serbuk milo
1/2 liter air panas.
1/2 liter air sejuk.
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu manis
Kacau rata semuanya dengan air panas.
Campurkan air sejuk.
Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.
Nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Ada yang menjadikan nasi sebagai sarapan baik dalam bentu nasi lemak atau nasi berlauk mahupun nasi goreng.
Namun tak semua orang boleh makan nasi dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi yang mempunyai penyakit.
Dalam satu laporan artikel terbitan Healthline, beras atau nasi mengandungi kanji yang agak tinggi, terutamanya kalau tak dimasak sempurna.
Gambar hiasan
Setiap 100 gram beras yang belum dimasak mengandungi 63.6 peratus kanji, manakala jumlah kanji ini berkurang kepada 28.7 peratus setelah beras dimasak menjadi nasi.
Justeru, pengambilan makanan berkanji yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko diabetes, penyakit jantung dan kenaikan berat badan. Maka adalah lebih baik jika kita mencegah perkara ini dari awal.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.